Rabu, 3 Ogos 2011

Kad Raya Dulu Dan Sekarang

Kalian masih ingat tak masa zaman 90 an dolu-dolu. Zaman kanak-kanak. Maso tu kad raya yang menjadi kegilaan kat raya yang bertema karton tu. Kalau tak silap atok, sekoping hargo eh sekitar 10 sen sehingga ke 50 sen sekoping. Bergantung pado saiz. Maso tu kat keporasi sekolah rondah pun ado jual. Berebut-rebut beratur setiap waktu rehat semato-mato nak boli sekoping duo. Pastu buek temujanji ngan kengkawan kelas, aku bagi ko kad ni, pastu kau bagi aku tau!





Naik sekolah menongah masuk lewat 90 an. Maso tu pulak dah banyak skandal. Kad rayo dah berubah fesyen. Kalau dulu tema karton majalah ujang tu, tapi kali ni tema berbungo-bungo, ado bintang, ado mesejid. Yang canggihnya, ado jugak kad raya bila kau bukak dia keluar lagu bunyi lagu rayo. Meriah kan.





Bila masuk era baru, zaman millenium 2000, kad raya yang kad tu dah kurang. Maso tu menjadi kegilaan menghantar ucapan raya dengan SMS sajok. Masa tu iphone, blackberry tu sumo takdo laie. Kalau dapek henset nokia 3310 pun dah kira meletop. Orang tabik spring. Time tulah sibuk menghantar mesej ucapan raya dengan SMS. Kalau nak lagi sodap, ucapan mesej tu dihantar dalam bentuk pantun. Time tu lah keluar pantun ayam, lembu lari dari rumah tu suma kan.





Zaman semakin canggih. Masuk je pertengahan 2000 an, MMS telah diperkenalkan. Hah, time tu mms karton menjadi popular balik. Selalunya mms raya ni kau langgan yang kat majalah tu kan. Satu mms kena caj rm1.50 tu. Pastu kau pass kat suma kawan kau yang ada mms.




Masuk je lewat 2000 an, panggilan video diperkenalkan samada kat henset atau yahoo mesengger/skype. Time tulah kau sibuk nak pose gambar tengah korek hidung pastu pass kat kawan kasi ucap selamat hari raya walaupun baru sehari berposa. Lagi meriah maso tu jugak ado panggilan video. Ala-ala kau berada kat overseas, mak kau ado kat kampung kan. Walhal mak kau masa tu kat ruang tamu, kau duduk dalam bilik masa buat panggilan video tu. Gayat punya pasal kan.





Masuk je 2010 ++ lagi canggih kan. Facebook dah ado. Kau create je kad raya secara digital, pastu kau tagged kat suma kengkawan yang termasuk dalam senarai kengkawan. Senang. Sekali tag yo, sumo dapek baco kad ucapan digital kau kan. Pastu lagi canggih, kau tepek lah muka kau dalam kad raya digital tu. Dulu kempunan nak jadik model. Ha sekarang kau pose mengalahkan Miss J dalam kad raya tu. Err...jap...Miss J tu model ke? Zaman semakin canggih kan.





Pesan Atok : Walauapapun perubahan zaman kad raya sekalipun, tapi atok suko lagi yang asal. Time menunggu kad raya tiba di rumah menjadi satu kepuasan. Pastu rindu kat ayat "pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas". Peserta akhir contest atok cepat kasi alamat rumah ek. Nak kasi kad rayo.







Choiii!, mak rasa telinga mak panas. Sapa yang ngumpat mak tadi? Nak kasi side step je kat muka dia...!!

32 ulasan:

anna_nana berkata...

piin piin..
atokk...agak2 kalo kecik nk kad rayo jgak..bole dapat x???hikhik..=)

blog-tips-kurus berkata...

atok janji nak bagu cucu JemsBon 007 kan? nak yg bunyi-bunyi + lampu lip lap gitu.. tak mo gmbr Ms J tau!! eeeeii...!

RamRamCute berkata...

atuk, saya teringat zaman saya sekolah ada jual kad raya 30sen gambar katun-katun..pastu excited sebab boleh balas-balas kad raya dengan kawan-kawan...hehehe..

faiz berkata...

den pon suko yg dulu yg gmbr kartun Ujang tu..sekarang ni dah tak meriah macam dulu...semuanya nak digital..

sahromnasrudin berkata...

tunggu atok bagi kad rayo kat cucunya nie hehehhhe


p/s: atok poie param ampangan ke???

Aziela berkata...

ok..ok...ari nie gak saya e-maill...Huii takut ey bilo atok dah marah...

Ayu berkata...

hehe, mana tahu nnt zaman menghantar kad raya kembali...waa, msti meriah

LADYHEART berkata...

wah..semangat atok nak rayo..hehe..tp bg den kan..dapek kad rayo lg hepi berbanding sms la kat pesbukla..

Mohamadazhan.com berkata...

ok.beres.hehe.siapdah bagi.hehe

Unknown berkata...

Hahhaaha, masa zaman saya dulu, kumpul kad raya pastu lekat kt dinding umah. umah paling byk kad raya tu kira femes la hahahah

Tanpa Nama berkata...

nostalgia kad raya kartun masa sekolah dulu.. tiap kali bulan posa mesti tunggu posmen datang hantar kad raya hihihi mana yang rapat siap ada duit singgit lagi dalam kad kire utk duit raya la tu hihihi

ORLANDO AHMAD berkata...

sojuk mato den ni nengok blog ekau ni atok oii

say to easy=) berkata...

kad raya lah pling best drpd yg lain..klasik weyh..tmbh2 kalo mmber2 pkat bg duit raya 10 sen xpun 5 sen dlm kad rya tuh..haha.bajet

EzayHadry berkata...

betul lah kan klu dpt kad raya sekarang mau lompat dlm umah sebab eksaited giler..klu dpt sms raya kdg2 tak baca langsung dah sebab dah tau orang tolong forward2 kan msg yang ado je ;)

Far8 budak baik berkata...

hahahaha tu ar aku pun nak kad raya
tu perghhhhh..mmg best lah kn..
rasa heaven je dpt..
ade jugakk org ingt kat kita kn..
ekekeke..kalau kad raya..feel tu
lebih sikit..haaaaaa..
lagi kad raya yg menyanyi nyanyi tu..
agagaga

Unknown berkata...

KeChIk yg comey : napa aritu tak mau joint contest atok.huhu

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Kalau nak lampu lip lap, musti kono ado gamabr Miss J kek dopan tu. Sobab dio main sponsor. erk

Unknown berkata...

Rahmah Ram Ram : Kan. Pastu siap janji lagik. Kau kasi aku kad raya, nanti aku balas ek. Pen merah pen biru, suma pantun klua kan

Unknown berkata...

faiz : Kepuasan tu dah takdo kan

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Atok tak poie. Selalu eh poie area senawang yo. Tu pun boli murtabak yo

Unknown berkata...

Aziela : Atok dah terima dah alamat. hehe

Unknown berkata...

Ayu : Ntah bila lah kan.

Unknown berkata...

LADYHEART : Boto..kad rayo tu kito leh gantung2 an kek umah kan

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Atok dah terima alamat dah. hihi

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Wah, mesti Azham paling pemes kan

Unknown berkata...

umie mia : wah, singgit dah kira banyak tu

Unknown berkata...

Edisi Ramadan katanya

Unknown berkata...

say to easy=) : Biar kecik pun ,tapi nilai nya berbaloi kan... =)

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Kadang2 tu lupo nak delete namo pengirim asal kan

Unknown berkata...

Far8 budak baik : Cakap je lah nak suruh atok pos kan sekeping kan?

anna_nana berkata...

tokk~~bukan kecik tamo joinn..tapi xsempat..sobss..egtkan panjang ag masa nyaa...T_T

Unknown berkata...

Lor...xpe2 tade rezeki..hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih