Tok Wan |
Assalammualaikum Tok Wan. Nama saya Syafiq. Saya ada masalah besarlah Tok Wan. Beeesaaar punya! Masalah saya ialah keliru antara dua samada nak pilih minat atau kerjaya. Untuk pengetahuan Tok Wan, saya sekarang telah mempunyai pekerjaan tetap. Tapi saya sikit pun tak minat dengan kerjaya saya. Dalam masa yang sama, saya minat bidang fotografi. Masalahnya, jika saya pilih kerjaya saya sekarang, pendapatan saya tiap-tiap bulan tetap tetapi hati saya tak tenteram. Namun jika saya pilih bidang yang saya minat iaitu fotografi, hati saya akan bahagia selamanya tetapi masalahnya pendapatan tu tak terjamin. Tok Wan tolong saya ye!
Waalaikumsalam. Tu dia. Sebenarnya Uwan suka dengan masalah ko ni pig. Eh! nak panggil nama penuh ke nama manja ni? Uwan risau je panggil ko dengan nama manja. Nama penuh lah eh. Ok, sebenarnya masalah Syafiq ni simple je. Tahu kenapa uwan cakap simple? Sebabnya, just follow your heart.
Betul, memang ada signboard jalan kat kuala pilah ni menyatakan "ikut rasa, binasa..........ikut hati, mati" Tapi dalam konteks yang uwan nak perdebatkan ni, ikut hati tu adalah jalan terbaek. Kalau Syafiq sukakan sesuatu perkara tu, just carry on. Pedulikan kata-kata orang lain. Jangan sampai satu hari nanti Syafiq akan menyesal.
Uwan ada kenal sorang cucu ni. Dia amik Ijazah Sarjana Muda Perakaunan kat sebuah IPT ni. Tapi dia hanya bertahan sehingga part 4 sahajok sebabnya hati dia langsung tak minat dengan major dia tu. Sebenarnya masa buat permohonan kursus tu, dia langsung tak excited. Kawan apply, dia pun nak apply. Lagipun dia ada diploma kursus tu. Tapi hakikatnya hati nurani dia sukakan artistik. Sukakan seni. Suka mencari keindahan Tuhan melalui caranya sendiri. Dia sukakan fotografi! Sama macam Sapik...
So, budak ni terus nekad. Daripada dia terus menipu hidupnya dengan beranggapan adanya segulung ijazah tu akan memberikan jaminan peluang yang cerah dalam hidup padahal hatinya merana. Dia terus buat keputusan. Cucu uwan ni tadi nekad berhenti belajar amik Ijazah tu tapi sekarang ni dia berjinak-jinak dalam bidang yang dia minati sejak dulu lagi. Fotografi. Walaupun terpaksa merangkak dari bawah semula, tapi hati dia gembira!
Sama macam kes Sapik. Kesimpulannya ada dua. Kalau Sapiq nak kan hidup terjamin tapi kebosanan, teruskan kerjaya Sapiq tu. Tapi jika Sapiq nak hidup ni lebih mencabar dan penuh keseronokan, amiklah bidang yang Sapiq minat tu.
Bagi uwan, better Sapik bekerja dulu setahun dua untuk timba pengalaman dan modal bisnes. Bila dah kukuh, Sapik terus berhenti kerja dan teruskan cita-cita dan impian Sapik sejak dari dulu lagi. Ingat Sapik. Duit boleh di cari, tapi kebahagiaan dalam hidup ni tak ada pun nilainya. Pilihlah mana yang terbaik untuk Sapik. Kalau niat kita ikhlas, mesti urusan seharian akan dipermudahkan olehNya.
Itu saja nasihat dari uwan. Ok, babeh, uwan nak gerak ke musolla dulu yo! Assalammualaikum.....
10 ulasan:
atok dah kojo..x payah pkir papo laie la tok...dah stabil dah...hehehe
thanks for advice uwan..haha
Bukan senang nak buat pilihan yg melibatkan masa depan ~cObaan
btol tu tok..kdg2 tu minat tu bley bawa pada kejayaan...
tuk...kok dio buek semayang istikharah pun buleh yo kan.. eh..atau istikharah tu time nak kawen yo ko?
eiqonenazzmiey : Memang lah, tapi jiwo atok bukan kek sini...atok berjiwa rock babehhh...oiyehhh.....erk
liyana : Sesamo liyana =)
~SaL IjOu~ : Kesimpulannya, kena fikir semasak-masaknya kan
faiz : Sebab minat tu tak kan pudar. So, akan mengajar kita erti tidak putus asa kan. Dah minat punya pasal...
Aziela : Haah, boto2...kalau dah tak tahu nak buat keputusan yang terbaik, better semayang istikarah...pilih jodoh pun iyo, bulih..
Catat Ulasan