Ahad, 29 Mei 2011

Cinta Semalam Episod 32

     

 Iman masih lagi duduk di kerusi empuk seperti tadi.  Bayangan Asrul sudah tidak kelihatan.  Biarlah budak itu pergi dari biliknya.  Setidak-tidaknya hatinya berasa tenteram daripada mendengar lawak bodoh dari adik sepupunya itu.  Kemudian matanya memandang telefon di atas meja.  Tiba-tiba dia teringatkan Rusnanim.
      “Anim, masuk kejap,”Iman menekan suis interkom.
      “Baik.  Tunggu sebentar,”balas Rusnanim dihujung talian.
      Eksekutif muda itu bersandar di kerusi empuknya.  Otaknya menerawang ke sms yang diterima dari emaknya tadi.  Satu perkembangan yang baik.  Dia berharap biarlah semuanya kembali seperti sedia-kala.  Seperti sebelum ini.  Lamunan Iman terhenti.  Pintu biliknya di ketuk orang.
      “Masuk,”keluar perkataan itu dari mulutnya.
      “Ya, Encik Iman.  Ada apa-apa yang boleh saya bantu?,”tanya Rusnanim lemah lembut.
      Seperti biasa gadis perawan itu menanti arahan yang seterusnya.  Dia setia menanti betul-betul di hadapan Iman.  Dibatasi meja pejabat.
      “Tengah hari ni awak ada apa-apa perancangan?,”tanya Iman perlahan.  Rusnanim terdiam sebentar.  Barangkali berfikir sesuatu.
      “Tidak.  Kenapa Encik Iman,”balasnya keliru.
      Dahinya dikerutkan.  Berlipat seribu mencari jawapan.  Otaknya masih ligat berputar mencari jawapan sebenar pertanyaan bosnya yang pelik sebentar tadi.  Apalah agaknya mimpi anak majikannya itu bertanyakan soalan sedemikian.
      “Awak temankan saya tengah hari ni, boleh?,”tiba-tiba Iman menyoal.
      “Teman ke mana Encik?,”balas Rusnanim pendek.
      Kini persoalan tadi semakin berlumba-lumba memaksa kepalanya berfikir lebih dalam lagi.  Sekarang ini sudah masuk bab teman meneman.  Sudah jauh lari dari tugasan sebenarnya sebagai pembantu peribadi Iman.  Sudah jauh menyimpang ke tujuan lain.  Namun, agaknya pemuda itu menyuruh menemaninya berjumpa client yang baru.  Kemungkinan besar.  Otaknya memproses lagi.
      “Temankan saya pergi ke HKL.  Itu pun kalau awak tak ada apa-apa program lunch ni,”jelas Iman perlahan.
     Rusnanim masih lagi diam membisu.  Dia tercengang.  Namun dia tidak menunjukkan reaksi itu di hadapan Iman.  Dia semakin pelik.  Buat apa dia nak pergi ke HKL? siapa yang sakit? kenapa tiba-tiba Iman mengajaknya pula.  Rusnanim semakin keliru.
      “Awak pelik ke? sebenarnya mak saya ada sekali kat sana.  Dia suruh saya ajak awak datang sekali,”Iman menipu.
      Memang tidak tertulis sekalipun nama Rusnanim dalam sms yang diterimanya tadi.  Dia sengaja membuat cerita.  Dia sengaja menyuruh Rusnanim menemaninya.  Sengaja nak bermanja-manja dengan gadis yang dikenalinya sejak kecil lagi itu.
      “Baiklah.  Saya akan pergi.  Pukul berapa tu Encik Iman,”tanya Rusnanim pula.
      “Macam itulah.  Waktu lunch nanti kita pergilah,”jawabnya ringkas.
      Dia cuba mengukir senyuman semanis yang mungkin.  Biji matanya menjeling belakang Rusnanim sehinggalah perempuan tinggi lampai itu hilang di balik pintu.  Seketika itu dia menyandarkan belakangnya ke kerusi empuk.  Jam hampir pukul 8.30 pagi.  Namun batang hidung Asrul tidak nampak lagi.  Agaknya adik sepupunya itu sedang membantu mamak di restoren membuat roti canai.  Silap-silap haribulan terserempak pula dengan Datuk Ahmad.  Masa itu, kalaulah si Asrul membabitkan namanya sekali, dia pasti kerusi empuk yang didudukinya sekarang akan berada di atas kepala Asrul.
                                  ***********************
      “Tak kerja ke hari ni, bang?,”soal Puan Rohani kepada suaminya.
      Encik Mahmud masih lagi berbaring di atas katil.  Dia tidak mempedulikan kata-kata isterinya.  Sebaliknya terus berselubung di sebalik selimut.
      “Abang, saya  tanya baik-baik ni.  Kenapa abang tak ke kerja hari ni.  Abang dah kena pecat ke?,”tanya perempuan itu lagi.  Suaminya bermalas-malasan.
      “Saya tak sihatlah.  Malas saya nak kerja hari ni,”balasnya akhirnya.
      Dia terus berselubung.  Muka Puan Rohani tiba-tiba berubah.  Lantas tangannya  menarik selimut suaminya sehingga ke paras leher.  Dia melekapkan tangan ke dahi lelaki itu.  Dahinya mencerut.
      “Panas betul badan abang.  Abang demam ni.  Dah jom ikut saya ke klinik,”ujar Puan Rohani kerisauan.
      Encik Mahmud tidak bergerak langsung.  Malah menoleh ke arah isterinya pun tidak sekali.  Dia terus berselimut dan berselubung mengelak dari sinaran  mentari yang semakin menguasai segenap ruang biliknya.
      “Saya tak daya nak bangun ni.  Kejap lagilah pergi,”Encik  Mahmud membantah.
      “Kejap lagi bila bang? dah mari sini saya pimpin,”Puan Rohani memaksa.
      Perempuan itu cuba menarik lengan suaminya, namun tidak berdaya.  Dia mencuba lagi.  Menggunakan seluruh tenaga wanitanya.  Tapi suaminya tidak memberikan kerjasama.  Sebaliknya terus berbaring di atas katil.  Akhirnya dia berputus asa. 
      “Sutina! ke mari kau sekejap,”suara Puan Rohani tinggi.
      Dia menarik lagi lengan suaminya.  Encik Mahmud pula hanya berbaring dengan kain selimut yang membaluti seluruh tubuhnya.  Perempuan itu menarik kain selimut itu.  Suaminya membetulkan semula.  Sudahnya, perempuan itu membiarkan saja suaminya berselubung.
      “Ya, ada apa, ibu?,”Sutina berdiri di tepi pintu.  Dia hanya mampu memandang muka majikannya yang seakan singa betina.
      “Yang kau tercegat lagi kat situ buat apa? mari sini tolong aku pimpin suami aku ke klinik.  Cepat!,”tempik perempuan garang itu.
      Sutina segera menuruti kehendak majikannya.  Dia tidak berani menunggu sebarang sesaat sekalipun.  Kedua-dua perempuan itu memimpin Encik Mahmud ke tingkat bawah.  Lelaki tua itu pula sengaja melambat-lambatkan perjalanan mereka.
      “Anim nya mana?,”tanya Sutina berani.
      “Kau ni bengap ke apa? dia dah pergi kerjalah.  Kalau dia tak kerja, dah lama aku suruh dia pimpin laki aku.  Bukannya kau!,”herdik Puan Rohani.
      Badannya senget menahan berat suaminya.  Langkahnya tertib mengikuti anak tangga satu persatu.  Sutina pun turut sama memimpin majikannya.
      “Hati-hati sikit!,”Puan Rohani menengking lagi.
      “Pranggggg…!!!,”pasu kesayangan Puan Rohani jatuh ke lantai.
      Sutina cemas.  Punggungnya terkena pasu yang diimport dari China tanpa disengajakan.  Dia melepaskan tangan Encik Mahmud lantas mengutip sisa-sisa pasu yang pecah berderai tadi.  Puan Rohani berhenti menjejak kaki.  Dia kaku seketika.  Puan Rohani berang tahap maksimum.  Dengan segera dia meluru laju ke arah Sutina.  Tanpa di duga satu pelempang hinggap ke pipi pembantu rumahnya.
      “Bengap! kau tak nampak ke? kau ni tak habis-habis bawak sial! tak boleh di harap!!,”sumpah seranah Puan Rohani.
      Sutina tidak mampu berbuat apa-apa lagi.  Dia tidak mampu melawan.  Hanya air matanya saja yang mampu gugur ke lantai.  Dia hanya membiarkan tubuh kecilnya diratah Puan Rohani. 
      Satu pelempang hinggap lagi di kepalanya.  Wanita warga Indonesia itu terhantuk di anak tangga bongsu.  Darah keluar mengalir dari luka akibat kesan hantukan tadi.  Puan Rohani tidak peduli, kakinya kemudian ringan menyepak belakang Suriati yang semakin lemah.  Tiada lagi belas kasihan yang diimpikan.  Suriati hanya menangis dan merayu meminta maaf.
      “Tak boleh di harap punya orang gaji! kau datang sini bukannya bawak kesenangan dalam keluarga aku, tapi bawa bala!,”herdik Puan Rohani lagi.
      “Aduh, sakit, bu.  Kasihanilah saya.  Saya tidak sengaja.Tolong saya, bu,”rayu Sutina sungguh-sungguh tetapi langsung tidak dipedulikan.
      Namun rayuannya tidak diendahkan oleh majikannya.  Sebaliknya semakin kerap sepak terajang yang hinggap di badan.  Encik Mahmud yang seperti orang lumpuh tidak berbuat apa-apa sekalipun.  Dia hanya memerhati isterinya membelasah Sutina.  Sesekali dia menjeling geram melihat tubuh pembantu rumahnya yang terdedah akibat perbuatan isterinya.
      “Rasakan.  Dah lama aku bersabar dengan karenah kau.  Ha, sekarang kau rasa puas-puas!,”tengking Puan Rohani lagi.
      Sutina terkulai lemah.  Darah semakin banyak keluar di dahi.  Malah lebih teruk lagi belakangnya luka teruk terkena serpihan pasu yang pecah.  Bajunya koyak-rabak menampakkan bahagian dalam yang hanya dilindungi anak baju.
      “Ya Allah Ya Tuhanku.  Kasihanilah saya.  Sakitnya, bu.  Tolonglah, saya minta ampun,”Sutina menangis teresak-esak.
      Encik Mahmud kemudiannya tersengih.  Demamnya seolah-olah sudah kebah.  Dia memberikan senyuman kepada isterinya.  Puan Rohani membalas senyuman syaitan itu.
                                        **********************
     Suasana di HKL ternyata sibuk.  Kenderaan yang lalu-lalang menyesakkan lagi perkarangan hospital.  Bahang sang jingga yang terik menyusutkan lagi keadaan.  Kelihatan Iman dan Rusnanim jalan beriringan menuju ke bilik pesakit yang ingin ditujui.  Datin Asiah sudah menanti anak bujangnya di bilik pesakit kelas pertama.

Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 31, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

4 ulasan:

daylachan berkata...

wow...ibarat menonton drama bersiri korea;)

| gad1s s0ypans | berkata...

heee,
teruja....
c(:

Suhami Ahmad berkata...

daylachan : Hihi...macih. Teruskan membaca...

Suhami Ahmad berkata...

| gad1s s0ypans | : Haaa....teruja sebab apo tu.... >_<

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih