Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Haa, tu dia. Berjalan yo kojo ko kan tok. Sabtu lepas, atok dan opismate sajo jalan-jalan sekitar melaka. Macam-macam dugaan berlaku semaso trip tu sampaikan dikojar abang terapik. Baiklah, kali ni atok nak bawak kalian menyusuri perjalanan yang atok poie dalam maso satu hari. Bermulo pagi sampai bawak ke malam. Tompek pertamo yang atok singgah ialah di Auyin Hill.
|
Bergambau di pintu masuk Auyin Hill Resort. |
Maso atok sampai tu, Auyin Hill ni masih dalam peringkat renovation. Siap ado orang tengah bertukang dalam to, so tak leh la nak bergambau sakan. Diorang koba awal bulan 1 tahun dopan baru bukak balik. Tapi takpo dengan kecanggihan dunia di hujung jari, atok persombahakan serba sedikit binaan kat dalam tu.
|
Ado binaan ala-ala tembok bosar cino, so takyah p chino dah |
Terlotak kat Durian Tunggal, Auyin Hill ni 9.5km dari Ayer Keroh sebolum tol plaza PLUS. So, sesapo yang nak feeling berado kek Chino tu, silo singgah sini tahun dopan yo. Lopeh yo atok poie Auyin Hill ni, atok terus bergerak ke Taman Botanikal Melaka.
|
Ini masa bergambau dengan dinasor. Jinak je dinasor tu kan. |
Memang dekat je Taman Botanikal ni dari plaza Tol Ayer Keroh iaitu dalam 2.4 km yo. Taman Botanikal ini sebelum ni dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh seluas 92.5 hektar dipenuhi dengan pelbagai spesis flora dan fauna termasuk dinasor yang nampak kat atas tu. Tapi jangan risau, setakat ni takde berita terdapat binatang buas lagi. T-Rex dalam tu pun jinak-jinak. Taman Botanikal ni dilengkapi dengan Taman Pra Sejarah, Kampung Buku, Taman Cerita, Pentas Terapung, Jambatan Gantung dan Menara Tinjau.
|
Inilah buggy. Ala-ala zaman 60 an kan. Zaman atok remaja dolu-dolu. |
Kat taman botanika ni ado jugak perkhidmatan buggy. So, bulih pusing2 seluruh taman. Tau kah anda apa itu buggy? Ceh, ayat macam nak mintak pelempang. Bukan buggy jumping atau buggy the clown (karektor One Piece), tapi kereta dan motosikal elektrik ala-ala kereta kat padang golf tu. Melalui maklumat terdapat 34 buggy iaitu 14 kereta dan 20 motosikal disediakan kat situ. Maso ni atok n travelmate amik buggy yang boleh muatkan 8 orang. Bayaran 56 hengget kot, tak ingat dah. Huhu. Ok , masa nak time ni, kita teruskan perjalanan ke perigi hang tuah pulak.
|
Tadaa...inilah perigi hang tuah |
Perigi Hang Tuah ni terlotak di Kampung Duyong, Malako. Hang Tuah (1398-1511) yang dilahirkan di Kampung Duyung ni duyong ni dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan eh. Menurut cerito tempatan (acececeh) asalnya perigi ni kocik yo tapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini tak ponah kering walaupun musim kemarau panjang. Airnya sentiasa bersih dan jernih dikatakan boleh menyembuhkan penyakit. Pastu, atok terus bergerak ke Menara Tamingsari.
|
Menara Taming Sari. Kalau waktu malam baru nampak bentuk kerisnya. |
Menaro ni setinggi 110 meter yang terlotak di Bandar Hilir, Melaka. Menaro ni bulih berputar 360 darjah untuk melihat keseluruhan panorama sekitar melaka. Boleh memuatkan sehingga 66 orang pado satu-satu maso dan 240 orang dalam maso sejam. Tiket dewaso rm20, kanak-kanak rm10 dan wargo omeh rm17. Kalau tunjukkan IC, boleh dapat diskaun 50%. So dewaso rm10 hengget yo. Nak beratur tu ke main lamo. Tapi berbaloi-baloi bilo kito dah ado kat atas kemuncak.
|
Ini pemandangan dari 110m aras laut. |
Lokasi seterusnya adolah di Muzium Samudera yang terlotak di Jalan Quayside berhampiran muara sungai. Muzium ini dibina berdasarkan replika kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
|
Ini pose masa kat tangga nak masuk kapal tu |
Kat dalam kapal tu ado pameran muzium yang memaparkan perdagangan dari zaman kesultanan melayu melako hinggalaj ke zaman kolonial portugis, belanda, inggeris dan era penaklukan Jopun di Tanah Melayu.
|
ha, ini kat dalam tu sambil masing2 menjingjing plastik putih berisi selipar |
Turut dipamerkan dalam tu adolah lukisan lama, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melako. Kat atas kapal tu ado bilik kapten. Canggih. Ok, then atok n travelmate jenjalan la sekitar Bandar Hilir tu pose sampai kodak habis.
|
Cuci mata skodeng hot stuff |
Lopeh tu, malamnya terus gerak ke Umbai makan ikan bakar. Memang pueh ati. Atok order 3 ikan bakar berlainan perisa, dua pinggan sotong goreng, dua pinggan kerang bakar dan satu udang goreng. Sumo eh rm214. Ado 9 orang. So sorang rm20++. Memang pueh ati. Isu "sudu" menjadi topik hangat malam tu. Kau bayangkan, ado mamat kat mejo sebolah tu ke main kerek. Kami mintak sudu je. Pastu ko tahu apa dia jawab? "kitorang pun tahu gak nak guna sudu"....kuang asam tak jawapan melayu kita yang terkenal dengan kesopanan ni? Last-last lepas je kami abih makan kami keronyok dia habis-habisan. Siap cakap "terima kasih kasi sudu, sudu-sudu tu jangan lupa bawak balik tau!" Kuasa Allah, maso diorang baru nak makan tu, petir dentum berdentum nak hujan. Hamek!
|
Ini selepas kejadian sesi melantak. Masing2 dalam mode kekenyangan |
Lokasi terakhir kami ke Melaka River Cruise. Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan warisan dunia.
24 ulasan:
hehehe...jln2 ramai2..seronot kn tok!
wow bestnye, anyway, melaka is my hometown,,,, xdiscover tempat makan ker?? banyak yang best2 atok..
best nya auyin...time chii study dulu..xde lagi kot; ke chii yang tak perasan lagi...
org melaka ke tuh..dorang mmg agak terkenal dengan 'kesopanan' dan 'kesusilaan'...eheh
jlan sakan je atok ni. tak sakit badan ke. atok kan tua.
dah puas gi melaka.paling eksaited gi muzium samudera.
murah mkn ikan bakar kat melaka..kalo mkn dkt klang tu maun dekat 400 kot...
tak bernai nak tag atok.nanti atok pengsan nak jwab sume tu. sian kat atok. kan dah tua. =)
waah .. river cruise!! huhu dah 2 taon duk sini, tp hajat nk naik revr cruise time mlm x tercapai g .. sob3 ..
atok ni makin kayo!
moga murah rezeki selalu...
boleh bawa cucu yg ada 20 lebih ni makan nasi minyak nanti hahaha
oh, sy penah sampai sekali kat sana..mkn ikan bakar kat Umbai..best2!~ ^^
teacher bonda : Haah. Walaupun poie banyak kali, tapi tak bosan kalau kito poie ramai2
zoe : Atok sompek makan kat umbai ngan mitc makan asam podeh..huhu
chii : Kawan atok orang melako sendiri pun x pnh dgr auyin. Rasa atok tompek tu dah lamo wujud
Hanie_Dew : Maso sihat ni lah atok nak berjalan cu. So kot tersadai ateh katil, tak leh jalan2 laie dah
faiz : Betul. Atok bajet dalam 300++....kira murah la tu kan
Hanie_Dew : Kuss semangat. Nasib baik atok tak kono tag
Mawar berduri : Haa, rugi la cmtu. Baik try cepat. Kalau tak nanti nyesal
Azham Vosovic : Motep nasik minyak?
~SaL IjOu~ : Best kan. Murah pun murah
eh atok. bile mase plak auyin hill neh wujudddd eh ?
haha. asal macam taktau papeeee nihhh pasal auyin hill ?!
>>>>>>>> orang melaka neh.
ahhh. tensen tensen !
Zakaria's daughter : Haaaa....ujan emas di negori orang, ujan batu dinegori sendiri.....*eh ado kaitan x??
menarik2, tapi semput cucu tahan gelak bab sudu tu.. cover2 gelak sbb dlm opis hihi, xnk la terover plk kan wlpn dh lps opis hour kih3,,
kernn...tak berhemah kan dio jawab camtu....sudu tu dio tahu guno...walhal dio baru sampai tu...x order makanan lagi tuh
atuk cerdas! hihi :D
patutnya bagi dia "rasa" sudu tu haha..
bestnya atuk g jnjln reramai,insyaAllah planning nya nk ke melaka hjung bulan ni..tu yg cucu x sengaja melawat sini.tp xde ramai kawan cm atuk hehe.
kat Ayer Keroh Melaka pun banyak tempat menarik.. memang best
Catat Ulasan