Khamis, 4 Ogos 2011

Untungnya Kita Di Malaysia

Situasi di Malaysia


"Hari ni dah masuk hari ke empat aku berpuasa. Baguslah. Masuk hari ke sepuluh, aku rasa badan aku dah fit. Cun! Raya nanti bolehlah pakai baju raya sendat-sendat kasi nampak body sikit. Tak sia-sialah aku melabur beratus-ratus kat kedai apek tu tempah baju melayu fesyen terkini tahun ni. Petang ni nak beli apa ek kat bazaar. Jap aku nak buat listing dulu. Rasanya nak makan kebab, murtabak. Haish, murtabak ni wajib! Susah nak dapat time hari biasa. Kebab, murtabak, air tebu, kuih lopez, cucur udang, popia basah, laksa penang, ayam goreng! Kena beli lebih untuk stok lepas buka puasa. Kasi layan nafsu makan kaw kaw malam ni sambil layan pesbook dan games online. Nyummi! Seronoknya. Sebagai bonus, mesti kat bazaar tu nanti ada ehem-ehem yang boleh bikin aku cair! Kalau ehem-ehem berniaga muka sweet, aku sanggup beli walaupun kuih dia tak rupa juadah pun. Oh, nikmatnya. Eh! tapi kena beli lauk jugak untuk sahur nanti. Kang tak bersahur mampus pulak aku melepet sepanjang hari, "rungut seorang insan yang hidup dalam kemewahan.



Situasi di Palestin

"Adik, hari ni masuk hari keempat kita berpuasa kan. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita sekeluarga dapat mengharungi ibadah puasa ni sehingga ke penghujungnya walaupun tanpa mak dan ayah. Tahun ni kita akan hias pondok kita ni cantik-cantik. Nanti mesti adik tak malu dengan kawan-kawan kan sebab kita pun masih mampu mempunyai kediaman walaupun rumah dah hancur. Baju raya kamu, kita guna yang tahun-tahun sudah punya ya. Jangan risau, nanti kakak akan basuh baju tu bersih-bersih kasi wangi dan akak akan jahit semula mana yang dah terkoyak tu. Em, nanti masa berbuka, kita makan saja apa yang ada ya. Akak rasa kita masih ada lagi buah kurma kiriman jiran sebelah rumah. Nanti sore, kakak perahkan susu kambing kita kat belakang tu. Cukuplah sekadar kita adik beradik berbuka puasa dan bersahur. Allahamdulillah, syukur nikmatnya. Lepas berbuka kita sama-sama solat terawikh tau. Moga ramadan kali ini melimpah ruahkah keberkatan pada kita. InsyaAllah,"kata si kakak pada adiknya sambil tersenyum dengan linangan air mata.





"Bersyukur dengan apa yang ada dik. Hidup itu adalah nikmat dari Allah"



Pesan Atok : Idea entry sedih ini muncul setelah melihat wall sahabat di facebook tempoh hari.

28 ulasan:

Aziela berkata...

huhuhu..insaf den tok..insaffff....

Tanpa Nama berkata...

kite harus bersyukur dengan apa yang ada.. elakkan kelalaian dan jangan melakukan pembaziran dan perbanyakkan ibadah kita tak kire dalam bulan posa ataupun bukan kerana ibadah bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja sebaliknya untuk selamanya hingga menutup mata. sama2lah kite menginsafi dan bersyukurlah kita berada di Malaysia.

LADYHEART berkata...

biaso la tu tok..selagi kite xidop susah,kita xkan sear..bilo da mcm 2,bru la nak sear n bersyukur atas segala nikmat yg pernah kito miliki..

nazirah berkata...

btl tu .. brskur berada
di Malaysia ;)

KuNanGKuNanG berkata...

kite patut bersyukur sgt2...harap2 negara kite xkan kucar kacir cam negara luar tu..smoga Allah sentiasa melindungi kita dan saudara seagama kite yg kurang bernasib baik..

Asri ali gur berkata...

Bersyukur apa yang ada...Alhamdulillah....

arepchepha berkata...

Kita perlu bersyukur apa sahaja kerana banyak perkara yang kite lebih baik dari Palestine..

Tapi, kite kene rasa xpuas hati atas satu benda, iman mereka selalu lebih tinggi dari kita

Far8 budak baik berkata...

waaaa seyes sedihhh..
aku macam malas lahh beli baju raya..
banyak dah kn baju aku..
rase macam cukup dahhh..
huh..atok..kalau beli baju sikit
tak membazir tak pe kn??
hahahahaha =)

teacher bonda berkata...

insaf TB tok...sian kn kt diorang..

faiz berkata...

insaf..lopeih ni dah taknak beli murtabak..kesian kan org2 Palestin...semoga dieorng dpt lalui ramadhan dgn tenang dan sabar..

Unknown berkata...

Aziela : Syukur apa yang ada...

Unknown berkata...

umie mia : Betul tu. Kadang2 kita tak mensyukuri nikmat yang Allah dah beri

Unknown berkata...

LADYHEART : Betul tu...kita tak berada di kasut mereka kan...

Unknown berkata...

nazirah : Alhamdulillah

Unknown berkata...

KuNanGKuNanG : Amin Ya Robbal Alamin...

Unknown berkata...

asri (asrirayrock) : Betul tu asri =)

Unknown berkata...

arepchepha : Sebab tu Allah bagi dugaan setimpal dengan keimanan mereka

Unknown berkata...

Far8 budak baik : Tak salah. Tapi ingatlah mereka yang tak mampu kat luar sana

Unknown berkata...

teacher bonda : Suma tu ada hikmahnya

Unknown berkata...

faiz : Haish, apo lak tak mau boli murtabak lak..hihi...yelah, syukur kita kat sini. Kita yang senang ni jangan lupakan doa mereka kat sana

blog-tips-kurus berkata...

Alhamdulillah.. wajib selalu bersyukur. kita hidup serba cukup, blog' setiap hari tanpa gagal..

Mohamadazhan.com berkata...

Alhamdulillah, moga keamanan dijaga sebaiknya =)

ORLANDO AHMAD berkata...

ehem ehem kat bazar tu molek juga...

Unknown berkata...

mmg kena bersyukur kan kita ada di malaysia..sebab tu chii slalu kata kat adik.." kalo org lain mati sebab kelaparan..tp kami adik2 bleh mati sebab kekenyangan..adeh

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : tanpa gagal. adehh...hehe

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Alhamdulillah

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Hepp!! Posa!!

Unknown berkata...

chii : Kita kat Malaysia ni memang bertuah

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih