“Janganlah usik Hasrina lagi. Abang ni jahat tau. Perangai tak ubah,”suara Hasrina manja. Kawan-kawannya yang lain tergelak melihat aksi mereka.
“Apa pulak. Betullah tu. Kalau adik semua nak tahu, dia ni degil masa kecik dulu tau. Ada sekali tu, dia pecahkan jam dinding kesayangan abahnya sebab merajuk dengan abahnya dulu. Masa tu tak silap dia darjah 3 atau 4 kot. Manja sangat. Kalau abanglah buat macam tu, dah lama makan penerajang ayah abang. Eh, ayah abang garang tau,”kata-kata Iman disertai hilai tawa rakan Hasrina yang lain.
“Eh, betul ke As?,”tanya salah seorang rakan Hasrina.
“Mana ada. Korang dengarlah cakap abang tu. Penipu besar tau,”Hasrina tersipu-sipu.
“Nak tipu apa. Dah itu hakikatnya. Anak manjalah katakan,”usik Iman lagi.
“Abang jahat tau. Ambik ni!”
Hasrina mencubit pangkal lengan Iman. Iman mengelak sepantas kilat. Hasrina cuba mencubit lagi. Iman berlari keliling ruang tamu. Hasrina cuba mengejar Iman pula. Di luar rumah ada mata yang memerhatikan gelagat mereka. Dia semakin tidak duduk diam. Rusnanim rasa cemburu yang amat sangat. Entah kenapalah tiba-tiba perasaan itu menyelubungi dirinya sekarang. Dia bertindak meninggalkan tempat itu segera. Barangkali ingin ke tandas.
“Tak mahulah cakap pasal As lagi. Malu tau,”Hasrina merayu simpati.
“Abang cakap betullah. Nak malu buat apa. Itulah sapa suruh buat perangai”
“Eh, korang semua nak tahu tak, sebenarnya abang Iman ada adik dulu tau. Hensem sangat. Lagi hensem dari abang ni,”Hasrina mengalihkan topik perbualan.
“Ye ke? kenalkanlah kat aku. Kalau abang hensem, mesti adiknya hensem jugak,”kata seorang kawan Hasrina.
“Eii…gatalnya. Please lah,”kata seorang lagi.
“Apa pulak. Aku single lagi tau,”balasnya.
“Stop. Jangan nak bergaduh kat sini. Tapi korang kena tahu, itu bekas pakwe aku tau,”Hasrina memotong cakap mereka berdua.
“Ye ke. Alah, melepas aku,”jawab seorang gadis.
“Tapi dia dah lama meninggal. Kemalangan jalan raya,”kata Hasrina lagi.
Riak muka Iman sedikit berubah. Tiba-tiba dia teringatkan Amir. Namun cepat-cepat dia menepis segala kesedihan itu. Yang berlalu biarlah berlalu. Kita yang masih hidup perlu meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh.
“Ah, kesiannya. Tapi takpe. Abangnya kan ada. Hensem apa. Ala-ala mat saleh lagi,”usik seorang rakan Hasrina yang lain.
“Hei, jangan nak menggatal. Balak kau nak campak kat mana,”kata Hasrina.
“Alah, dia buat spepat pun boleh. Kan bang kan?,”gedik budak itu.
Iman tersengih. Menampakkan barisan giginya yang putih berseri. Kekadang seronok juga dia melayan kerenah mereka semua. Masih lagi bersifat kebudak-budakan.
“Ooo…buat spepat. Ni playgirl la ni ya. Tak baik buat macam tu dik. Setialah pada yang satu,”Iman berceloteh.
“Entahnya kau ni. Teruk tau. Tengok macam aku ni. Single lagi. Tak mainlah cintan-cintun ni. Jiwanglah. Aku tak suka jiwang-jiwang,”kata Hasrina pula.
“Ceh. Blahlah. Aku tengok kau lah jadi kepala kitorang ngorat budak jantan kat poli tau,”budak tadi tidak berpuas hati.
Iman menggelengkan kepalanya. Rupa-rupanya adik sepupunya itu kaki jantan. Tapi gatal macam mana sekalipun, tak pernah lagi dia mendengar Hasrina buat perangai di poli. Apa yang dia tahu, adik sepupunya itu antara pelajar yang pandai di situ.
“Ye ke? wah dah pandai main cinta ya. Siapa nama budak tu?,”tanya Iman.
“Mana ada. Diorang tipu lah. As tak suka bercinta. Bazir masa je. Tunggulah satu hari nanti. Tapi setakat ni As memang betul-betul single,”Asrina cuba menafikan kata-kata kawannya.
“Betul tak girls…?”
“Betul,”sokong kawan-kawannya yang lain.
“Yelah tu,”Iman antara percaya dan tidak.
Hasrina memuncungkan bibirnya. Kalau ada tali, bolehlah diikat reben. Di luar rumah, kelihatan Rusnanim duduk berseorangan. Tanpa ditemani sesiapa. Tidak ada Datin Asiah lagi yang menjadi teman bual sebelum ini. Tidak ada lagi Iman disisinya. Tidak ada semua itu.
“Hi, sorang ke?,”sapa seorang lelaki. Rusnanim tersentak. Kemudian dia melemparkan semula pandangannya ke halaman rumah Dr. Suffian.
“Hi. Nampak gayanya macam tulah,”balasnya seperti hilang semangat.
Rusnanim membetulkan silang kakinya. Pemandangan di rumah Dr. Suffian begitu cantik sekali. Orang ramai semakin kurang. Ada antara mereka yang telah pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal cuma saudara mara yang terdekat sahaja.
“Mana Iman? dia tak ada dengan awak ke?,”tanya pemuda itu lagi. Rusnanim menggeleng malas.
“Ada kat dalam sana. Biarlah dia nak berseronok sikit,”balasnya lagi.
Terang bulan semakin menerangi alam. Wajah Rusnanim yang manis jelas kelihatan dalam kesamaran malam. Rambutnya yang lembut bergerak mengikut rentak angin malam yang misteri.
“Kenapa tak ikut sekali?”
“Ish. Tak mahulah. Saya pun bukannya biasa sangat dengan tempat ni. Seganlah,”ujarnya dengan hati yang berkeronyok.
Tanpa disuruh, pemuda itu duduk di sebelahnya. Rusnanim mengensotkan sedikit punggungnya ke hujung kerusi yang panjang. Dia menghirup lagi baki air sehingga tinggal separuh. Air laici yang sejuk itu tidak langsung terasa menggelongsor ke dalam tekaknya.
“Masa memang kejap berlalukan. Sedar-sedar je kita semua dah besar. Singkat sangat hidup ni,”pemuda itu berbasa-basi. Rusnanim tidak menumpukan sangat apa yang dikatakannya.
“So?,”tanya Rusnanim ringkas.
“So, macam tak puas sangat. Belum sempat lagi nak buat sesuatu perkara tu, dah tak sempat. Awak setuju tak?,”ramah lelaki itu.
Rusnanim menghembuskan nafasnya. Kemudian membetulkan kedudukan punggung yang hampir jatuh akibat tak cukup ruang untuk duduk. Bahu kanannya kini menyentuh bahu kiri lelaki itu. Dia cepat-cepat bergerak seinci dari tempat asalnya tadi.
“Kenapa awak cakap macam tu. Sepatutnya kita sebagai hamba perlu bersyukur dalam setiap perkara. Tak baik kita mempersoalkan ketentuan Tuhan. Mesti ada hikmahnya di sebalik kejadian sesuatu perkara. Jadi, kalau dah tahu hidup tu singkat sangat, jangan sesekali kita lepaskan setiap peluang. Baru hidup kita bahagia,”balas nya panjang lebar. Apa yang dikatakan itu seolah mengena ke batang hidungnya sendiri.
Lelaki itu mengangguk setuju. Mereka berdua terdiam seketika. Yang terdengar cuma suara manusia yang makan-makan jauhnya lebih kurang 10 meter dari mereka.
“Hi Anim. Borak pasal apa tu. Rancak nampak,”Iman tiba-tiba muncul di belakang mereka. Rusnanim cepat-cepat menoleh ke belakang. Senyuman yang dihadiahinya tidak bergula.
“Tak ada apa-apa. Borak kosong je. Macam mana kat dalam, dah habis bersuka-ria?,”soalnya seakan merajuk.
“Ish. Kenapa cakap gitu? Ha Asrul, kau pulak buat apa sini? Kau cuba nak tackle si Anim ni ke? Eh, tadi aku nampak bini kau tau. Kalau tak silap dia baru nak keluar rumah tadi,”gertak Iman.
“Kau ni. Mana ada aku nak ngorat. Tadi, aku nampak Anim duduk sorang-sorang. Kesian pulak aku tengok. Kitorang pun borak kosong je. Kau ni kenapa? cemburu ke?,”guraunya sambil tersengih kerang busuk.
Rusnanim menundukkan muka. Dia malas hendak mendengar lawak bodoh mereka berdua. Hatinya sudah tawar.
“Jangan nak menyibuk. Eh, cepat!. Bini kau nampak karang”
“Eh, ye ke? alahai, sebelum apa-apa terjadi aku cabut dulu,”kata Asrul lantas meninggalkan mereka berdua.
Rusnanim masih seperti tadi. Tunduk memandang lantai bumi. Tidak menoleh sekalipun arah Iman. Dia menggeleng kepala sejurus selepas mengukir senyuman.
“Boleh duduk?,”tanya Iman seakan memujuk.
“Siapalah saya untuk melarang”perlahan suaranya.
“Hai, bunyi macam merajuk je?,”usik Iman lagi.
Rusnanim mendiamkan diri. Dia malas lagi hendak menyusun kata. Gelas yang setia ditangannya tadi diletakkan di tengah-tengah kerusi panjang. Menjadi jarak pemisah antara mereka berdua. Biarlah sekarang punggungnya perit menampung badan dengan ruang yang sikit saja. Biarkan.
“Buat apa nak merajuk. Tak ada sebab nak merajuklah,”kata Anim lagi setelah agak lama mereka berdua membisu.
“Iye ke ni?”
“Ya,”jawab Rusnanim sepatah.
“Eleh-eleh.Betul?,”usik Iman.
“Betullah,”Rusnanim tersenyum.Dia mencubit pinggang Iman yang padu.
Iman mengaduh kesakitan. Rusnanim ketawa kuat-kuat. Namun masih lagi tidak di dengari oleh orang lain. Iman segera menangkap tangan Rusnanim yang lembut. Dia menggengam erat tangan itu. Rusnanim berhenti ketawa. Matanya memandang tepat pada mata Iman. Iman merenungnya tajam. Matanya yang bundar menggoda Rusnanim. Tiba-tiba degupan jantung Rusnanim sudah tidak beritma lagi. Degupan itu semakin laju. Semakin lama semakin laju. Rusnanim cepat-cepat menarik tangannya. Lalu memandang ke tempat lain.
“Maaf,”Iman menyesali perbuatannya.
“Tak apa”
Mereka berdua diam seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Angin malam semakin menusuk hingga ke tulang. Rusnanim berpeluk tubuh.
“Kita masuk dalamlah,”Iman memberi cadangan. Rusnanim menjeling lelaki itu.
“Tak mahulah. Orang ramai. Anim lagi selesa kat sini,”Rusnanim memberi alasan.
Padahal dia sendiri tidak mahu berjumpa lagi dengan Hasrina. Daripada dia tidak dapat menahan perasaan geram nanti lebih baik dia menahan kedinginan malam di luar. Iman menanggalkan baju lengan panjang yang membalut tubuhnya. Rusnanim hanya memerhatikan tindakan lelaki di sebelahnya itu. Tubuh lelaki itu yang sasa jelas kelihatan di sebalik baju nipis berwarna putih yang dipakai. Iman meletakkan baju yang ditanggalnya tadi pada badan Rusnanim. Perempuan itu terkesima.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 34, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 34, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
2 ulasan:
Cinta TODAY ade? (^.^)
blog-tips-kurus : Ha, itu kena translate oleh akak gugel dulu...hihi
Catat Ulasan