Sabtu, 23 Julai 2011

Contest Aku Berpuisi-Surat untukMu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini atok nak joint contest sulung mohamadazhan iaitu Contest Aku Berpuisi. Sebenarnya atok pernah menerbitkan sajak dibawah sebelum ni di dalam blog ni di bawah segmen "sedih". Cuma atok nak repost kembali untuk dikongsi bersama cucu atok yang tak sempat nak baca. Mari ramai-ramai kita joint contest anjuran mohamadazhan ni sebelum 16 ogos 2011.

Dalam banyak-banyak sajak yang atok karang, sajak inilah yang paling bermakna. Jika purata yang diambil oleh atok untuk menghasilkan sebuah sajak sekitar 30 ke 45 minit. Tapi istimewanya sajak ini atok berjaya hasilkan dalam masa 5 minit! Pada jam 3 pagi! Ya...hanya 5 minit pada jam 3 pagi...Mungkin sajak ini bukan lahir dari perahan minda yang memerlukan idea kreatif, namun lahir dari ketulusan hati yang paling dalam ditemani air mata keinsafan. Moh baca sajak yang atok pertaruhkan kali ini...



Mataku tersentak!


Jam menginjak ke angka 3 pagi. 
Tiba-tiba hati ini sayu. Sejuk. Muram tak beremosi.
Minda kosong serta-merta,
Dunia seakan berhenti berputar,
Cengkerik seolah terus membisu,
Angin bayu menyapu malas kulit pipiku
Kemudian terdetik di hati berbicara!

Ya Allah Ya Tuhanku,
Apakah cukup bekalan untuk aku ke sana?
Adakah benar dosaku sedang bermaharajalela menghimpit amalan baikku?
Betulkah landasan yang sedang aku lalui ini?
Apakah benar tubuhku ini nanti menikmati alam syurgaMu,
atau
Menjadi hambatan api panas nerakaMu!

Jika benar ajal selangkah sedang menghampiri diriku,
Kau izinkanlah aku beribu jejak untuk mendekati diriMu,
Jika benar aku sedang enak dibuai pujuk rayu syaitanirojim,
Kau sedarkanlah aku dari mimpi ngeri itu,
Jika benar aku hidup dengan penuh lubuk dosa,
Kau hulurkanlah tanganMu semoga aku dapat keluar dari selutnya.

Astaghfirullah al Azhim....
Terlalu banyak aku berdosa padaMu,
Terlalu miskin aku dimataMu,
Terlalu hina ku rasakan diriku ini disampingMu,
Banyak musibah dan bencana yang pernah aku lakukan,
Tak terkira. Tak terhitung. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akhbar.
Hati yang kerdil lagi hina ini,
Begitu berharap keredhaan dariMu, Allah
Tunjukkanlah aku jalan yang benar,
Suluhilah aku jalan yang lurus,

Jika benar aku sudah jauh tersesat di persimpangan durjana,
Aku merayu Kau mencuit bahuku untuk kembali,
Kembali ke persimpangan asal di mana aku bermula,
Aku sanggup untuk meniti semula liku-liku itu,
Semoga setiap permulaan itu,
Akan berakhir dengan jalan yang Kau redhai



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tpt wktu utk mnginsfi diri..

EzayHadry berkata...

cucu atok sorang ni tak sempat bace ritu..nasib baik atok repost..syahdu2

ingat mengingati benda yang elok memang tugas kite sebagai khalifah..

gdluck jugak tuk contest ni

faiz berkata...

takut amalan kita xcukup untuk bwk ke sana kan atok..

Mohamadazhan.com berkata...

salam atok, terima kasih sudi sertai contest sulong sy, terharu =)

puisi yang membawa kita kembali menginsafi diri yang selalu leka dan alpa pada suruhan Yang Esa..moga Allah merahmati semua ya..insyaAllah =)

Unknown berkata...

Novelgurl : Benar =)

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Alhamdulilah dapat gak Ezay baca semula. Thanks ek =)

Unknown berkata...

faiz : Atok memang tak cukup lagi...banyak salah atok buat, faiz

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Salam. Sama2. Thanks jugak anjurkan contest ni ye azhan... =)

aamalinaazman berkata...

hayoooo~
terase insaf terus diri
wuuuu
sukeee!
nice2!
gud luck!
saya join jugeee!
>___<

Unknown berkata...

aimie amalina : Moh moh joint! hadiah yang ditawarkan pun menarik

Lia Irdelia berkata...

insaf, huhu..!.. gud luck... :)

~Setanggi Syurga~ berkata...

salam berpusi..ana turut join contest ni..follow sini..jom ke blog ana..^^

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih