Sabtu, 14 Mei 2011

Cucu Pilihan Atok ke-12

Qesah Qaseh Cucu Pilihan Atok minggu lepas


Cucu Pilihan Atok ke-12 : ??

Tahniah kepada Qesah Qaseh kerana merangkul gelaran cucu pilihan pado minggu lepas. Kali ini atok nak memperkenalkan cucu bertuah pada minggu ini. Baiklah, cucu yang bertuah pada minggu ini sekaligus merangkul gelaran Cucu Pilihan Atok ke-12 disandang oleh...


Warna tema Blog Sahromnasrudin ini adalah coklat dan keemasan. Blog ini juga mempunyai tanda dagangan "Layangan Mindaku". Ada empat ekor burung terbang kat sebelah kanan atas blog. Patutnya ada 5 ekor, lagi sekor tu nampak kepak je sebab kena sorok kat BE. Erk.

Sudah nyata lagi jelas, "Layangan Mindaku" membawa maksud tersendiri apabila empunya blog ini mengupas isu semasa menggunakan bahasa mindanya sendiri. Contohnya isu yang paling hangat sekarang , penukaran Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, politik Malaysia, harga minyak dan sebagainya. Dan di setiap pengakhiran topik, empunya blog ini akan meminta pembaca untuk memberikan komen masing-masing. Isu tersebut diperdebatkan sehingga setiap komen yang atok perhatikan mesti lebih 40 ke atas!

Selain isu semasa, Sahromnasrudin juga berkongsi dengan pembaca tentang badan berkanun seperti tribunal tuntutan pengguna, biro bantuan guaman dan sebagainya. Menerangkan fungsi dan peranan setiap agensi tersebut. So, kita yang tak amik kisah langsung pasal tu automatik akan memperoleh sedikit ilmu dari situ. Dan tidak ketinggalan juga tentang perihal peribadi Sahromnasrudin juga turut dikongsi bersama.

Dengan itu, kakitangan Apo2 Yolah dengan bangganya ingin menganugerahkan status Cucu Pilihan Atok ke-12 kepada Sahromnasrudin!





Mari adik mari abang mari kakak kito teghojah blog Sahromnasrudin kat [SINI]!!!

10 ulasan:

hawiz berkata...

waa.....tahniah kepada beliau..lama tol tak singgah blog atok nie..

Shahrul Izwan berkata...

wahhh cmne nak bagi terpilih jd cucu pilihan ni?
ada syarat yg ditetapkan ke?

faiz berkata...

mmg bgus blog Sahromnasrudin ni...aritu dpt souvenior dari dia..hehe

cik RQS berkata...

best laa blog dye ni..daa terjah daa..=)

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum atok..

trime kasih atas review ini dan mengambil saya sebagai sebahagian dari keluarga atuk.

bangga saya dapat jadi cucu atok ...

trime kasih banyak2 ya...

Unknown berkata...

hawiz : Itulah. Hawiz macam biskut chipsmore

Unknown berkata...

Shahrul Izwan : Atok sendiri pun tak pasti apa syarat dia Shah. Huhu. Ikut luck atok nak review...

Unknown berkata...

faiz : Bagus kan. Tak kedekut. Tak kedekut ilmu jugak

Unknown berkata...

MISS QASEH SAIFUDIN : Moh terjah ramai-ramai...hihi

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Waalaukumusalam. Samo2 sahromnasrudin. Thanks singgah umah atok ni tau =)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih