Ahad, 20 Mac 2011

Adenovirus: Seorang lagi masuk ICU

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pelatih inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam akibat jangkitan Adenovirus.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih konstabel lelaki dan dua pelatih inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga kelmarin.
Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih inspektor lelaki, 11 pelatih inspektor wanita dan empat pelatih konstabel lelaki manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.

Sumber : Kosmo (untuk bacaan lanjut, dapatkan Kosmo hari ini)

10 ulasan:

Novelgurl berkata...

Salam..makin teruk nampaknya.

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam

bahaya ni, jangan merebak tempat lain

teacher bonda berkata...

lama x jengah atok..
makin ramai kn tokkan..
anak baby sitter ada yg br daftar kt PULAPOL awal bulan haritu..sok blh bual pjg tnye khabar kt dia..

KUREKURE COMEL berkata...

perhhh...takut betul virus senyap2 ni...



tbe2 je dah meninggal...huhuhu

| gad1s s0ypans | berkata...

innalillahiwainailaihir0jiun......
:o

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : Itu yang atok risaukan tu

Suhami Ahmad berkata...

Mohamadazhan hjDesa : takut jadik macam H1N1 kan

Suhami Ahmad berkata...

teacher bonda : Itulah, bahaya tau virus ni

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Moga2 kita dijauhinya Mina

Suhami Ahmad berkata...

| gad1s s0ypans | : Sedekahkan Al-Fatihah pada yang telah pergi...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih