Rabu, 16 Mac 2011

Ancaman Radiasi Serius

PARIS : Ancaman daripada kerosakan reaktor nuklear akibat kejadian gempa bumi di Jepun amat tinggi, kata Menteri Luar Perancis, semalam ketika Jepun mengadakan pertemuan dengan negara Kumpulan G8.


"Keadaannya amat serius...ancaman bahaya memang sangat tinggi,"kata Alain Juppe selepas Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto memberi penerangan ringkas mengenainya kelmarin kepada beliau dan wakil anggota G8 lain.

Krisi nuklear Jepun semakin meruncing, semalam apabila dua lagi letupan dan kebakaran menggoncangkan loji tenaga atom Fukushima menyebabkan berlakunya radiasi ke tahap berbahaya.

"Semuanya bergantung kepada Jepun untuk menyuarakan bagaimana kami dapat membantu selepas insiden gempa bumi dan tsunami itu,"jelas Juppe sambil menambah Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy mahu kumpulan ekonomi G20 menghulurkan bantuan kepada Jepun.

Merujuk kepada kebimbangan terhadap sektor tenaga nuklear Perancis, Juppe berkata, perdebatan mengenai keselamatannya perlu dibincangkan tetapi beliau juga menekankan, untuk mengatakan kepada rakyat bahawa kerajaan Perancis akan menghentikan adalah satu penipuan.





Sumber : Harian Metro m/s 35 bertarikh 16 Mac 2011.

6 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam

radiasi ni mungkin hampir sama dengan tragedi bom atom Nagasaki dan hiroshima.

kesannya bahaya kepada rakyat.

Marhaenonymous berkata...

mintak-mintak jangan laa terjadi kek malaysia..

KUREKURE COMEL berkata...

harap malaysia takkan teruskan projek nukleur ni...


sbb byk buruk dari baiknye...

Unknown berkata...

Mohamadazhan hjDesa : Salam. Atok ada dengar cita, radiasi ni boleh menyebabkan buta dan kegatalan kulit tahap kronik

Unknown berkata...

Pena Marhaen : Kan dia nak buat loji nukleat kt Malaysia tu. Hope pikir balik

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Betul tu Mina. Atok raso banyak buruk dari baik

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih