[entry serius]
Aku menekan-nekan keyboard dengan geram. Sakit hati aku! tengah hari tadi Ibu Pejabat hantar task force, esok nak. TANPA GAGAL. Panas telinga aku dengar perkataan TANPA GAGAL tu. Aku tak ada mood nak bekerja! Aku campakkan keyboard tu jauh-jauh. Aku terus capai henset aku. Tengok-tengok kalau ada orang mesej.
Panas! Apa gile air cond ni? Dah tekan suhu 21 darjah celsius pun masih lagi macam kat gurun sahara. Tak selesalah! Kerja bertimbun. Air cond rosak! Bosan! Hari-hari mengadap benda yang sama. Akaun usang! Hampeh! Orang dulu buat taik, aku kena sapu! Aku tensenlah! TENSEN!
Aku terus ke tingkap di belakang meja aku. Terus buka kasi angin segar masuk ke pejabat. Dalam melayan kealphaan itu, mata aku tertancap pada satu susuk wanita kecil. Wanita itu barangkali seorang ibu memandangkan usianya lingkungan lewat 30 an. Aku amati betul-betul perilaku wanita itu.
Aku gosok-gosok bijik mata. Tak salah! Wanita itu sedang menyelongkar tempat pembuangan sampah kat belakang opis aku. Aku terus perhatikan tanpa kelip. Mula-mula wanita itu selongkar beg plastik kecil. Ada macam-macam dalam tu. Ada kotak polistrene makanan tu. Wanita tu buka. Jika ada isi dia masukkan dalam plastik lain. Jika tak ada dia campakkan semula ke tong sampah besar tadi.
Kemudian datang pekerja Majlis Perbandaran campak satu lagi plastik besar. Wanita itu terus mencampakkan plastik kecil tadi kemudian dengan rakus mendapatkan plastik yang lebih besar di depannya.
Wah! Kali ni lagi banyak benda terbuang. Ada permainan! Ada pistol. Ada gitar permainan. Tapi gitar tu talinya dah putus. Wanita tu campakkan semula ke tong sampah. Mata wanita itu terus terpegun melihat anak patung di depannya. Tapi kepalanya tak ada. Tangannya terus ligat menyelongkar isi dalam plastik besar tadi. Kemudian terjumpa pulak kepala anak patung tu. Dia segera memasang semula kepala anak patung. Nah, cantik pun. Mesti anaknya dirumah suka!. Wanita itu tersenyum seorang diri. Dia segera mengasingkan barang-barang yang elok tadi ke dalam plastik lain.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku terpana seketika. Darah terus naik ke muka. Astagfirullah.....Ya Allah. Kau ampunkanlah dosa hambuMu ini. Aku memang tak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau aku fikirkan aku susah, masih ramai lagi kat luar sana yang merana. Kat dunia jugak Tuhan nak tunjukkan, apa erti SYUKUR!
22 ulasan:
btol tu atok...same2 kite berusaha jd org yg bersyukur..
iye tok...sepatutnya kita kena bersyukur atas nikmat yg ada skrg...
maybe ALLAH nak tunjukkan kpd tok bhw tok sgt beruntung...
ni pesanan utk mina sekali...smile..
bersyukurlah.... ada rezeki lebih jangan lupa di bawah kita... mungkin saat ini kita di tahap selesa.. mungkin satu hari nanti kita juga akan merasa... siapa yang tahu...
Alhamdulillah..bersyukur dengan apa yang ada.. jd kita tak boleh merungut dengan sedikit ujian dan perasaan ketidakselesaan yang kita alami.
huhuu..menyentuh kalbu..
nice story..tertouching..
dgr lagu erti syukur by UNIC..best
kesian kan... ntah2 time dia selongkar tu dia tgh lapar kan.. hmmm.. dia pon kalo bolih xnak hidup mcm tu..
alhamdulillah...peringatan untuk semua ni...
nice.. ^^
kesian org tu kan..
faiz : kan, kalau kita fikir susah, ramai lagi kat luar sanun yang susah
KURERE COMEL : Cash di dunia!
Encik MamaT : Betul2....kita tak sentiasao berada di atas selamanya
umie mia : Atok pun tersedar dengan ketidaksyukuran tu. Kesian mak cik tu
aida : Sempena entry "sedih"
liyana : Kesian kan. Kalau liyana tengok sendiri mesti nak nangis
syud : Itulah. Sisa2 orang pun dia makan. Dah terdesak
Azham Vosovic : Untu semua dan atok jugak
Ayie : Macih Ayie
♥ LuRveLyAmiera ♥ : Itulah. Sedih atok tengok
btul tu tok.. dulu cik rimau rase cik rimau plg malang.. tibe2 je cik rimau kne uruskan sndiri.. xde org tua nak bimbing.. kne belajar sndri.. mcm mngjut je.. umur pon mude sgt mase tu.. tp bile trnmpak org2 yg kurg bernasib baik, cri mknan dlm tong sampah, tidur bawah jambatan, cik rimau rse cik rimau jauh lebih bertuah dr dorg.. syukur sgt2.. :-)
Cik RImau : Samalah ngan atok...cash depan mata atok tengok
Catat Ulasan