Rabu, 6 Julai 2011

Telemarketing part 2

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,


Kan dulu atok ada mengamuk pasal telemarketing ni kan? Yang menjalankan marketing insuran bongok melalui telefon sajo. Tak perlu sign perjanjian bagai. Tup tup duit aku kena deduct RM56 sebulan direct debit. Kau ingat lagi kan adengan amuk tu dulu. 

Haa, semalam atok ada terima surat dari bank yang tawarkan insuran perlindungan tu. Mungkin itu keputusannya kot. Dulu lepas je atok dapat tahu akaun atok kena tolak RM56 hinggit tu, terus atok telepon, email, tak cukup dengan tu fax pasal pembatalan kontrak serta-merta TANPA GAGAL. Err...macam familiar je perkataan "TANPA GAGAL" tu. Kalau boleh aku nak lemparkan depan-depan ke muka orang yang buat insuran bongok tu.

Inilah surat dari Bank tu

Kalau dapat surat gaji naik ke, dapat naik pangkat ke, surat skandal ke, atok koyak dengan berhati-hati selalunya. Kalau boleh nak stimkan gam sampul surat tu guna wap air panas lagik. Tapi ni, atok koyak-koyakan macam Tanzamania. Koyakkan dengan rakus dan tak perikemanusiaan. Yelah, hati dah mendidih punya pasal. Suka-suka je tolak RM56 hinggit aku tu. Lepas duit berukben tu!

Lepas je koyak, atok terus baca isi kandungan dalam tu. Satu baris demi satu baris atok baca. Ni surat tu...




Antara petikan dalam surat tu berbunyi camni. Ada bunyi ke?
We refer to the above and regret to note that you would like to cancel your contract wtih **** ***** Takaful Berhad. 

Atok nak tegaskan kat sini. Kau tak perlu menyesal k. Kau patut suka sebab batalkan kontrak atok. Lagi satu, atok tertarik dengan alamat email dia ni.




wecare@**********.com
Ko bukan care pasal aku kan. Ko care pasal DUIT aku kan. Agaknya kalau atok sorang dia dah telan RM56. Cuba bayangkan kalau lapan belas ratus orang? Cuba kau kalikan. Boleh tampung bayar duit overtime kakitangan dia tu!!

12 ulasan:

ORLANDO AHMAD berkata...

Lu pegi pejabat die, Lu kasi hantaamm laa

Niena Muhammad berkata...

:/

Unknown berkata...

JARI YANG TERBARAI :Tak mau lah atok kecoh2...ni pun dah selamat

Unknown berkata...

niena shopping2u : :-|

faiz berkata...

bgus tok...kena hentam blk..suka hati dia nak suruh org masuk insuran tu..

Salwa berkata...

suka ati diorang je.promote bukan main.tu yang mlas nak layan orang promote2 ni.tak dengar marah..dah dengar,tak beli marah pulak.huhu.

teacher bonda berkata...

atok pos surat asal diorg tu balik ke?TB nk wat gak nih. geram x terbalas lagi nih..:)

Unknown berkata...

faiz : Tahu takpe...ini mesti kes terdesak punya pasal kan

Unknown berkata...

Salwa : Pasni atok tobat dah dengar pasal telemarketing

Unknown berkata...

teacher bonda : Mula2 atok buat surat pembatalan lah. Pastu atok post kan sekali kontrak n dokumen2 dia tu. Nasib baik dia batalkan cepat.

shesoa berkata...

parcourir ce site Dolabuy Gucci recommandé de lire Balenciaga Dolabuy Lire l'article complet jetez un œil sur ce site Web

toashes berkata...

p0f20a0u29 l2g88n2q98 y9z26r7n57 g2x80x7x30 p4h79l6f13 z2q43s0f55

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih