Siapa tak kenal dengan novelis terkenal Sharifah Abu Salem. Antara novel beliau yang mendapat tempat di hati peminat adalah Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Kini kecemerlangan Sharifah Abu Salem kian terbukti apabila ketiga-tiga novel top itu telah digarapkan dalam satu drama TV yang bertajuk Trilogi Cinta. Drama Trilogi Cinta mula ditayangkan di RTM 1 mulai 2 Januari 2011 yang lalu. Drama hebat ini dapat ditonton pada setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa pukul 10 malam di TV1.
Drama Trilogi Cinta sebanyak 40 episod ini menggandingkan Fouziah Gous dan Rosyam Nor sebagai pelakon utama dan turut dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal yang lainnya seperti Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman.
Trilogi Cinta |
Sinopsis Trilogi Cinta
Selepas tamat belajar STPM, Norjinah (lakonan Fouziah Ghous) terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif (lakonan Rosyam Nor) kerana tidak tahan selalu dimarahi ayah tirinya, Pak Badar. Anuar, iaitu abang Norjinah juga merangkap pembantu peribadi Razif yang mencadangkannya untuk bekerja sebagai pembantu rumah Razif. Razif seorang lelaki kaya yang sudah beristeri dan beranak dua. Beliau juga pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Salmi iaitu isteri kepada Razif telah berlaku curang dengan lelaki lain, Amir. Salmi telah jatuh cinta dengan Amir kerana mereka pernah menjadi rakan perniagaan. Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga. Namun, Salmi telah terlibat dengan satu kemalangan. Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir. Layanan Razif terhadap isterinya itu tidak pernah berubah lebih-lebih lagi selepas Salmi disahkan lumpuh.
Salmi berasa amat menyesal. Dia ingin membalas jasa baik suaminya, Razif. Akibat kekurangan yang ditanggungnya, Salmi dengan rela hati mengizinkan Norjinah berkahwin dengan Razif. Tambahan pula anaknya dan Razif iaitu Balkis serta Ameera sangat rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah telah menuduh mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha iaitu adik Norjinah memberontak untuk ke Kuala Lumpur selepas kematian Salmi dengan niat dapat menggoda abang iparnya, Razif. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Pelbagai dugaan yang menimpa kehidupan Norjinah. Mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? credit to Cikmin.
OST TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya
Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melanda sukma
Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya
Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat
Punahlah jua kini akhirnya
download lagu OST TRILOGI CINTA - MELAKAR RINDU versi Jeslina Hashim di [SINI]
SITI NURHALIZA DAN KRISS DAYANTI – DALAM DIAMKU
Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
*
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada
Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah… lepaskanlah…
Biarkanlah… lepaskanlah…
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi
download lagu SITI NURHALIZA DAN KRISS DAYANTI – DALAM DIAMKU di [SINI]
4 ulasan:
awalnye atok update entri.. rimau xpenah ag tgok cite tu.. tp kawan cik rimau kate best.. huhu...
kebosanan di office......
owhhh..cerita ni..best2.....
kdg2 byk terlepas episode....
Cik Rimau : Atok buat malam tadi. Pastu auto publish pagi2 ni
KUREKURE COMEL : Atok jarang tengok drama ni sobab xda masa. Tapi atok ponah baca novel ni. Memang best
Catat Ulasan