Rabu, 22 Jun 2011

Aku Sebatang Pensil

Namaku pensil. Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak berada. Adik-beradik se uri ku seramai 12 batang. Selepas dilahirkan, kami telah dihantar ke sebuah kedai runcit di pinggir pedalaman. Kami tak sabar-sabar untuk berkhidmat untuk tuan baru kami.


Suatu hari, ada seorang lelaki tua datang dengan pakaian yang lusuh. Barangkali pak cik tua itu seorang petani. Pak cik itu membelek kami dan kemudian terus memilih aku lalu membawa ke kaunter pembayaran. Aku berasa sedih dan gembira dalam masa yang sama. Sedih kerana terpaksa meninggalkan adik-beradikku yang lain. Namun gembira kerana bakal berjumpa dengan tuan baruku.

Akhirnya aku tiba di sebuah rumah yang usang. Di ruang tamu kelihatan seorang budak lelaki sedang kusyuk menelaah pelajaran. Kemudian pak cik tua ini tadi terus menghadiahkan ku kepada anak lelakinya. Aku dapat menangkap sebaris ayat yang keluar dari pak cik tua itu.

"Semoga menjawab dengan baik peperiksaan esok,"kata pakcik tua. Budak lelaki itu kelihatan gembira dan mengangguk laju.

Hari berganti hari. Akhirnya keputusan peperiksaan UPSR diumumkan. Tuanku telah berjaya mendapatkan semua A dalam semua subjek yang diambil. Pakcik tua menangis kerana terharu. Aku tahu, itu bukanlah kerana aku tetapi usaha keras budak itu sendiri yang ingin mengubah nasib keluarga.

Mulai saat itu, aku dijadikan sahabat karib tuanku. Aku hanya akan digunakan apabila tiba peperiksaan besar. Keakraban kami berlanjutan sehingga ke Universiti. Akhirnya setelah bertahun berlalu tuanku telah berjaya menjadi seorang yang berjaya.

Aku tahu, tugasku sudah tiba ke penghujungnya. Aku sudah tidak mampu lagi untuk berkhidmat untuk tuanku. Aku sudah bersedia untuk dicampakkan ke tong sampah sejak dari dulu lagi. Suatu hari, perkara yang ditakuti telah berlaku. Tuanku telah membawaku ke satu tempat. Aku sudah bersedia. Aku sudah tua! Aku sudah tidak berguna! Aku paham perjalanan hidupku itu. Aku pasrah.

Namun sangkaanku meleset. Aku telah di tempatkan di tempat yang amat selesa sekali. Aku telah ditayangkan di ruang tamunya yang serba mewah. Aku merasa terharu dan bangga. Rupa-rupanya tuanku itu bukanlah seperti yang disangka. Hatinya begitu mulia kerana tidak pernah melupakan satu-satunya sahabat baiknya ini. Terima kasih tuanku!

p/s : Cuba letakkan ibu bapa kita sebagai pensel tersebut. Hargailah mereka kerana mereka telah banyak berjasa pada kita. Cubalah membahagiakan mereka selagi mereka masih bernafas di dunia ini.   =')





18 ulasan:

pena rozie berkata...

Betul. I like n3 ni.

Salwa berkata...

wah..baguih cerpen ni.betul..betul...

Tanpa Nama berkata...

nice N3 tok :)

Shahrul Izwan berkata...

cerpen pensel tu dah macam masa sekolah rendah dulu! karangan autobiografi! hehe..

tapi kesimpulan dia betul2 menyentuh hati! terbaik! :D

cik RQS berkata...

macam karangan skola..tp suka!....=)

liyana berkata...

mcm krgn mase sekolagh rndh..
tp krgn ni ade input..
terbaik..

ORLANDO AHMAD berkata...

gua suka moral of story... gua dah lama betol tak guna pensel hehehhe

Unknown berkata...

chii suka n3 ni...
ni yg terasa nak kuarkan pepatah ni..jgn la jadi seperti kacang lupakan kulit..ingtlah jasa2 mereka yg byk membantu kita...:D

Unknown berkata...

macama atok juga, jgn lupakan jasa atok bila kita da besar...

Unknown berkata...

pena rozie : Trimas PR =)

Unknown berkata...

Salwa : Makasih ya...

Unknown berkata...

umie mia : Mokasih la yo =)

Unknown berkata...

Shahrul Izwan : Haah. Dulu masa sekolah rendah selalu jumpa karangan cenggini

Unknown berkata...

MISS QASEH SAIFUDIN : Ye, dulu atok penah buat citer ni masa sekolah

Unknown berkata...

liyana : =)

Unknown berkata...

JARI YANG TERBARAI : Marilah kita menggunakannya sekarang

Unknown berkata...

chii : Ye. sekarang ni banyak kes seperti kacang lupakan kulit kan

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Ye betul. Azham dah besar dah?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih