Rabu, 27 April 2011

Minit Mesyuarat

Semalam, opis atok ada meeting. So, kebetulan meeting kali tu unit atok yang punya giliran amek minit mesyuarat. Memandangkan 3 orang dari unit atok pergi Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang kat Hq, seorang lagi berkursus dan seorang lagi bertugas di kaunter hadapan, nak tak nak terpaksalah atok yang tak cemerlang ni mencatat minit mesyuarat. 

Meeting berjalan seperti biaso. Tak ramai staf yang masuk masa tu. Masing-masing ramai berkursus dan cuti. Boss cakap sikit, atok terus catit. Mula-mula tulisan macam times new roman, masuk minit ke-10 terus jadi tulisan macam kuih maruku. Meeting habis pukul 4.30 petang kot. Atok terus open pc then cari format-format minit mesyuarat. Atok selongkar fail softcopy kelab perdagangan maso atok belajar dulu. Atok songlap format minit mesyuarat setiausaha. Mana tahu kot-kot dah keja nanti kono catat minit. Then sah! memang kono catat pun.

Selain format tu, atok mintak format kat boss atok tadi. Amik kau. Sekali direct ke boss. Boss atok baik. Dia terus emailkan format tu. Atok ingatkan hari ni nak overtime sampai pukul 7.00 kasi setlekan minit tu hari ni jugak. Hujung-hujung, sharp pukul 6.15 atok dah angkat kaki. Takut hujan n jalan jem. Lagipun masih sempat lagi nak jogging nih.

Atok diberi maso selama 3 tahun  hari untuk hantar. Harini dah cuti pergi Sabak Bernam. So, nak tak nak esok kena pulun habis-habisan. Oklah, atok nak siap-siap dah ni. Nak ke Sabak Bernam tu bukannya dekat. Alang-alang tu nak usha ke Nilai 3. Cari baju sempena majlis perkahwinan boss atok tu tema ala-ala lake garden. Kih kih kih......Jumpo laie! (entry ditulis jam 8.16am)


Nak download minit mesyuarat klik [SINI]


27 ulasan:

Homemade by Milla berkata...

atok..beli la ole2 dr nilai 3 tuh..hik3..

Tanpa Nama berkata...

lake garden ? wah best tu.

blog-tips-kurus berkata...

efisyen ni; within 3 days. huhu!
:-)
*kat SB tu kan, ade h.a.n.t.u....!

wanacesh berkata...

wah,,rajin atok update entry kan,,blog apo2 yolah ni mcm diari atok plk,,siap joging petang2 pulak tu,,atok xde awek ke

faiz berkata...

skill menulis laju2 mesti ade nk tulis minit mesyuarat ni kan atok..

amiera berkata...

sungguh pg entry ni ditaip..^_^

KUREKURE COMEL berkata...

mina paling tak suke la kena jd tukang catit..huhuhu....


apa?atok nak poie sano yo...hihihi..

Unknown berkata...

x pandai nk wat minit mesyuarat..xtau nk masukkan ape yg penting..rasanya mcm semua je penting..ahahah

EzayHadry berkata...

tulisan atuk macam maruku..hihi2..
takpe2 nanti taip balik jadi roman balik..hehe cukup ke cuti satu hari ke sabak bernam tu..tkde pengalaman lagi wat minit2 mesyuarat..

~Nabilah~ berkata...

huyooo!!!bgusnyer atok,ciap jogging lagi... :)

Nurul EL-Huda berkata...

heee,hebat yar at0k....

gad1s plg x suke wat minit main surat surat nie......

at0k,y0ok....
j0in nie....
http://gad1ss0ypans.blogspot.com/2011/04/j0m-try-teka-teki-rm10.html

Unknown berkata...

Mila : Atok beli jersey. Murah. Hehe

Unknown berkata...

Novelgurl : Ha. kelas tak? walhal atok kasta rendah je

Unknown berkata...

blog-tips-kurus ; InsyaAllah, atok cubo sedaya upaya..hihi

Unknown berkata...

wanacesh : Haah. Kalau rajin atok post. Atok mano ado awek dah tuo2 ni

Unknown berkata...

faiz : Boto2. Masalah eh kan faiz, atok ni nak serap tu slow. kena hadam dulu2 betul2

Unknown berkata...

♥ LuRveLyAmiera ♥ : Ni pun atok dah tergesa-gesa tu Mira

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Samo ngan atok. Nak buek camno. Atok yang tak cemerlang yang tinggal. Huhu

Unknown berkata...

chii : Boto2. Atok pun samo. Terkejar-kejar atok tau. Tu yang jadi tulisan maruku tu

Unknown berkata...

Ezay Hadry : Haah. Ujung boleh taip kan. Cukup kot. Atok sampai semban balik, malam. Atok pun first jd pencatit tu, Ezay

Unknown berkata...

~Nabilah~ : Haah. Wajib. Kalau tak atok jadi apam gebu

Unknown berkata...

| gad1s s0ypans | : Atok pun tak suko. Benci. Leceh. Nak buek cmno, kono pakso

nur aishah bte abd hadi berkata...

salam
boleh x nak minx tolong ajar kan wat minit mesyuarat??
mcm ayat nya??then apa yg kita perlu catit masa dengar meeting tu
plz ny email sy
isnin ny first time msuk meeting n catat minit :)
dska_032@yahoo.com @ azrijafni@gmail.com

Unknown berkata...

ok2, atok emailkan sekarang

yanmaneee berkata...

golden goose sneakers
balenciaga sneakers
fila shoes
goyard handbags
bape hoodie
golden goose
goyard handbags
golden goose outlet
vans outlet
birkin bag

sheaul berkata...

this contentuse this link this contact formLook At This Sourcego now

mcbewi berkata...

take a look at the site here dolabuy ysl go to my site replica bags china discover this dolabuy.ru

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih