Khamis, 28 April 2011

Sabak Bernam Ada Hantu?

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Kan haritu atok ado citer yang atok pi Sabak Bernam kan? Ke semalam aku citer? Ok, semalam. Sebenarnya tujuan atok ke SB tu nak jemput adik atok habis Politeknik kat situ. Wah, ada gak  komen dari blog-tips-kurus kat entry semalam, kat SB ada hantu eh? Serius ke ni?

Sebenarnya atok dah lama nak usulkan perkara ni. Since sebelum ni Mina ado jugak koba kat area situ tempat Jin Bertondang. Kat area situ jugak dia terjumpa kuntilanak pontianak masa tengah turun site? Betul ke ni? Atok baru berangan-angan nak beli tanah kat situ tau. Nak buat rumah kat tepi sawah ala-ala macam cerita Nur Kasih tu. Bajet feeling habiskan usia tua pencen dok nengok sawah padi 24 jam dari tepi tingkap. Silap-silap kuntilanak yang dok feeling skodeng atok tepi tingkap tu nanti. Terus aku diserang sakit jantung kat  situ jugak.

Semalam jugak atok ado tanyo adik atok yang study kat situ. Dia pun mengesahkan perkara tersebut. Dio koba kat atok, selalunya 'benda' tu akan usik pelajar masa minggu peperiksaan. Atok dah betulkan duduk ni. Nak dengar cerita lebih lanjut dari mulut dia.

Dio koba, masa study week tu diorang dok berkumpul dalam satu bilik sampai 2.00-3.00 pagi untuk study. Nak dipendekkan cerita, satu malam tu diorang stayback sampai pukul 3.00 pagi. Biasalah budak-budak pompuan kan, study dia 10 minit, hiruk-pikuk dia 1 jam. Dalam dok syok bergurau-gurau tu, pastu ada suara membalas sahutan diorang. Sahutan tu bunyi 3 kali. Nak kata macam anjing, bukan! Macam suara orang menangis pun ya. Lepas je dengar bunyi sahutan tu, masing-masing terus senyap. Terus berselubung atas katil. Adik atok koba dia siap menggigil-gigil. Tak semena-mena diorang kena sakat lagi. Dengar orang ketuk gayung mandi tu kat futsal court. Banyak kali bunyi.

Atok dengar pun dah seram. Sebenarnya politeknik tu baru lagi. Kat situ pun ada institut tempat atok selalu berkursus. Penyelaras kursus kat situ pun cakap area situ agak mencabar sikit. Lebih-lebih lagi kat tangki air besar tu. Seram atok dengar. 

Sebenarnya kat mana-mana pun benda tu ada kan. Maso atok dok asrama dulu, jangan ceritalah. Macam-macam dah atok dengar. Cuma alhamdulillah tengok secara live tu tak pernah lagilah tapi sekali imbas tu pernah jugak. Orang kata vision ke apo ntah? Aiceh, nak canggih je aku ni kan. Tapi, apo-apo pun mereka pun tetap makhluk Allah kan. Memang kita berkongsi tempat dengannya. Cuma atok nak tegaskan, janganlah kita takut pada mereka. Tapi pada yang Allah menciptanya dan kita sendiri. Janganlah kita berkata besar kat tempat orang. Tak baik. Kalau kita tak ganggu dia, insyaAllah dia tak kan ganggu kita.


Tak pasal-pasal Kak Limah jadi model

38 ulasan:

mcm ni lah berkata...

yo botol tu ado pontianak kat area situ sampai ko sungai bosar,. komarin den ado poie singgah kodai makan kawan den kek sungai bosar tu dio kato maso tongah2 malam ado pontianak mongilai2 kek kodai dio tongah2 malam,... nanti den call dio nak tanyo asal usul pontianak tu ,. mungkin kak limah kot,..

Tanpa Nama berkata...

uishhh..

KUREKURE COMEL berkata...

hehehe...tp rugi tok tak boli...tanah kat situ murah2 lagi tau...hihihi..


mina pun tgh usha tanah....psl makhluk lg satu tu...selalunya kat area sana byk perkampungan bunian....

byk jgk lah eksiden sbb terlanggar anak bunian...hihihi...

Ayie berkata...

Kat KL lagiiiiiiii banyak hantu.. Hantu malam, naik moto macam pelesit, sambil tu bawak awek berambut panjang macam pontianak.. Tapi semua hantu nih takut kat sarjan misai.. hahaha

~Nabilah~ berkata...

Alhamdulillah....so far,slama dduk dkt asrama,x pnah nmpk benda2 mcm 2

Encik MamaT berkata...

kena kuatkan dalaman kita.. agar tak di ganggu.. wanita mudah kena....

Tanpa Nama berkata...

tu la.. asal ade tangki air je mesti ade cerita.. dekat perak pun same gak. malam2 bile lalu area tangki air secare automatiknye bulu roma meremang.. cam horor je.

Unknown berkata...

Sabar je la... menarik entry kali ni... hehehe, atok, buat satu entry pasal kisah antu boleh??? pls pls pls

JeeMacey berkata...

atok..kek palong ado antu tak tok...((:

faiz berkata...

seram plak den baco entry ni..

Faris berkata...

ee takut gak nie.. aq study kat kolej kmuniti sbk bernam... kat situ pun ade gak pnunggu nye... huhuhu.. tkot... aq dok sg besa jer...

jom lawat my blog !!
http://akulahfaris.blogspot.com/

Unknown berkata...

adik chii pun stadi kat poli sabak gak..tp dia stay luar..x dok ostel..x penah plak dia citer..mungkin x kene..or dia xmo cite :p

Nurul EL-Huda berkata...

Biasalah budak-budak pompuan kan, study dia 10 minit, hiruk-pikuk dia 1 jam.

huhuhu....
kenapa mst ada ayat tue.....???

hikhik...
antu....
meh ambik at0k nie.....
suka sgt jalan s0wg2.....
pastue x ajak 0wg.....

teacher bonda berkata...

hahaha..atok ada ati nk jiwang2 cm nur kasih ye?tp kn tok..best tau ada umah dikelilingi bendang. umah arwah atok TB kt Tg. Karang..pun area sawah padi..seronok..view sgt canthekkksss...

FARADYNA ISKANDAR berkata...

dimana-mana juga ada bende tuh :)
bende tu pasti mengacau bila kita lupa daratan gelak tak igt dunia.hihihi

Unknown berkata...

mcm ni lah : Iyo ko? kok atoklah time makan dengar bunyi mengilai tu, kompem terkinc*t balik

Unknown berkata...

Novelgurl : ha. ngape ngeluh tu.huhu

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ito atok setuju. ATok tengok harga rumah kat sana macam 40% lagi murah tau compare kt seremban...yo ko perkambungan bunian? baru tahu ha...

Unknown berkata...

Ayie : Hihi...itu antu sakai. Wah sarjan misai tu fofular gak tuh. penah masuk mastika

Unknown berkata...

~Nabilah~ : Alhamdulillah. Baik tak yah dengar. Hehe

Unknown berkata...

Encik MamaT : Betul. Atok setuju. Dia selalu attack yang lemah semangat yo

Unknown berkata...

apis of art : Kan. Nape ek. Suka benor benda tu berkampung atas tu

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Haah kan. Bagus gak cadangan Azham. Nanti atok usulkan kat Suhami Ahmad k

Unknown berkata...

jee yunus : Tak tahulah dek atok doh. Dulu maso kocik2 ado gak dongar.

Unknown berkata...

faiz : Huhu. atok pun meremang

Unknown berkata...

Muhammad Faris bin Yahya : Haa, ati2 k. Kito jangan kacau diorang sudah

Unknown berkata...

chii : Mungkin dia kacau budak hostel kot. Alah, mana2 pun ada kan chii

Unknown berkata...

| gad1s s0ypans | : Huhu. Laki pun samo. Lagi teruk. Study 10 minit. Hiruk pikum 10 jam! Erkk

Unknown berkata...

teacher bonda : itulah. atok rasa tenang je klu dapat duk kat sawah padi. Itulah impian atok

Unknown berkata...

dyna iskandar : Haa. ni atok setuju. Kalau dah suka sangat, bendu tu sukalah menyakat

Aida Azura berkata...

apsal "benda" tu ske muncul time stdy week eh? itu yg wat sy musykil dr dlu smpai skang..len kli,tggu le sume student da blik cuti..hoho

Unknown berkata...

aida : Mungkin masa stdy week tu kan ramai tido lewat. Benda tu pun kebiasaannya aktif waktu2 camtu

Aida Azura berkata...

tp student time x exam pn diorg ske tdo lwt gak kn..entry ni plg seram part ada suara membalas sahutan diorang tu..huhu..gile ahhh.... bnyi ketuk gayung tu,sy penah dgr tp time kt kem plkn dlu..tp da lali da bnyi2 cmtu..huhu

Unknown berkata...

aida : Itulah aida. Bunyinya macam anjing. Tapi anjing tu macam menangis. Dapat bayangkan tak?

Aida Azura berkata...

ohhhoooooooo xmau le bayang..x tidoq kot satgi..

Unknown berkata...

aida : Kih kih....ha, baik jangan bayangkan

sufian berkata...

Saya punya kampung kt sabak bernam..buat masa ni tak da hati

Unknown berkata...

seronok sy bace pasal kampung sy.hehe..politeknik tu 2km je dari uma org tua sy.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih