Jumaat, 15 Julai 2011

Tafsir Mimpi Sekolah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Atok bermimpi lagi malam tadi. Ye aku tahu, mesti kau kutuk aku kan. Takpe, atok menedah je telinga ni mendengar kutukan itu. Macamlah aku sorang je mendapat mimpi.  Tapi mimpi yang atok nak share dengan korang kali ni agak unik sikit. Mimpi di sekolah! Atok memang selalu mimpi belajar balik kat sekolah. Kebiasaanya sekolah menengah. Dulu pun atok pernah buat entry pasal mimpi sekolah nih.

Nak dipendekkan cerito, malam tadi atok mimpi masuk sekolah. Yang musykilnya anak murid dalam kelas tu bukan kawan-kawan sekelas atok yang dulu. Watak dalam mimpi ni bercampur-baur. Ada opismate atok, ado kawan serumah atok dolu-dolu, tapi yang tak tahan tu ado mak cik jiran atok pun nak interframe gak!!! Kau bayangkanlah nenek tu masuk sekolah balik camne. Nampak sangat kepala hotak aku ni lama tak format kan. Berterabur watak-watak dalam tu.

Baiklah, macam biasolah suasana dalam kelas tu bising sangat. Atok pulak dalam mimpi tu dapat watak pelajar baru (selalu camtu, atok masuk kelas cari meja kosong). Pastu atok duduk je la kan. Kata pelajar baru, so tak leh tunjuk taring lagi. Sebelah aku tu aku tak kenal sapo. 

Dalam bising-bising tu, tiba-tiba ada sorang ni bangun dari tempat duduk dia. Kalau korang nak tahu yang bangun ni opismate atok sekarang! Biarlah rahsia sapakah gerangannya itu pasai orang2 opis ado dok baca blog haku ni. Kantoi kang. Ok, pastu makcik ni pun bangun dari kerusi dia. Pastu membebel. Dia kata lebih kurang macam ni lah.

"Saya sedih sangat. Kenapalah korang suka makan gula-gula? Lepas tu plastik tu korang buang merata-rata. Saya kalau boleh tak nak sorang pun makan gula-gula lagi. Gula-gula tu manis. Sebab bagi saya....bla bla bla.....,"dia membebel. Pastu entah macam mana dia menangis teresak-esak. Dia siap peluk makcik jiran atok tu. Dua-dua bantai menangis. Motepp?

SEMUA dalam kelas tu senyap. Terpana seketika. Pastu atok dengar sorang watak dalam mimpi tu keluarkan sesuatu dari bawah meja dia. Pun opismate atok gak! Atok skodeng lah. Gula-gula! Dia buka plastik gula-gula tu pastu dia renyok-renyok kan plastik gula-gula tu kuat-kuat. Pastu dia makan. Lagilah meraung makcik dua orang tu. 

Tiba-tiba atok tersedar dari tido. Tengok jam dah pukul 6 pagi. Pastu tersengih sorang-sorang atas tilam.

Kesimpulan : Amacam? Serabut tak mimpi atok tu? Ini kalau buat jalan cerita masuk panggung, kompem orang tak nak datang tengok. Kasi tiket free pun orang ludah balik. Takde motepp kan? Ishhh....ntah apa-apa ko ni tok mimpi mendapat camtu.......Pssttt....bagilah idea untuk bagi "tajuk" mimpi atok tu....  >_<



"Kau kenapa pelik ni tok??,"Katty Perry

15 ulasan:

teacher bonda berkata...

tafsiran mimpi atok : suh atok sentiasa jg kebersihan..terutamanya bobot & rakan2, kebersihan opis, kebersihan umah..sbb yg dok meraung tu kn opismate atok & nenet sblh umah..blh terima akai x?muahahahahha

Hizami Li berkata...

mimpi ke iklan polident ni ?

=_____=

IMANSHAH berkata...

aku mimpi masa dengor khutbah tadi..aise man

faiz berkata...

heheh..mmg kebudak-budakan mimipi atok ni...psl plastik gula2 pon meraung..

Mohamadazhan.com berkata...

hehe...memang ganas mimpi tu...nasib geng blog tak dak masuk sekali kelas atok..

ORLANDO AHMAD berkata...

meraung den baco ekau punyo mimpi atok oiii

~Sal Ismail~ berkata...

mesti sebelum tido mkn gula2 ni~ haha

Unknown berkata...

teacher bonda : Adess..mengena skalik kat atok..huhu

Unknown berkata...

..hizamirahim.. : Err....macam polident...erk

Unknown berkata...

IMANSHAH : Mesti dapat hidayah kan

Unknown berkata...

faiz : tahu xpe faiz...pening kepala atok mikior balik

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Itulah, atok rasa yang duduk sebelah atok tu pun blogger gak kot..huhu

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD AL BUAYAK : Adesss +_+

Unknown berkata...

~SaL IjOu~ : Tahu xpe...rompong2 gigi atok tinggal gusi

Unknown berkata...

pelik pleik pelik hahahahah

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih