Jumaat, 22 Julai 2011

Mindset

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Aku dah pandai cakap omputeh. Abess la berabuk meja atok pasni. Berabuk dek air liur. 

Kalian mesti tahukan apa maksud mindset di atas? So tak perlulah atok terangkan secara lebar panjang tentang mindset ni. Cuma intipati yang kito dapek dari perkataan ini adalah berkisarkan tentang pemikiran atau perlakuan seseorang yang menjadi habit dalam kehidupan seharian dan sukar diubah. Tu dia. Ala-ala pensyarah tak gaya haku? Ye pensyarah takde PHD.

Contohnya macam diri atok sendiri, bangun pagi pukul 6. Buat rutin harian macam biaso. Gosok gigi, mandi, senaman bagai tu. Tapi atok ada satu masalah pengurusan masa. Dah dari dulu lagi atok punya mindset akan sampai ke sesuatu destinasi tu pada waktu yang tepat. Let say nak pergi kerja. Mesti kena sharp pukul 8. Tak boleh nak datang awal pukul 7.59.59 saat ke kan. Entahlah dari dulu lagi. So no wonder pet lah, muka atok antara peberet paling lambat masuk ke kelas dolu-dolu.

Berbalik cerita opis tadi. So, jarak masa antara rumah atok dengan opis lebih kurang 20 minit. Memang purata masanya macam tu lah. Walaupun dah siap awal (pukul 7.20 pagi), tapi atok sempat lagi menonton High 5 sampailah pukul 7.40 pagi tu. Yelah sebab nak genapkan 20 minit waktu perjalanan ke opis. Pastu terhegeh-hegeh start adam hitam nak ke kerja. Bila adam hitam susah nak hidup, time tulah ko sepak tayar dia laju-laju kan tok. Kalau nasib baik, klik punch card tepat pukul 8. Kalau nasib malang, pukul 8.05 sebab ado anjing melintas masa dalam perjalanan. Nampak tak? Itu atok punya mindset. Bad mindset.

Contoh yang lain kat opis atok ni. Ada sesetengah tu mindset diorang ni susah untuk berubah. Mana yang A to...A je laaa....tak mau ikut konsep B ka C ka dan seterusnya. Sebab pada fikiran diorang mindset tu dah tetapkan macam tu. Dari dulu lagi dah jadi amalan macam tu. Memang susah untuk berubah. Kalau kita nak anjurkan sesuatu aktiviti lain dari lain, ramai yang condemn dan mengutuk belakang cadangan kita tu. Sebab diorang tak pernah buat benda tu sebelum ni. Akibatnya tak ada langsung perubahan lah pada diri dan opis tu sendiri. Nampak tak?

Sama jugak yang suka kerja last minit dan suka bertangguh. Ala...kejap lagilah buat. Masih ada banyak masa. Bukannya esok nak kiamat. Nampak tak? Siap mention kiamat lagi. Ko tak tahu kiamat tu dasyat macam mana. Boleh lak cakap macam tu. Pastu bila dah hujung duedate, time tulah ko sibuk nak setel kan semua perkara. Sampai tercirit-cirit kau tak cukup masa. Nampak tak?

Sama jugak macam kita kan. Ada sesetengah perkara yang sukar untuk kita berubah walaupun perubahan itu adalah untuk kebaikan. Sebab dah mindset kita macam tu. Yelah sebab kita ni pun manusia yang serba serbi kekurangan. So, meh kongsilah dengan atok apakah mindset yang kalian susah untuk tinggalkan untuk kebaikan?



Pesan atok : Copek2.....dah ramai joint contest atok nih....sebelum tarikh totop ujung bulan 7 nih, baik kau joint dengan klik di [SINI]

14 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

ai tak dapat sempurnakan kerja hari ini sebab nak domam ni tok.. dah lame tak kena.

*orang jenis resistance to change ni memang ada di mana-mana..

Atiqah Wadiah berkata...

atok..tiba2 rasa t'batuk2..sy pon ske wat keje laz min...nk2 tang asaimen..hadoiii

Tanpa Nama berkata...

btl la tok mind set umie pn ssh nak ubah.. kadang2 memang cantik dah siap awal tapi tgok jam ala baru 0715.. sempat lagi ni ..bleh lak duk main kejar2 dengan damia sekali tup jam 0735 wahhh tulunn dah lewat..masa tu la duk kerah damia cepat.. tetiba plak dalam pejalanan ada bedoza la lembu la haaa ambik ko leka lagi..alih2 tiap2 hari punch card merah hihihihi kepada yang membaca komen ini sila jangan tiru mind set saya ye ^^

faiz berkata...

atok mindset den poie kojo kul 9 tapi sobab jam den ni ontah apo asik rosak mesti terlambat 15 min..hehe

raingers berkata...

patutlah cucu atok pun suke g kelas lambat..hehe

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Atok pun raso nak domam nih....bantai makan durian

Unknown berkata...

Atiqah Wadiah : Hah, tercirit tak last minit? kui kui

Unknown berkata...

umie mia : Atok ado geng rupanya...hihi

Unknown berkata...

faiz : Haddoi...15 minit lewat tu ha

Unknown berkata...

raingers : Mesti nak kata kat atok "mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik tu kan?"

ORLANDO AHMAD berkata...

mantap la ekau ni tok, dah macam profesor saikologi dah niii

teacher bonda berkata...

betol atok!!mindset tu penting. Ada org jadikan kwn2 yg malas sebagai benchmark dia nk wat keje. sudahnya TB yg nk collect hasil keje diorang ni yg jd mangsa...geram je kan.kang kalo asik bebel memanjang, dicop mak nenek plak..hehehhe

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Choii

Unknown berkata...

teacher bonda : Tahu takpe...kadang2 kalau atok tensen sangat, atok senyap je seharian tu buat hal sendiri...tapi esok dah baik balik

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih