Yusri (tengah) bersama pelakon, penerbit dan penyanyi lagu latar filem Karak |
Karak gabung kisah popular, kejadian sebenar
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studio (Norman Abdul Halim) itu mengakui dirinya bukan jenis mudah percaya terhadap perkara tahyul, namun selepas melihat sendiri suatu lembaga aneh ketika melalui sebuah lebuh raya, membuatkannya tersedar ada makhluk lain di muka bumi ini, selain manusia dan haiwan.
“Cerita mengenai lebuh raya Karak yang dianggap ‘keras’ bukan perkara baru. Banyak versi kisah menyeramkan berlaku hingga kerap kali kemalangan maut dikatakan punya kaitan dengan lokasi terbabit. Antaranya, kisah kereta kuning yang mencari mangsa dan pelbagai lagi cerita paranormal lain.
Buah tangan keempat arahan Yusry Abdul Halim itu membariskan ramai bintang muda termasuk Shahir AF8, Shera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy selain Sidek Hussin dengan dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 26 Mei 2011.
Mengimbas kisah ‘penemuan’ entiti halus itu, ulasnya, ketika itu mereka tiga beradik termasuk Edry dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan tidak tahu di mana punca, mereka terlihat sesuatu menerpa ke cermin hadapan kereta.
“Biarpun sudah lama berlalu, saya masih ingat saat itu. Kami memandu untuk pulang ke rumah dan tentu terkejut apabila ada makhluk yang tidak diketahui jenisnya secara tiba-tiba ada di sebelah cermin kereta. Babak seumpama itu yang kami tonjolkan dalam Karak,” katanya.
Shahir sukar jayakan babak menangis
SEMENTARA itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia, Shahir mengakui buat kali pertama beraksi di layar perak pengalaman yang terlalu asing malah dirinya masih perlu banyak belajar terutama mempertajamkan skil dan teknik lakonan.
“Sebelum beraksi, kami lebih dulu masuk kelas. Membaca skrip seterusnya menjiwai watak. Dalam filem ini saya memegang watak Nik, anak muda yang taksub terhadap perkara berkaitan kejadian paranormal. Nampak mudah tetapi agak mencabar.
SINOPSIS: Karak
Empat pelajar kolej yang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di Kuala Lumpur terperangkap dalam kesesakan yang teruk sepanjang lebuh raya Karak. Disebabkan perlu menghadiri kuliah penting keesokan harinya, mereka membuat keputusan menggunakan jalan lama. Namun sebenarnya keputusan itu bakal menemukan mereka dengan suatu pengalaman baru.
18 ulasan:
macam best jea... nak tengok la nanti....
lebuhraya krak?? ishk..scary ar plak kalo lalu situ..
hurm..citer seram arahan yusry..akan di pertimbangkn...mungkin menarik..lgik2 lagi ada tgi hebat cam filem2 b4 ni kan :)
cerita macam best..tengok gezek die pun menarik + seram...tapi tak tahu la menjadi seram ke x?
aaaa~ lebuh raya karak ? habis la habis la =.=
bandi pun ada...seram dah tgk.hehe
asal cite hantu je budak kolej! tapi memang ade bdk kolej yg perangai lebih antu drpd antu..
alamak....lemah betul la cerita seram ni....
penakut ckiit....ehhh..byk....hihihi
mesti best ni kalo kru buat..
huuuhu takut2~
Azham Vosovic : Moh, ajak atok sekali... Azham Vosovic belanjo!
chii : Haah, klu KRU buat musti gompak an
dhiera : Tapi banyak spesis antu dia ek
Novelgurl : Novelgurl penah lalu situ ke? Atok kan, aritu mati2 nak lalu situ g genting malam2....gile
Mohamadazhan hjDesa : Bandi tu penambah seram. Hihi
blog-tips-kurus : Sebab budak kolej cun2 / hensem2....sebagai pelaris filem..kih kih
KUREKURE COMEL : Atok kalu ramai2 tengok, atoklah paling berani. Kalau sorang2...err....er....tak berani!
faiz : Betul3x...wait n see ek
Salfiza : Haaa...amik bobok...huhu
Catat Ulasan