Sabtu, 5 Mac 2011

Nazim Othman

Sekarang ni pelakon utama cerita Begitukah Cinta iaitu Nazim Othman semakin popular dan digilai gadis di luar sana. Carian gugel pun menunjukkan nama Nazim Othman tu semakin meningkat. Siapakah Nazim Othman? Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif bin Othman merupakan seorang pelakon di Malaysia. Nazim dilahirkan pada 16 September 1984 di Sabah. Kemunculannya menyerlah dalam drama Awan Dania. Beliau juga pernah berlakon dalam cerita Ponti Anak Remaja dan juga Asmara. Bekas pramugara ini semakin popular selepas beliau muncul dalam drama terbaru TV3, Begitukah Cinta.


Nazim Othman juga seorang model. Tak hairanlah jika selepas ini akan muncul Hero Malaysia yang mantop sebab wajah Nazim Othman iras-iras pelakon Korea. 


He is not Korean Actor but is Nazim Othman


Nazim Othman used to be a model and ex-steward
Nazim Othman juga seorang blogger. Macam kita bah! Kalau nak skodeng blog dia, kau boleh klik kat [blog]. But the last date he update on Monday, 24 May 2010. Sibuk katanya bah. Kalau nak jadi kawan dia kat facebook klik kat [facebook] tapi sudah ramai bah yang mau jadik kawannya. So, untuk tidak menghampakan gadis di luar sana, Nazim pun ada fan page dia sendiri bah. Kau klik saja di [facebook fan page]


Kau dah tengok cerita Begitukah Cinta yang sedang hot sekarang? 

Sinopsis Begitukah Cinta

Nazril (Nazim Othman) yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana (Ainul Aishah) . Dua watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej.
Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.

Nazim Othman dan Ainul Aishah~Sweet couple in Begitukah Cinta

Barisan pelakon Begitukah Cinta

OMG! are u guys think that they got chemistry both?
Lagu tema Begitukah Cinta pun best.

Muat turun OST Begitukah Cinta



Lirik Lagu Aizat – Sungai Lui [OST Begitukah Cinta]
Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya


Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini


Lagu akhir/ending Begitukah Cinta dinyanyikan oleh Adira AF8_Ku Ada Kamu


LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk


Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Salah satu daripada lagu latar turut dinyanyikan oleh Nazim Othman sendiri bertajuk Cinta. Suaranya boleh tahan ala-ala Anuar Zain but version macho lagi. 
Meh dengar sikit je lagu Nazim Othman_Cinta


Girls, watch out!

Dont get be wrong, he is still single. This is only one of the scene for him.

A new star is born and ready to shine!

So, mai pakat-pakat kau tonton lakonan mantap Nazim Othman dan  Ainul Aishah dalam "BEGITUKAH CINTA" setiap hari Isnin hingga khamis jam 7 petang hanya di TV3.

12 ulasan:

Unknown berkata...

jrg tgk tv r... kalu berpeluang br tgk...

Cik Rimau berkata...

ai atok.. promote nampak.. hehe.. rimau pun suke jugak die ni.. dorg berdua nmpak mcm serasi pulak.. hehe.. tiap2 hari rimau tngok cite ni... suke.. best..

miss yanyan berkata...

erk..nak betulkan 1 fakta..sblm awan dania dia dah pernah berlakon dah..kalu tau drama sutera maya yg fasha,intan ladyana,faezah elai & ayu raudhah tu,dia ada berlakon dlm tu. tp tak sure tu 1st drama or tak. lg 1, drama tun teja pun dia ada berlakon. :)

faiz berkata...

xminat sgtla die ni berlakon..

Unknown berkata...

Pirate : Atok hanya tengok cita ni je. Lain jarang

Unknown berkata...

Cik Rimau : sekarang Nazim tengah hot. Tu yang atok buat entry pasal dia.

Unknown berkata...

Miss yanyan : Mekasih miss yanyan, atok dah betulkan dah. hehe

Unknown berkata...

faiz : Hihi, napa faiz

miss yanyan berkata...

hehe..tq atuk..peminat setia dia ni..penah ambik gmbo berdua lg..aww..haha.

Unknown berkata...

miss yanyan : Wah, peminat kipas susah mati ni. Huhu. Cecame...

nur berkata...

nak cari kat mane lagu full nazim othman tu ye?? carikanlah..huhu =)

Unknown berkata...

nur : Atok tengah usahakan. InsyaAllah klu dapat atok terus post k

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih