Sabtu, 16 April 2011

Raja Petra akui terpedaya dengan janji Anwar

Berikut merupakan pautan berita terkini berkaitan Pilihanraya di Negeri Sarawak. Macam-macam ado.

KUALA LUMPUR — Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya untuk pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata, Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Perak.
“Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual bahagian kedua itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata, kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang.
“Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet.. tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.
“Tetapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet? Pengundi-pengundi ingin tahu,” katanya.
Sumber : Kosmo!

Ulasan atok : Kenapo mamat ni tibo2 muncul? Bukannya dulu jadi buruan? Bukannya diistytiharkan bankrap? Bukannya di dikatakan ditaja oleh pihak luar ko? Abih sekarang ni ke main ngam pulak muncul kat TV kasi hentam Anuar. Aik??


Tak cukup dengan tu, macam mana pulak skandal video sex DSAI tu pun tersebar di saat pilihanraya di Sarawak? Pastu isu liwat tak pernah habih-habih. Haih, macam-macam politik kan. Tak tahu mano yang boto. So, kepada penduduk Sarawak, buatlah pilihan yang tepat hari ni. Dari dulu aku dok tengok nak jadikan negeri Sarawak negeri termaju sekali. La ni tak maju-maju aku tengok. Sumer tabur janji manis. So, buatlah pilihan untuk masa depan kalian. Jangan mudah ditabur habuan sementara. Kita tunggu dan lihat la yo!





12 ulasan:

faiz berkata...

semakin teruk politik malaysia ni..sibuk dgn konspirasi...mamat ni macam lalang je...dulu sokong anwar...sekarang hentam anwar...nak selamatkan diri dari buruan la tu..

Unknown berkata...

bak kata ayah chii,jaga maruah diri. jangan sampai org beli diri kita. kalo takat sblm ni sua kan ngan 100 ribu,memang ilex lagi. tapi kalo da sampai 2-3 juta. orang gila je yg x gila kan :)

ong ong kedek kedek berkata...

politik malaysia itu kotor... ahli poltik ini umpama tuala wanita, dibuang setelah dipakai, atas satu alasan...

Cik Rimau berkata...

hurmm.. cik rimau malas nak ambik tau pasal politik kat malaysia nie.. entahla.. xpaham dgn permainan dorg.. time nak pilihanraya je sume org nak keluarkan bnde2 mcm tu.. keluar la cite2 yg mmbrukkan satu sama lain.. and ade jugak calon yg hanya turun ke tmpt bertanding bile pilihanraya nak dekat.. cube kalau time tak pilihanraya.. sume mghilang.. hurmm

Tanpa Nama berkata...

YO..YO..Politik ~ ke tepi ~ ke tepi ~ hahha

Unknown berkata...

faiz : Itulah. Mesti ada konspirasi kotor ni kan. Rakyat makin bijak utk menilai

Unknown berkata...

chii : Takut chii. ATok takut kalau atok pun jadi camtu klu dah ditawarkan berjuta-juta. Minta dijauhkan...

Unknown berkata...

republik n9 : Boto2. ATok setuju..

Unknown berkata...

Cik Rimau : Kena sekali. Atok setuju dengan statement Cik Rimau. Pelbagai janji ditabur. Tapi dah monang, hilang batang hidung

Unknown berkata...

Novelgurl : Novelgurl mahu lalu....(atok sambung :P )

KUREKURE COMEL berkata...

tok..tgu pilihanraya besau nnti...
tak sabar ni...mina dah la pestaim nak pi mengundi...hehehe

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ha, samo lah ngan atok...Opss!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih