Selasa, 26 April 2011

Tips memilih bakal isteri


Assalamualaikum Tok Wan. Saya Jailani dari Puchong. Bakal menjalani alam perkahwinan dalam masa 3 bulan dari sekarang. Tok Wan, saya nak minta pendapat Tok Wan. Macam mana nak pilih pasangan hidup yang sesuai dengan kita? Maksudnya wanita idaman yang bakal bergelar suri dalam hidup kita? Harap Tok Wan bagi nasihat. Terima kasih!

Hamek kau. Sekali aku bertukar jadik wedding planner sudah. Erk, wedding planner ke pengacara semanis kurma? Argh! Apo2 Yolah. Mula-mula sekali Tok Wan nak ucapkan tahniah kat Jailani sebab bakal menjadi suami orang tak lama lagi. Keduanya Tok Wan nak carut kau. Ape ke hey lagi 3 bulan nak kawen baru sekarang kau sibuk tanya aku nak pilih bini macam mana? Suwey betul kau ni Jailani. Solley solley.......

Ha, berikut merupakan pandangan peribadi Tok Wan dalam mencari bakal isteri yang baik. Hah layan...

1. Kau pilihlah wanita yang ada agamanya. Ada agama kat sini bukan bermaksud mesti pakai tudung-tudung labuh tu, bukan macam tu. Maksud Tok Wan, kau carilah wanita yang sederhana. Jaga solatnya, tak ponteng puasa, jaga rukun Iman dan rukun Islam. InsyaAllah, wanita yang macam nilah akan sentiasa memberikan kebahagiaan kat Jailani kelak. Muka macam Princess Fiona pun tak kisah. Asalkan dalaman mantop. Sebab kalau dah akhlaknya cantik, automatik lahiriahnya juga cantik!

2. Hormati orang tua. Tok Wan paling suka kalau ada anak dara bagi salam kat Tok Wan masa tengah feeling menyapu kat laman rumah. Sejuk je hati Tok Wan. Kalaulah anak teruna Tok Wan tu dah besar, dah lama aku paksa anak aku nikah ngan anak dara tu. Kalau jumpa je mesti bertegur sapa. Jalan membongkok sikit bila berdepan dengan orang-orang tua.

3. Jaga maruah dan berakhlak. Kalau Tok Wan lah kan, sekali aku terjumpa anak dara kat kampung ni tergedik-gedik, tersengih-sengih miang nak ngorat anak bujang aku depan aku, aku kasi tempeleng sekali. Tok Wan tak suka kalau gedik tak pepasal. Jailani pilihlah wanita yang tahu jaga maruah, sopan-santun, cakap pun lembut saja. Kau nak hidup dengan dia seumur hidup kan. Bukannya seminggu dua.

4. Berpelajaran. Yang ni pun penting jugak Jailani. Tok Wan bukan apa, sekurang-kurangnya mana yang kita tak tahu tu, dia boleh ajarkan. Kiranya tak malulah kau beristerikan wanita yang berilmu. Tak kisah lah ilmu apa. Ilmu agama ke. Ilmu memasak ke. Ilmu andaman ke. Ilmu ijazah ke master n so on ke. Orang yang berilmu ni fikiran dia matang sikit. Bertindak waras. InsyaAllah rumah tangga tu susah nak berantakan. Jangan terlebih ilmu sudah. 

5. Pandai masak dan berkemas. Ini pun kena di pandang berat jugak Jailani. Bukan apa, isteri dah lawa, berpelajaran, cakap lemah-lembut...tapi bab masak ngan berkemas hancur. Baik kau tak payah kawen kalau baju-baju n spender pun kau yang lipat sendiri? Orang masak telur pakai minyak masak. Dia masak telur pakai minyak petrol. Meletop rumah kau nanti Jailani! So, sebelum kawen tu, kau usha2 la cakap nak rasa masakan dia sendiri. Masak kat umah mak kau sendiri!

Itu sajalah pandangan peribadi dari Tok Wan. tapi Tok Wan tertarik dengan satu riwayat Rasullullah ni ;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Agama mmg sngt2 penting mnjamin kebahagiaan dunia akhirt nnti.Yang lain dikemudiankan.eh atok nk kawen ke ? ahhaa

faiz berkata...

ya atok...tula yg sememangnya pilihan cari isteri...

LadyBird berkata...

Tok Wan..
Yang masak tu yang lady fail tu tok wan.. Bukan tugas suami kene masak ke? :P.. Tugas isteri cume layan suami jerk :P.. hihihi.. saje.. alasan malas masak :P..

blog-tips-kurus berkata...

patutnya si Jailani ni tanya soalan ni kat atok 3 tahun lepas. lagi 3 bulan nak kawen baru tanye?

atok,
nak tips pilih bakal suami soleh, lagi berdidekasi, berakauntabiliti & berintegriti. STK :)

amry berkata...

tu dia sekali tok wan memberikan pendapatnya.....
semua tu saya setuju.extra tuk saya...cari yang dapat memahami diri kita dan menerima kelebihan kita serta kekurangan...insyaallah boleh kekal..sentiasa memberi dan menerima

AngahSayang2314 berkata...

wahhh perfect tue.... hehehee

LaLa berkata...

haaa jailani oi...bakal bini ekau ckup x syarat tue??hahaha

Unknown berkata...

setuju ngan atok,perkara pertama yg harus di lihat adalah agamanya...xkan kita ingin bakal anak2 mewarisi perkara yg x elok kan

wanacesh berkata...

terbaek l tok wan,,hehehe,,tpi kita x puas hati la kenapa kena pandai masak pulak,dlm agma bkn ke suami yang harus menjaga isteri,,tpi dunia dah tebalik skrg isteri jaga suami,,huhu,,semua ni adat lah tok wan,,tpi xpelah,,cucu tok wan ni pon pndai msk,,tot,,,,,

Nurul EL-Huda berkata...

heeee,jailani ke suhami......???

ye,sekiranya indah agamanya maka indah iman dan akhlaknya.....

tp skg x sume yg ada agama tue kuat imannya dan kukuh akhlaknya.....
hati2 pilih bakal isteri......

heee,at0k bila gad1s nak ada nenek.....????

c(:

~Nabilah~ berkata...

hahaha...btol la...btw,knape lagi 3 bulan nk kawen tp bru nk tnya...plik btol

KUREKURE COMEL berkata...

mina pun belum perfect lg..hehehe..
adakah mina terasa?hihihi...

Homemade by Milla berkata...

salam tok wan..camne lak pmpuan nak pilih lelaki jadik suami tok wan...huhu...

kalu ade org merisik,tapi kluarganya pun xkenalkan sape anaknya sedangkn mila sendiri tak kenal jugak siapa gerangannya...camne nk kasi jwpn pd kluarga yg merisik tu?camne nk trima tok wan...huhu...

Unknown berkata...

Novelgurl : Bukan atok lah. Jailani tu ha. hihi

Unknown berkata...

faiz : Kan. Agama paling utama

Unknown berkata...

LadyBird : Suami selalunya cari rezeki. Isteri yang uruskan rumah. Tapikan, sekarang ni macam dah terbalik je ek

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Lagi sesi kaunseling akan datang atok suruh tok wan post pasal suami pilihan lak ek

Unknown berkata...

amry : Tu dia. Atok setuju dengan olahan tambahan amry tu.

Unknown berkata...

AngahSayang2314 : Ado lagi tambahan tu. Tapi cukuplah 5 yang utama tu ngah

Unknown berkata...

daylachan : Haaa...jangan dio cancel majlis tu udah! hihi

Unknown berkata...

chii : Boto2...elok agamo, eloklah sumo eh

Unknown berkata...

wanacesh : Itulah. Tapi dah adat kita kan. Lagipun takkanlah suami nak sediakan makan minum isteri, nak basuh baju isteri. Mana nak cari rezeki lagi. Tu masing2 kena bincang balik.

Unknown berkata...

| gad1s s0ypans | : Heppp! atok dah tuo dah ha....dah tak layak cari nenek kamu..huhu

Unknown berkata...

~Nabilah~ : takpolah dio tanyo tu Nabilah. kang mati kutu Tok Wan nak post entry apo...hek khek

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Takda yang sempurna kat dunia ni Mina. kecuali Allah. hehe

Unknown berkata...

Mila : Haaa...tunggu entry kaunseling lagi 2 minggu k..thanks bagi tajuk kat Tok Wan. =)

Homemade by Milla berkata...

okeh tok wan..mila tggu tok wan..huhu..dlm dilema ni...

Unknown berkata...

Mila : Huhu...tunggu ek...

p/s : Atok klik kat link Mila, x dapt conect ke blog....apa link blog?

Homemade by Milla berkata...

salam tok..
ni blog mila http://coretanhatimila.blogspot.com

dah leh klik kt profile tu...tak perasan upenye tak share profile..:)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih