Selasa, 21 Jun 2011

Super Senior Worker

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Baiklah kita sambung balik perjalanan atok lepas turun dari komuter tu. Untuk makluman kalian, atok lambek 45 minit dari masa yang sepatutnya. Kih kih kih. Hati kering tak aku? Puncanya, kan atok dah buang masa 30 minit kena hangkut kat Sg Gadut dulu. Pertukaran pemandu pun dah amek maso 15 minit. Ishh...

Sesampainya atok di KL Central aras 2 terminal udara, atok pun terus cari bas jabatan. Alhamdulillah, nasib baik tak pergi lagik. Sebab atok awal-awal dah mention yang atok lambat 15 minit. Er....that mean uncle pemandu tunggu 30 minit la ye dari jangkaan sepatutnya. Erk.

Dah naik je bas tu, mata atok terpaku pada penumpang yang ada dalam tu. Wahh, sumenya supermario super senior worker. Atok rasa mostly of them lewat 30 an dan ada jugak yang nak tunggu pencen setahun dua. Aduh, terasa diri ini begitu muda. Walhal....

Setibanya di perhentian rehat, kami pun turun untuk makan malam. Masa tulah atok sempat berbual dengan super senior tu. Klik yang atok joint tu suma dari Sabah. 2 kerja di Sandakan dan sorang lagi dari Semporna. Sebenarnya atok lagi senang bergaul dengan orang Malaysia Timur ni sebab diorang ni lebih peramah. Lagipun iras wajah atok kan macam area sana gak. Erk.

Banyak ilmu yang atok perolehi dari mereka. Berpengalaman. Macam-macam atok tanya dan dia pun jawab dengan jelas dan selamba. Betul-betul bertuah atok dapat kenal mereka. Banyak tunjuk nasihat yang dia berikan kat atok. About my future bisness, dia amat galakkan tapi jangan sampai mempengaruhi mutu kerjaya. Atok tabik spring pada mereka.

So, bagi mereka yang sebelum ni pernah mengganggap golongan super senior ni tak boleh pakai dan tak boleh buat kerja lagi, harap buang jauh-jauh tanggapan tu. Sebenarnya mereka inilah yang merupakan rujukan paling utama untuk kita yang muda-muda ni. Errr....muda ke kau tok? Opss....lelap mata!




Tabik spring kat adik ni....errr adik?

8 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

sape cakap macam tu? tak baik lo! tak semua tak boleh pakai tapi ada la kes-kes terpencil yang ...eeeeeiiii!! hehe!

sahromnasrudin berkata...

sy yg umo dh 30 nie pun org kata tua..dah tak relevan..biarlah huhuhuuhhh

Suhami Ahmad berkata...

blog-tips-kurus : ATok setuju. Ado gak yang jenis tak mau perubahan. Tapi minor cases la

Suhami Ahmad berkata...

sahromnasrudin : Muda lagi tu....laki umur 5o tahun pun still muda. erk

Noh Kodiang berkata...

oh! atok...camna nak letak link in tu ek??? sampai skang den taktaw..

faiz berkata...

org berumur ni byk benda kite bley belajar dgn dieorng kan..

Suhami Ahmad berkata...

Noh Kodiang : Esok atok suruh cikgu nasir publish pasal ni k =)

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Betul2.....diorang yang makan garam dulu kan...