Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Peribahasa melayu seperti yang Ecah tengok kat atas tu, tahu tak apo maksud eyh. "Belakang parang kalau di asah, akhirnya tajam juga". Bukan bermakno atok suruh kau kejar kerbau pastu semelih pakai belakang parang tu, bukan itu maksud atok yo! Maksudnya, sebengap-bengap mano pun orang tu, kalau dio ada usaha dan semangat yang kental insyaAllah dia pasti akan berjayo. Kito amik contoh yang terdekat. Atok sendiri.
Gambau apa nih? Haa...nanti atok akan cerita last nanti. |
**********************************************************************************
Dulu masa sekolah menengah, atok selalu yo rasa kurang keyakinan diri. Sebab kalau markah periksa tu selalu je paras hidung hampir mati lemas. Report kad mesti ado sesat pen dakwat merah. Dalam kelas pun dapat kedudukan nombor tengah-tengah yo. Memang tak boleh nak dibanggokan. Dah lah tak berapo nak cemerlang dalam kurikulum, apatahlagi ko-kurikulum. Nak main bola sepak pun kaki bangku. Nak main badminton tangan pulak pengka. Cumo atok lebih pada sukan renang berirama olahraga sajok. Tak melibatkan sebarang peralatan. Yang tu atok terror.
Kalau dalam kelas tu, atok antara yang paling pendiam. Orang koba diam-diam ubi berisi. Masalahnya atok ni isi pun takdo. Tapi selepas atok dibasuh oleh cikgu Norhayati, terus atok bangkit. Masa tu ingat lagi, cikgu Norhayati panggil seorang demi seorang ke depan nak bagitahu pasal markah peperiksaan semua subjek trial SPM. Dia ni guru kelas atok. Atok terkejut dia genggam tangan atok then dia pandang anak mato dalam-dalam. Dia cakap atok boleh lakukan, cuma perlu gandakan usaha. Apa yang dia koba tu memang terkesan sehingga ke hati. Sampai sekarang kata-kata tu masih terngiang-ngiang. InsyaAllah semuanya pasti akan berjaya, katanya.
Mulai dari saat itu, atok terus melipatgandakan usaha walaupun sedar masa dah terlalu singkat. Maso banyak dihabiskan di rumah untuk buat revison dan pyq. Kalau tak paham, sanggup jumpa cikgu kat bilik guru tebalkan muko. Alhamdulillah, berkat usaha dalam masa yang singkat tu, atok dapat keputusan yang membanggakan mak, ayah dan diri atok sendiri. Syukur.
********************************************************************************
Ini pulak gambar kedua |
Ok, atok explain kaitan gambar atas ngan bawah ni. Gambar pertama tu diambil masa kali pertama atok shoot pakai DSLR sekitar Mei yang lopeh. Gambar bawah ni di ambil sekitar June tahun yang samo. Nampak tak perbezaannya? Itulah, sebengap-bengap mana pun kita rasa, seslow slow mana pun kita rasa, sekecik-kecik manapun kita rasa, kalau kita 'ada benda' ni mesti semuanya boleh jadi. USAHA yang berterusan.
Ingat! Tidak ada orang yang bodoh di dunia ni, yang ada cuma yang rajin dan malas sahaja. Persetankan kata-kata orang yang selalu mematahkan semangat kita. Orang-orang ini adalah golongan mereka yang suka melihat kita tersungkur didepannya. Jadikan kata-kata itu sebagai kayu jambatan untuk kita menyeberangi sungai yang penuh pancaroba sebelum kita menikmati hasilnya. Kejayaan tidak akan datang bergolek, tidak akan datang melayang. Kejayaan itu perlukan usaha dan kesabaran yang paling tinggi.
Ingat cu, Buatlah apa yang kau nak buat. Gapailah apa yang kau nak gapai. Beranganlah apa saja yang kau impikan. InsyaAllah, kalau rajin usaha pasti berjaya. Kerana....Belakang Parang Kalau Di Asah, Akhirnya Tajam Juga....
Promo :
www.lensaabadi.blogspot.com
p/s : This week atok dan kawan ada job kat Seremban dan Pedas. InsyaAllah, atok akan cuba yang terbaik yo. Chaiyok chaiyok!
32 ulasan:
Usaha tanggo kejayaan.. Go Atok go.. hehe
btw ini ada special entry utk Atok http://www.bicaramakdara.com/2011/11/i-follow-you-apo-apo-yolah.html
salam perkenalan tok..first time baco blog atok mmg best la...cayo la atok..usaha lift kejayaan..skang dah takdo tanggo dah..
salam perkenalan...first time singgah sini! bestlah entri atok ni...
iyolah, kalau tak usaha camne nak berjayo kan atok kan? ingat rezeki boleh datang bergolek ko!
hi atok =)
ni waghih baru masuk ni haha
ape2 pun nak buat msti kena ada usaha, yg pnting kena ada tekad. cantik gmbr atuk amik tu =)
salam kenalan.. 'atok' cun laa.. memang betul kalau usaha pasti boleh yg x boleh tuw nak berjaya tapi harapkan bulan jatuh ke riba.. ampeh lae
mmuahaha. good luck tok nak dapat kejo nnti blanjo yo.. heheh. atok sy dah famous la,mak dara dah follow tuh ha...
akak dtg dari blog makdara...sebonar eyyy..makdaro ni pandai dio carik blog yg sekepalo dgn dio..termasuklah blog akak ni haaaa....kalau tak sekepalo pun..agak2 se'uban' pun buleh aihhhh....
betul..chii setuju dengan pepatah tu..otak manusia yg pandai skalipun..kalau x digunakan.tumpul gak..tp kalo di asah..perkara yg x tajam pun..leh tajam..
wahh..cikgu genggam tgn atok? mesti dia da nampak sesuatu dlm diri atok kan..dats y dia bertindak sedemikian =)
atok ado komera ko?
eden nak pinam boleh?
kojap pun jadi la..
cantik gmbr.. ade peningkatan.. bgs2.. kalau lady pegang kamera tu.. agaknye mcmn la mutu gambarnyer.. hancus..
nice photos from atok!:) usaha berterusan pasti membuahkan hasil tok, chaiyok chaiyok!
Kita follow sini Atok
http://hairuliza-anakku.blogspot.com/
btol tu tok..walaupon kita xde bakat tapi kita kena usaha mencuba..
betol tu tok!TB setuju. tu yg slalu TB bgtau kt students TB. tp TB xtau la terkesan ke idak kn...hehehe
you've to own your self-confident, after that insya-Allah berjaya..:')
nak jadi model, bleh?
kene tiru semangat atok nih. gud luck atok! ^_^
ADZA IRDAWATI aka MAK DARA : Hihi...mekasih kak follow blog atok yang tak seberapa nih....
mekjangok : Haaa...lift kan. Kelllass...hihi :P
mas saari : Mokasih singgah jengok atok. Atok tak tahu camno rejoki tu datang
Munnafendy : Mokasih Munnafendy. Banyak laie yang atok kono perbaiki
aimaniman : Cun ker? hik hik
zoe : Kelasss tak atok? Kellassskan? *matiler ayat berbaur riak
kpah k-poh : Tu dia. Samo lak kaler uban kan kak...hihi
chii : Atok tekojut gak maso tu. Tapi atok takdolah genggam tangan ey balik. Atok biar yolah dio pogang
LadyBird : Takpo, mulo2 memang hancus. Lamo-lamo nanti macam pro dah tu
FIFIEY LYCHEE MARATION : Gambau atok tu biaso jo...hihi...mekasih tau singgah =)
Cik Rose Cute : Mokasih follow atok. Atok follow balik =)
faiz : Walaupun takdop bakat, kalau rajin usaho pasti berjayo. CUmo lewat ngan copat yo
teacher bonda : InsyaAllah. Musti tekosan tu TB
Rtp Farra Arisha : Tqsm Rtp Farra Arisha! =)
ORLANDO AHMAD : Model spender. Meh meh datang ujibakat
little daisy : Ikut mano yang baik, tinggalkan mano yang buruk
Catat Ulasan