“Apa awak buat ni. Nanti awak demam. Dahlah, kita masuk dalam je,”rungut Rusnanim.
Iman terkebil-kebil memandang perempuan disebelahnya. Memang betul juga katanya. Nanti tak tentu fasal dia pula yang demam. Namun kerana ego seorang lelaki itu kuat dalam dirinya, dia tetap berkeras tidak mahu masuk ke dalam.
“Tak apalah Anim. Kat sini lagi romantik,”Iman menahan kesejukan malam.
Dia mengetap bibir takut kalau Rusnanim ternampak mulutnya yang menggigil menahan kedinginan malam. Dia mahu kelihatan macho!
“Kalau tak mahu masuk, awak pakai semula baju ni. Biar kita sama-sama sejuk. Setuju?,”ujarnya mendapatkan kepastian.
“Okeylah. saya setuju,”jawab Iman tersengih.
Padahal hatinya berbunga riang dengan kata-kata Rusnanim tadi. Bukannya apa, dia cuma takut macam-macam penyakit yang muncul nanti. Dia hanya harapkan badan saja tegap tapi antibodi badan tak kuat.
“Anim, saya nak tanya sikit boleh? dari dulu lagi saya nak tanya tau,”katanya memulakan perbualan yang terhenti seminit yang lalu.
Anim mengemaskan duduknya. Gelas yang jadi pemisah mereka berdua tadi dipegangnya erat-erat. Kini belakang bahu Rusnanim bertindih bahu Iman yang tegap. Rusnanim dapat merasakan kehangatan badan lelaki itu.
“Awak nak tanya apa?,”soalnya sudah bersedia.
“Janji, awak jawab dengan ikhlas okey. Tak mahu tipu-tipu,”Iman membuat perjanjian. Rusnanim ketawa kecil. Lelaki itu masih kebudak-budakan.
“Baiklah. Anim janji. Cakaplah apa dia?”
“Dulu masa kat rumah saya, Anim ada cakap kenal dengan Sufia. Macam mana Anim kenal dia?,”Iman memandang anak mata Rusnanim yang hanya beberapa inci dari matanya. Mata mereka menyatu.
“Kenapa tiba-tiba awak tanya?,”Rusnanim tidak menjawab soalan tadi sebaliknya dia bertanya.
“Saja tanya. Manalah tahu Anim pernah jumpa dia ke, Anim tahu dia kat mana sekarang ke,”kata Iman seperti mengelak soalan cepumas tadi.
Rusnanim mengangkat bahunya ke depan. Bahunya dengan bahu Iman tidak bertemu lagi. Dia diam seketika. Kemudian menyedut sedalam-dalamnya udara malam yang segar. Dan menghembusnya perlahan-lahan.
“Dari Mak Jah. Itu kisah dululah. Anim ada tanya yang awak dah ada kekasih ke tidak. Mak Jah cakap ada. Kat kampung. Masa tu awak sekolah kat sana,”jawab Rusnanim terang dan jelas. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan.
Iman membisu. Dia kehilangan kata-kata sekejap. Rupa-rupanya Rusnanim sudah tahu kisah cintanya dengan Sufia.
“Sekarang Anim nak tanya awak pulak. Boleh?,”tiba-tiba Rusnanim bersuara semula.
“Er…boleh. Boleh”
“Awak masih contack lagi dengan dia?”
Iman terperangkap. Dia sudah berjanji satu masa dulu malas untuk memikirkan hal Sufia lagi. Dia sudah menerima hakikat tentang ketiadaan Sufia. Baginya tiada lagi nama Sufia dalam kamus hidupnya.
“Tak. Kenapa?,”soal Iman pendek.
“Saja tanya. Manalah tahu kalau-kalau Iman masih lagi menghubungi dia”
“Kalau masih contack sekalipun, kenapa? oo..Anim cemburu ya,”usik Iman.
Kali ini Rusnanim pula yang terperangkap. Dia cuba berlakon buat-buat tak tahu. Iman mengusiknya lagi. Tetapi lelaki itu berhenti bergurau tatkala ternampak Rusnanim mengeluarkan sepit berbisanya.
“Eh, awak dengan si Hasrina tu macam mana?,”tanyanya mengalihkan topik perbualan. Suara riuh tetamu yang hadir semakin pupus. Bilangan mereka juga semakin kurang. Hanya tinggal beberapa kerat sahaja.
“Macam mana pula. Dia tu kan adik sepupu saya. Lagipun saya anggap dia macam adiklah. Hei, ni kenapa tanya macam gini? cemburu ye,”Iman tersengih memanjang. Rusnanim menjeling geram.
“Janganlah usik Anim lagi. Penatlah”
“Eleh, merajuk konon. Kalau Anim nak tahu, bila saya dekat dengan Anim, saya rasa bahagia sangat tau. Tak tahulah kenapa. Anim tahu kenapa?,”soal Iman sungguh-sungguh. Mukanya berseri-seri.
“Manalah Anim tahu,”balas wanita itu buat-buat tak mengerti.
“Ceh, buat tak tahulah tu,”Iman bergurau lagi.
“Mana ada”
Perbualan mereka terhenti seketika. Seorang gadis menghampiri tempat persinggahan mereka berdua. Iman dan Rusnanim menoleh ke belakang serentak. Kemudian Rusnanim memandang ke tempat lain.
“Hei, abang kat sini rupanya. Puas As cari. Merata-rata tau. Jom ikut As sekarang,”kata Hasrina manja dan gedik-gedik.
“Ikut ke mana?,”dahi Iman mencerut.
“Alah ikut jelah. Kitorang ada buat surprise untuk abang tau. Ikut okey,”Hasrina mempamerkan aksi manjanya lagi. Badannya terliuk-lentok.
“Kalau tak bagitahu, abang tak mahu ikut,”balas Iman semula. Rusnanim semakin meluat.
“Dah tentu surprise. Mana boleh bagitahu. Alah, jomlah. Kak Rusnanim boleh duduk sorang-sorang. Tak lari ke mana kakak tu,”dia menjeling Rusnanim dengan penuh makna.
Telinga Rusnanim terasa panas. Entah apalah salahnya sampai gadis remaja itu membenci dirinya. Dia cuba memekakkan telinga. Dan yang paling penting menahan rasa amarahnya!
“Kak Anim ikut sekali boleh?,”tanya Iman menjeling ke arah Rusnanim. Tetapi Rusnanim tidak memandang mereka berdua. Dia lebih rela memandang ke tempat lain.
“Alah, surprise ni untuk abang je. Bukan untuk dia,”rengek Hasrina.
“Tak apalah. Awak pergi je. Lagipun Anim tak berminat nak bermain permainan bodoh tu. Anim dah cukup dewasa untuk mengedik-gedik. Awak pergi jelah,”tiba-tiba mulut Rusnanim ringan berkata. Hatinya terasa puas teramat sangat!
“Eii, sedapnya bahasa. Kata orang gedik. Tak sopan langsung. Kat kampung tak belajar ke?,”Hasrina membalas semula.
“Tidak ada siapapun di sini yang mengata awak gedik. Saya cuma berkatakan tentang diri saya. Tak tahulah kalau ayat yang keluar dari mulut saya tadi turut buat awak terasa. Orang kata kalau makan cili, dia yang terasa pedas,”Rusnanim menikam semula.
“Eii, geramnya. Abang tengok perempuan ni. Tak ada adap langsung,”adu Hasrina manja.
“Sudah. Baiklah abang akan ikut. Jangan nak bising-bising lagi kat sini. Jom masuk,”Iman meleraikan pergaduhan.
Hati Rusnanim pedih. Dia terasa ingin menangis sekarang. Namun dia tidak ada sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Rusnanim melupakan niat asalnya. Dia bukannya perempuan yang murah dengan air mata.
“Berlagak punya perempuan,”kata Hasrina setelah berlalu dari situ bersama Iman. Namun Rusnanim masih dapat mendengarnya. Geramnya membuak-buak sekarang. Dia hanya berdoa agar Tuhan memberinya kesabaran.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 35, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 35, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan