Selasa, 10 Januari 2012

Suhami Story Episod 1



Tarikh : 3.1.2012 ; Lokasi : Terminal 1
1.00 tgh  : Team lone ranger yang terdiri dari den, intan 1, intan 2, cip heriza, kak anna, bang min berborak tentang isu semasa sambil menunggu makanan terhidang kat sebuah kedai makan di Terminal 1.
1.30 tgh : Makanan masih tak kunjung tiba. Den hampir-hampir naik hantu kak limah. Lebih-lebih lagi negro di sebelah meja kami tengah sedap menyantap makanan walhal kami datang dulu dari dia! Nak je den tempeleng negro tu walaupun den tahu dia tak bersalah.
2.00 ptg : Lunch tiba di atas meja hampir pukul 2! Nak tak nak masing-masing terpaksa makan seperti itik tercekik bubur durian.
2.10 ptg : Habis makan. Bayar. Terus menonong ke opis dengan muka muncung. Tahun 2012 telah dicemari. I dah takda dara uolls. Lewat masuk opis 15 minit. Ini suma kerana amoi kedai chicken chop!

Tarikh :  5.1.2012 ;  Lokasi : Mcd Senawang
9.00 malam : Mengidam bege mekdi prosperity. Itu je perkataan yang keluar dari mulut den sekarang. Cari port yang ada plug untuk cocok kepala bana laptop sambil reply komen kengkawan dalam blog. Done. Sementara tu, singgah ke toilet buat apa yang patut. Cett! tu pun mau bagitahu ka. Pilih tandas pertama. Ada orang masuk tandas sebelah. Terus keluar cuci tangan. Tergamam. Dalam toilet sebelah tadi minachi pompuan keluar. What the masuk tandas boy? Den terus keluar buat muka tak puas hati. Terus pandang signboard di pintu tandas den masuk tadi. Ada lambang manusia pakai skirt! Oh gosh!

Tarikh : 6.1.2012 ; Lokasi : Rumah
10.34 malam : Kejap lagi nak bersiap ke Puchong nak jemput viewsonic tab 10s. Yahoo. Best2! Walaupun tak mampu nak angkat samsung ataupun ipad segala, tapi tu dah cukup bagus. Mampu?
1.30 pagi : Sampai di Puchong . Borak dengan Faiz (he is a blogger too) kat kedai mamak. But he look serba salah nak panggil atok as i look young (young ker?) haha.
3.45 pagi : Hampir pukul 4 pagi, terus balik ke Seremban semula. Bermulanya permulaan hidup yang teratur dengan adanya tab (pose ala ala model masa pelancaran viewsonic). Timo kasih Faiz sebab tolong! Bege Faiz belanja sedap!

Tarikh : 8.1.2012 ;  Lokasi : Melaka + Seremban
12.00 tgh : Woi siap cepat!!...lepas cium anak buah yang rambut kerinting paling bongsu, terus gerak ke melaka pulak. Nak ambik album Fara & Ameen yang dah siap. Sambil-sambil tu anto sopkopi Kak Zieta & Mastura. 22hb baru siap untuk Mas sebab dia punya pakej custom album.
1.45 : Pergh, baru sampai melakau. Gambar siap diproses pukul 5. So, jalan-jalan sekitar Dataran Pahlawan. Ingatkan nak beli baju sedas dua. What the sibok. Tak boleh nak parking langsung. Lupakan hajat terus balik ke Melaka Mall balik then bertolak ke seremban. Membazir duit minyak den 3 hengget.
8.45 malam : Teruih anto album Fara & Ameen. Settle. Hihi. Balik tu pekena burger abang Jan'z tepi jalan as a reward untuk diri yang capek.

Tarikh : 9.1.2012 ; Lokasi : Opis
12.45 tgh : Call Bang Min kasi tengok viewpad 10s yang baru beli. Boleh dikatakan dia ni kaki gadget. So, dia kata superb! Pergh, berbaloi den boli. Hihi. Cuma pasni nak update dari android 2.2 ke handycomb (eh ye ke den eja tu?)
3.00 petang : Belajar close counter. Poning kepalo den pasal step berterabur. Mahu seminggu nak mahir. I kan lembab. Upss




24 ulasan:

faiz berkata...

tok honeycomb...heheh

missStrikeOne berkata...

nak bege mekdi prosperity.! hihi

Tanpa Nama berkata...

cmne la atok bleh tesilap pandang masa masuk toilet hihihi

Misty Melor berkata...

sian negro tu kalau makan penampo org kelaparan ... =0

Tanpa Nama berkata...

Honeycomb aa tok. Handycomb tu amende? handycam ade ah. Heheh.
Btw, pmulaan 2012 yg agak dramatis. Keh3.
xD

Aziela berkata...

waarghhh...hahahhahahahha . Bab kat mekdi tu tak leh tahan betul.. Err...atok mcm x biaso plak masuk melakau... Kok ujung minggu budak cuti skolah, mmg parahhhh. Len kali naik beca jer... (lagi mahal berpuluh ganda dari 3 hengget).

KuNanGKuNanG berkata...

10 taun lepas slalu lepak kt terminal one...

sahromnasrudin berkata...

terminal one sesak la atok..rmai budak sekolah..tak suka gi cane huhuhuhhhh

KaK LimAh Si SupiR berkata...

ahaha..xjd marah ye bile atok sndr yg salah msuk toilet pmpuan :P

dill berkata...

oh atok..jalan sokmo

dill.

Ca Ezah berkata...

aiyooo..salah toilet ka? naseb atok leh cover malu..kalo x, masuk balik la tutup muka ngan toilet bowl punye penntup.hik3

Unknown berkata...

faiz : Honeycomb eh...hihi

Unknown berkata...

diana amin : Moh moh, singgah umah atok copek

Unknown berkata...

umie mia : Itulah, atok main ghodah yo...

Unknown berkata...

Zaujah Encik Mamat :Kan. Negro tu tak buek salah apo pun. huhu

Unknown berkata...

Miziey : Harus atok kono carut di awal 2012

Unknown berkata...

Aziela : Huntunglah sapo yang jadik pengayuh beca tu an. Kalau gaji pemandu teksi

Unknown berkata...

KuNanGKuNanG : Amboih, lamo dah tu...

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Nak nak kalo cuti sekolah...melimpah...

Unknown berkata...

KaK LimAh Si SupiR : Atok lak yang jadik malu

Unknown berkata...

dill : Takdop lah berjalan, atok ado tugasan

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : Kompem atok tak mau keluar toilet, mau tido situ yo..

blog-tips-kurus berkata...

tu dia...
mari baca diari 2012 atok Suhami..

*awat remove gambars bajet model tu. tapi gmbr kat FB tu, kemain lagi yek!!!

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Atok maluuuu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih