Sabtu, 9 April 2011

Ratusan telur tiruan dirampas

SEORANG pegawai penguat kuasa KPDNKK membawa telur yang dirampas dipercayai tiruan di Pulau Tikus, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut.
Difahamkan, semua pemilik premis berkenaan memperoleh telur ayam yang mempunyai saiz luar biasa itu daripada dua pemborong yang berpangkalan di negeri itu.
Malah, peniaga juga mendakwa, mereka tidak dimaklumkan mengenai ketulenan telur yang dibekalkan oleh pemborong berkenaan sebaliknya hanya menjual seperti telur biasa pada harga RM11 bagi setiap 30 biji.
Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK, M. Guna Selan berkata, pihaknya bertindak merampas kesemua telur tersebut untuk dikaji ketulenannya.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tiga buah premis menjual telur tersebut dilakukan berdasarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu tersebut kelmarin.
“Kami segera membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang didakwa menjual telur tersebut.
“Kami akan mengambil sampel telur itu untuk dibawa ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

4 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

harap pihak berkaitan dpt la mengatasi mslh ni kan..


kalau tak...buat aniaya org je...

chii berkata...

pelik..mcm mana la telur pun dorang leh wat tiruan..mmg betul2 hebat ar dorang punya mesin

blog-tips-kurus berkata...

jangan la ade beras tiruan lepas ni..
(x tdo lagi atok tuo ni?!)

Novelgurl berkata...

naya je la. eish3.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih