Khamis, 3 Mac 2011

Petua memutihkan gigi

Kak Milah

Hi uolls. Apa khabar? Macam mana kehidupan seharian? rindu sama kak milah tak? Kita bakor je...kita bakor....*tetiber

Kali ini tibalah giliran kakak untuk menjalankan rutin mingguan. Err...ke rutin 2 mingguan. Ok, 2 mingguan. Rutin yang kak milah maksudkan ialah...........music doremon plisss.......

"Petua Kak Milah"...

hoyeyyyyy tepok tangan sekarang! Sungguh gedik ye kau kak milah. Gedebushhh! Hamek pelempang sebijik.

Ya, akak tahu. Starting yang sungguh menjengkelkan. Baiklah, tanpa melengahkan masa, dalam segmen kali ini akak nak kongsi dengan uolls petua memutihkan gigi. Akak tahu ramai yang tengah cover gigi kuning bak buah durian masing-masing sekarangkan. Jangan risau, InsyaAllah dengan petua yang akak nak kongsikan ini nescahaya gigi kau putih kalah gigi beruang pola dalam iklan TV tu.


1. Pernah dengar tak lagu ni.....bangun pagi, gosok gigi, capai tuala, pergi mandi...eh ye ke camtu uolls?? Haaaaa.....sebelum uolls nak pergi mati mandi, kena gosok gigikan. Tapi untuk mendapatkan gigi yang putih berseri macam gigi aku ni, sebelum gosok gigi pakai ubat gigi tu, uolls sapu dulu gigi tu dengan Serbuk Penaik atau nama santifiknya Sodium Bikarbonat terlebih dahulu. Kau jangan ingat nak buat kuih apam je pakai sebuk penaik. Gigi pun pakai tau. Uolls tenyeh-tenyeh macam mana nenek kau tenyeh sireh kat mulut dia. Kalau tak tahu nak tenyeh, kau tanya nenek ni. Lepas uolls tenyeh tu, uolls berkumurlah. Pastu gosok gigi pakai ubat gigi macam biasa. Tapi jangan buat banyak kali tau. Akak risau gigi kau rongak sobab Sodium Bikarbonat ni macam agen pereput. So, amalkan seminggu dua tiga kali tu wokey.



2. Uolls kenal pisang tak? Kalau tak kenal sah kau ni spesis reptalia hampir pupus. Uolls amik biji pisang yang dah masak tu. Kemudian bakarlah biji pisang tu sampai hangus legam kalah bontot kuali. Akak tak pasti nama pisang yang berbiji tu. Tapi pisang berbiji tu lebih besar sikit dari pisang biasa. Pastu uolls kisar atau tumbuk biji tu jadi macam serbuk. Gunakan serbuk tu untuk menyental gigi kau yang kuning tu. Akak cadangkan uolls lakukan aktiviti berfaedah ni tiga kali seminggu. Kesannya pasti memuaskan. Uolls akan sentiasa nak senyum manjang sebab gigi dan puteh kennn.



3. Petua yang ni akan tak jamin bagi uolls yang menghidap penyakit darah tinggi atau kentut berdarah. Akak nasihatkan uolls kena mintak pendapat doktor haiwan dulu. Masa nak gosok gigi tu, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi setiap kali nak gosok gigi. Amalkan selalu InsyaAllah gigi uolls akan berseri-seri. Selain gigi berseri-seri, petua ini jugak dapat menghindarkan daripada penyakit gusi dan mulut. Bukan kuku dan mulut! Pastu perisa pun rasa lagi best. Tak caya? cuba try test.



4. Petua ni apak kak milah penah ajarkan masa kakak kecik-kecik dolu. Uolls ambik tempurung kelapa. Tak ada tempurung kelapa, tempurung lutut kau pun boleh. Tempurung kelapa tu uolls bakar. Nanti arangnya yang hitam tu, uolls gentel2 kat gigi. Dah gentel2 tu, then uolls kumur-kumurlah. Jangan tak kumur-kumur. Kang kau cari aku libas pakai parang kontot ajar ajaran sesat sebab gigi jadi hitam. Jangan k uolls. Bila akak suruh kumur-kumur tu, so kumur2 lah. Nanti akak tak mau share petua lain laie nanti baru tahu.



5. Petua yang terakhir sekali ni, kakak segan sikit nak sharing. Bukan saja segan, tapi kadar akak kena bomoh kat uolls lepas ni amat tinggi kesan tips yang akak berikan ni. Tapi nak tak nak kakak kena sharing jugak sebab nak cukupkan 5 petua. Nak tahu gapo dio?
Uolls pergi kedai software komputer. Cakap kat apek tu, "apek aku nak CD installer Adobe Photoshop CS5!!!!!" . Kau photoshop gigi tu suddeh.... 

Anda sukakan Kak Milah? Klik Undi masuk. Anda benci Kak Milah? Klik undi keluar. Akak rempit duluuu...wengggggggg wenggggggggggggggggggggggg!

 Kih Kih Kih.....
Sumber : 
Apak akak

12 ulasan:

yunNs Chronicles berkata...

slalo dgr lagu Oh Milah!! kt negeri fm.. ngeh3x..

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha....pkai tempurung tu...
rasa apa ek kalau tonyoh kat gg...
mcm seram je...kihkihkih...

faiz berkata...

no macam petua nak menghitamkan gigi je...heheh

teacher bonda berkata...

cucu nk try guna sodium bikarbonat tu la..atok dh try yg mn?

Park Min Rin berkata...

uweee~~ petua kak milah ni menjadi ke.. hehe.. tak po.. nanti den cubo yang sodium bikarbonat tu.. thanks kak milah.. :D

Unknown berkata...

yunNs Chronicles : Ado ko lagu tu. Baru tahu. Hihi

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ntah la Mina. Dah lupo rasa apa. Hikhik

Unknown berkata...

faiz : Ish, dak eh...sumber betul tu. Ada link kat bawah tu.

Unknown berkata...

teacher bonda : Bulih yo. Tapi seminggu 2 3 kali je tau. Jangan overdose. Huhu. Atok guno yang campur garam tu

Unknown berkata...

MY SouL My HeArt : Kak Milah koba welkem. Huhu

mascaraq berkata...

tip no.5 taleh blah. hahaha itu confirm berkessaaaaannnnn

sya berkata...

Anda mempunyai masalah gigi kuning?inginkn penyelesaiannye?just click here http://coolerbeauty.blogspot.com/

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih