Tok Wan |
Assalammualaikum dan selamat pagi sumo cucu uwan!!
Rentetan dari post uwan terdahulu iaitu "Tips Memilih Bakal Isteri" menjadi topik hangat (hangat ker), sehinggakan mencetus fenomena komen tegar dari pembaca blogger seperti berikut :
Tu dia cucu-cucu uwan sekalian alam. Terdapat kemusykilan pada cucu Mila ni. Sekali baco kesian uwan tengok. Duo kali baco nak nangih uwan haa. Uwan pasti mesti ada dikalangan cucu uwan kat luar sanun senasib ngan Mila ni.
Baiklah, uwan cubo jawab persoalan tersebut dengan membuka buku rujukan rukun tetangga rumahtangga bab 5. Menurut buku rujukan tersebut ada menerangkan, untuk memilih bakal suami, perkara yang perlu dititikberatkan adalah :-
1. Kerana Agamanya
Mila kena selidik dulu latar belakang si dia. Kalau muka macam Shreak sekalipun, kalau ilmu agama cukup didada, apa salahnya kalau Mila pertimbangkan. Kita berkahwin bukan dengan mukanya Mila. Kita berkahwin dengan hati dan agamanya. Dialah bakal jadi imam keluarga kita. Kalau bakal suami tu berpegang teguh dalam Agama Islam, insyaAllah uwan jamin hidup Mila akan bahahgia ke akhir hayat. Kalau nak tahu dia tu mengamalkan agama ke tak,tengok dia p semayang jumaat tak. =.=
2. Kerana aset dirinya
Ini bukan bermaksud uwan nak ajar Mila mata duitan. Bukan camtu. Maksud uwan, harta kat sini budi bahasanya, pembawakan dirinya, santunnya, kehormatannya. Itulah harta yang tiada nilainya Mila. Kalau setakat si dia tu anak Datuk sekalipun tapi perangai nauzubillah, baik Mila lupakan. Biar miskin harta tapi jangan miskin moral. Mila nak ke hidup dalam sangkar emas tapi jiwa batin terseksa selamanya? Adeh...macam sasterawati plak uwan raso kojap haa.
3. Kerana kerjayanya
Tak perlu nak pilih berkerjaya sangat Mila. Cukuplah yang sekadar sederhana. Tapi kalau dah jodoh dengan suami gaji besar, untung badan la tu. Suami ni bakal mencari nafkah untuk kita. Untuk anak-anak kita kelak. Sekurang-kurangnya si suami mampu jugaklah nak memberi anak beranak makan, tempat tinggal selesa, menyekolahkan anak-anak sehingga berjaya, dah cukup! Tak payah nak cari suami yang boleh kasi Mila hantaran perkahwinan kereta Porsche Carrera GT sebijik!
4. Kerana sifat kepimpinannya
Si dia ni bakal memimpin Mila. Memimpin anak-anak Mila kelak. Kalau setakat bakal suami yang selalu bergantung pada isteri atau emak kandung suami, tak boleh jadik jugak. Suami kena tegas dalam membuat keputusan. Kerana dia ketua keluarga. Sifat tu kita boleh tengok sekali imbas. Selamat mengimbas! erk.
5. Kerana sifat sayangnya
Ini paling penting Mila. Kasih sayang adalah segala-galanya. Bukan curi trademark cermin mata permata hijrah. No no no. Walaupun susah dan berat dugaan yang datang sekalipun, jika berpaksikan pada kasih sayang insyaAllah semua tu boleh ditepis. Kasih sayang ni termasuklah menyemai sikap mempercayai, menghormati, romantik, bertanggungjawab tu suma. 1pakej dah tu. Mila kena tanamkan kata-kata ni dalam hati. "Pilihlah orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai"
Uwan rasa itu antara tips yang sempat uwan kongsikan. Banyak lagi ni. Tapi nanti kalau uwan senaraikan point sampai 18, kompem mata Mila kelabu nak baca kan. So, uwan pilih mano yang utama je dulu.
Persoalan samada nak pilih ke tidak orang yang merisik tu, Uwan raso Mila ada hak untuk bertanya siapa gerangannya. Itu hak Mila sebagai bakal isteri. Takkan nak main terima je sapa yang merisik tanpa tahu asal usul dan sebagainyakan. So tanya dulu geragannya. Kalau minat, teruskan. Kalau tak minat, bagilah alasan masih belum bersedia bergelar isteri dan sebagainya. Yang penting, jawab dengan berhemah tanpa melukakan mana-mana pihak. Gud luck Mila!!!
Sesiapo yang ado masalah peribadi atau tak berapa nak peribadi, silalah bagi komen di bawah. InsyaAllah, Uwan yang mempunyai segulung Ijazah Sarjana Pembuatan Kek Kahwin, sedia membantu. Erk. Apakah?
24 ulasan:
5sains SMK sriperpatih > 11 ke 12 jun ak pun lupe da lame da bapak ak bgtaw ak rase ade kad undangan kt FB dayah weh bus palOng skang da xde eh wuwuwu susah ak nak balik
(tok, 'ak' tu meknenye ape?)
pagi 25Mei bace tips sensasi.. ish! ish! sensitif tauuuuuu! (",)
byk kriteria keik atas ni den takdo atok..
salam alaik atuk..
^__^
agama.
ilmu.
kesediaan mengambil tanggungjawab.
kematangan.
tu antara yg terpenting kan?
tok..den dah kawen..takdo tips huhuhuhhh
chii akan ikut segala saranan dan nsiht yg atok beri..terima kasih tok...
pastu yg last skali...lepas kita da dpt tgk n kenal2..wat la solat isthikarah..minta petunjuk..semoga dia adalah calon yg sesuai..kan tok :D
ooyeehh....hawiz tercalon utnk kriteria tu semua..hehee..=P
uwan.... dlm islam, rupa paras p0wn penting taw....
untk melahirkan generasi ada 'rupa'......
(=
baek tok pehni klu dah berkonan ngn ssowg mestid en refer balik entry neh..hik3
timo kasih bg tips yo uwan! -->>eh, den dh kawen :p
erk..atok ade ijazah tu ke..
same kos la kita..aha
btw like this entry..
sape2 yg bergelar lelaki blehla amik iktibr dlm entri ni...
pmpuan juga bleh jdkn ia sbg pnduan'
thanks tok
oh Tok Wan...
mekasih jawap sgala persoalan yg ada... =)
terharu...huk3..
insyaAllah..akan mila nilai setiap aspek yg Tok Wan btau tu..
selebihnya...mila tawakal aje pada Allah...=)
moga2 Mila mendapat jodoh yg baik..Amin...
5sains SMK sriperpatih : Ekau kono boli keto sejibik
blog-tips-kurus : "ak" tu short form kepada "aku"....cuma malas nak tulis huruf "u"
faiz : takpo, itu contoh yo faiz
Mutiara Bernilai : Boto2. Yang MB sebaraikan tu memang boto. Susah nak pilih laki ni sebona eh
sahromnasrudin : Dah kawen pun bulih yo ikut tips ni supaya jadi suami lebih sempurna =)
chii : Semestinya. InsyaAllah, kalau jodoh tu dah sampai tak kan ke mano
hawiz : Haa...dah bulih kawen dah tu
| gad1s s0ypans | : Pun ponting jugak, tapi anatara muka ngan hati mana lagi penting?
diana amin : Ha, save dalam pendrive sekarang =.=
paish : Hihi...xpo, bulih pass kat adik
liyana : La hai...uwan ingat an uwan sorang yo kek dunio ni yang amek kos tu. Ado laie kosan eh yang amek. Peh ni bulih kito joint bisnes kek sesamo yo
Mila : Buek lah pilihan paling topek. Berkahwin ni bukan sehari duo. Selamat mencari =)
Catat Ulasan