Isnin, 25 April 2011

Contest Tabik Sama Kamu





Atok dari sehari ke sehari nak joint contest Mat & Mina ni, tapi baru malam ni atok berpeluang nak masuk. Ha, Mat & Mina ado anjurkan contest tabik sama kamu. Nak joint klik [SINI]. So, atok mau cerita sikit secebis dari kisah hidup atok untuk pedoman kita bersama k. Baiklah, gaya bahasa atok kali ini agak serius. Sila masamkan muka!



Satu masa dulu, atok telah ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Pilah. Nama sekolah atok tu,SMK Tuanku Muhammad. Kat situ atok ada kenal dengan seorang sahabat ni. Namanya Sufi (bukan nama sebenar). Sufi ni budak yang baik. Tahun pertama atok kenal dia, dia memang rajin turun surau. Kadang-kadang dia pasangkan kaset orang mengaji kat surau. Dia pun selalu jadi imam. Percakapan dia perlahan je.

So, atok pun berkenanlah nak bersahabat baik dengan dia. Mula-mula atok kenal dia, dia manjang gelak je. Atok cakap sikit dia gelak. Atok kompius. Muka aku ni macam badut ke? Start dari aritu kami pun rapat. Satu malam tu dia ceritakanlah kisah dia masa dulu. 

Sufi ni lepasan MRSM kat Terengganu kalau tak silap atok. PMR dia 8A, 1B. Dia telah dipindahkan ke sekolah biasa sebab satu kes ni. Menurutnya dia telah terkena ilmu hitam. Masa mula-mula terkena tu, dia cakap kat atok, dia tengah solat. Tiba-tiba masa nak sujud tu, dia rasa macam ada benda bertenggek atas bahu dia. Then terus dia tak tahu apa berlaku. Sedar-sedar dia sesat kat hutan area pokok buluh. Nasib baik jumpa.

Start dari peristiwa tu, dia selalu je diganggu. Lebih-lebih lagi masa peperiksaan besar. Masa SPM pun diganggu. Last2, pelajar cemerlang macam dia hanya dapat 3A saja dalam SPM. Then dia sambung ambil STPM sama dengan atok. Tapi dia jurusan sains hayat. Atok ambik sains fizikal. Kelas lain-lain tapi satu dorm. Sudah suratan takdir, masa STPM sebenar pun dia sakit jugak. Dia bukan Sufi yang atok kenal dulu. Tottally different. Kejap menangis. Kejap lagi bersilat. Kejap lagi mengaku nabi. Sedih sangat atok tengok masa tu. Luluh tengok sahabat baik kita jadi macam tu.

Tup-tup, after STPM atok dah tak dengar khabar dia. Last atok dengar dia masih sakit. Then tak lama lepas tu, atok dengar cerita dia dapat sambung ASASI Sains kat UiTM, Kuala Pilah. Alhamdulillah dia ok! Lepas habis ASASI, dia dapat sambung belajar ke UiTM Penang. Syukur sahabat! InsyaAllah, rezeki Allah ada kat mana-mana walaupun lambat. Dia amik kejuruteraan apa ntah, atok tak ingat. Sambung diploma. 

Tapi malangnya, dugaan lagi, masa final year, Sufi sakit lagi. Kawan-kawan dia semua pinggirkan dia. Dia mengadu kat atok semua bencikan dia. Semua orang dok pakat gelakkan dia sebab gila. Semua kata dia gila. Atok rasa sayu je dengar kata-kata dia. Atok hanya mampu cakap banyakkan bersabar.

Kadang-kadang atok terpikir jugak. Kenapalah Allah tu nak uji Sufi tu dengan dugaan berat? Kenapa tak uji budak-budak tak sembahyang kat luar sana tu? Budak-budak kaki maksiat tu?  Sufi tu tak layak dapat nasib macam tu. Dia baik. Terlalu baik bagi atok. Then bila atok berbual dengan dia, dia pasrah. Setiap dugaan tu ada hikmahnya. Last atok jumpa raya tahun lepas. 

Sekarang atok tak tahu apa perkembangan dia. Telefon pun tak berbalas. InsyaAllah, tahun ni atok nak melawat sahabat baik atok tu. Semoga lawatan atok kali ni, akan nampak sinar baru dalam hidupnya. Atok bangga dengan Sufi! Walaupun banyak kali dia tersungkur, tapi dia tak pernah putus asa bangkit dari landasan hidup ni. Biarlah orang nak kata dia gila. Sewel ke. Tapi atok tahu, dia tu siapa. InsyaAllah, hujan tak turun selama-lamanya. Selepas hujan tu, pasti ada pelangi yang akan menyambut kau sahabatku. Sabar ya Sufi!



20 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

atok.....suka tau masuk lewat...


sedih la...kuat betul ujian dia..
dia blh tabah dan bersabar...


atok jd lah kawan dia yg paling memahami dia ek...


tok tq masuk...

faiz berkata...

kuat btol ujian die..saye phm perasaan sufi tu...tapi segala yg allah bagi pasti yg terbaik utk kite...

KUREKURE COMEL berkata...

tok...mina dah masukkan dlm list...hehehe

Unknown berkata...

org yg sakit mcm ni kan..slalunya ubatnya ialah kawen..mcm kakak sepupu chii pun kena gak..tp dia kena buatan org..skrg ni da berjngkit pada adiknya lak

Nurul EL-Huda berkata...

at0k nie....
j0in bkn nk ajak.....
)=

seyes sedeh klaw kwn baik kita time ujian camtue.....
tp tue yar hakikat sebenar.....
manusia yg bnyk ilmu dan amal pasti akan di uji.....
kerna hanya Allah Maha Mengetahui yg trbaik untk hambaNya.....

jd lah anda teman yg sentiasa ada bila diperlukan.....

teman yg sentiasa menghargai setiap saat bila bersama.....

(=

~Nabilah~ berkata...

kesiannya dekat kwan atok tu...nasib baik dia jenis yang tabah....

wanacesh berkata...

wah,,sayu je hati baca cerita sahabat atuk,,mungkin Allah uji dia sekuat tu untuk menaikkan darjat dia ke tempat yang lebih tinggi lagi..orang2 baik memang selalu ditimpa dugaan lebih2 lagi dunia akhir zaman macam ni,,yng tolol semua dijulang tinggi,,huhu

Tanpa Nama berkata...

Sy rasa shabt atok tu paling bertuah sbb diuji mcm tu =)

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Atok kan OT minggu lepas. Baru ni malam atok sempat joint. Huhu. Sedih kisah dia. Besar dugaan.

Unknown berkata...

faiz : Betul tu Faiz. Setiap kejadian tu mesti ada hikmahnya. So bersabar k

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Hihi...sempat ek...masih Mina!

Unknown berkata...

chii : napa ek jadi macam tu? Sebab makhluk ni nak berkawan dengan kita ke?

Unknown berkata...

| gad1s s0ypans | : Huhu...atok pun terkejar-kejar duedate. Itulah, disaat dia di timpa dugaan maha berat tu, kita jangan pulak menjauhkan diri dari dia k. Kalau boleh, sentiasa di samping sahabt kita yang memerlukan tu

Unknown berkata...

~Nabilah~ : Kadang-kadang ada gak dia putus asa. Tapi alhamdulillah, dia tetap bangkit semula

Unknown berkata...

wanacesh : Itulah. Yang baik di pijak, yang tolol disanjung tinggi dalam dunia sekarang. tapi atok yakin, mungkin Allah uji dia, darjat dia akan tinggi lagi

Unknown berkata...

Novelgurl : Atok pun belum tentu dapat kekuatan macam tu kalau jadi dia

Tanpa Nama berkata...

Isy, macam tau je pasal sape nie... Kesian dia ek... Tak ok lagi ke suhami? Xpe, mesti ada hikmah Allah nak bagi nnt... ~sha_elyza~

Unknown berkata...

~Sha_elyza~ : Dialah tu. Sahabat kita dulu. InsyaAllah ada hikmahnya

aida4eva berkata...

tabikk! :)

Unknown berkata...

a0h04f1c24 o4g28y0l23 t6z51d2p05 l2n02t5u56 n3b73i4f53 y1b11i6b12

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih