Isnin, 27 Jun 2011

Telemarketing

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ke tepiiiii...ke tepiiiiiiii!!...Huh! Atok sedang berangin. Actually perihal ni berlaku jumaat minggu lepas lagi, tapi baru hari ini atok dapat tulis. Kalian penah dengar tak pasal telemarketing? Ala, diorang ni guna kaedah baru untuk memasarkan produk mereka.

Macam ni, 3 bulan lepas atok terima panggilan telefon dari salah satu akaun bank atok ni. Bank ni ada tawarkan insurans macam healthpro kot. Dia cakap la faedah-faedah yang atok perolehi melalui telefon kan. So, dia cakap akan deduct rm56 sebulan direct debit dari akaun atok tu kalau atok setuju. Dan jumlah tu akan bertambah dari tahun ke tahun. Atok malas nak layan, so atok cakap hantarlah hardcopy perjanjian, pelan, faedah or what so ever kan. So atok pun letakkan telefon.

Pastu, baru-baru ni atok tengok akaun atok tu dah kurang rm56 hinggit. Terus atok telepon bank tu cakap dgn bahagian customer service. 

"Hello, saya nak tanyalah. Kenapa akaun saya kurang rm56 pada tarikh sekian-sekian?,"tanya atok. Pastu orang bank tu semak. Then dia cakap camni.

"Oooooo....rm56 tu. Kan encik dah setuju nak joint pelan perlindungan insurans kami,"jawab orang tu.

What??! Apakah? Atok terus naik angin. Atok maki balik orang tu. Atok cakaplah, yang atok ada terima tawaran tu tapi tak pernah reply pun. So, macam mana pulak boleh atok setuju dan tandatangan dokumen perjanjian tu? Pastu orang tu perli atok balik. Surat tawaran tu depan-depan ada mention, "kalau tak setuju dengan tawaran ni, sila kembalikan perjanjian ini dalam masa 30 hari atau wang pendahuluan rm56 itu akan dikreditkan dari akaun pihak tuan"

So, atok barulah terhegeh-hegeh buka perjanjian tu. Ye! memang betul. Dalam tempoh 30 hari. Tapi seriusly atok macam ditipu. Atok sengaja suruh dia hantarkan perjanjian tu sebab malas nak layan. Dah dia mention awal-awal , klau perjanjian tu tak dipulangkan berserta tandatangan so perjanjian tu tak sah...Ni lain pulak cerita. Pengesahan dilakukan dengan suara je dah cukup. Cilako ke tak cilako? Atok termasuk perangkap.

So, masa tu jugak atok terus email, fax pastu repost balik dokumen2 gampang dia tu supaya hentikan pelan tu serta-merta. Sakit ati atok. So korang kat luar sana, hati-hatilah pasal telemarketing ni. Yang siap rakam2 suara ni dah boleh dijadikan sebagai perjanjian. Orang sekarang makin pandai. Macam-macam cara nak kaya cepat. Hishhh.....klu orang tu tak izinkan duitnya diambil, berkatkah gaji kita tu???






Ako tembak koooo!!

16 ulasan:

faiz berkata...

kurang ajar btol bank tu..byk gak tu..

sahromnasrudin berkata...

cimb ke atok????

liyana berkata...

hmm..x ptut wat atok cmtu..
tembak jer tok..

teacher bonda berkata...

TB pon kna la tok..dia deducted dr kredit kad.TB x bg pon no cc TB. tup2 dia potong. mmg hangin. smpai skang x setel..

Tanpa Nama berkata...

ape mende lah buad keje macam nie.
tak halal lah ambik duit orang macam tu je..
hishh
-.-

amry berkata...

marah bebenor atok..mana tak marah...tak der kata putus apa2,tiba-tiba hilang 56 henggit...memang cilako la..sya pernah dapat calling macam ni dulu kalau tak silap dari CIMB...tapi ok la kot sebab diorang tak deduct duit saya sebab saya kena masuk satu laman web diorang tuk sahkan yang saya setuju dengan perjanjian tu dan perjanjian hitam putih dihantar..2 2 saya tak buat pon..hehe...

amiera berkata...

miera dah cancel pun segala insurans MBB..bosan plak nak byr every month..^_^

Tanpa Nama berkata...

bank apa tu? teruk betul..macam penindasan sesuka hati ambik duit org

Unknown berkata...

faiz : Itu yang atok hangin...lepas duit berukben atok tu

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Mesti dah kena gak kan? haah...

Unknown berkata...

liyana : Kan...gaji atok dah lah kecik...suka2 je deduct

Unknown berkata...

teacher bonda : Ish, habeh tu cmne TB? tak kan nak biarkan?

Unknown berkata...

chemay : Tahu xpe, atok rasa macam kena aniya je

Unknown berkata...

amry : Masalahnya amry, atok tak hantar pun semula dokumen tu. Dia cuma sahkan ikut suara atok je sbb atok setuju suruh dia anta perjanjian dokumen tu. Cara kotor kan?

Unknown berkata...

♥ LuRveLyAmiera ♥ : tahu xpe...nak fikir2 kan, takde faedah pun

Unknown berkata...

umie mia : Cimb bank....pakej dia cimb aviva...baik hati2...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih