Sabtu, 19 Februari 2011

RM 35,000 Ana Raffali bukan untuk kahwin

BERJAYA membawa pulang RM35,000 dan sebuah trofi setelah lagu Tolong Ingatkan Aku yang menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) baru-baru ini, Ana Raffali berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk peminat, pihak media dan juga orang ramai yang banyak membantunya dalam karier nyanyian.
Jelas Ana, dia mahu berkongsi rezeki yang diperolehinya itu bersama penyokong yang sentiasa percaya pada bakatnya.
Akui Ana, itu sahaja agenda yang bermain dalam fikirannya buat masa ini. Dia langsung tidak terfikir menggunakan wang kemenangan itu untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat seperti yang didakwa.
“Saya mahu buat kenduri kesyukuran dengan menjamu peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Ini adalah tanda terima kasih saya kepada mereka. Ikut perancangan, saya nak nak buat dua majlis, satu untuk mereka yang menjadi tulang belakang kejayaan saya di AJL dan satu lagi bersama peminat.
“Mengenai isu kahwin pula, saya rasa apa yang saya capai pada hari ini masih belum cukup membantu keluarga. Banyak yang perlu saya usahakan lagi bagi membantu keluarga. Saya bukannya daripada keluarga yang mewah. Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah,” terang Ana ketika ditemui pada Majlis penghargaan meraikan pemenang AJL 25 di Sri Pentas baru-baru ini.
Katanya lagi, dia akan menggunakan nama ‘The Marhaens’ untuk kelab peminatnya kerana ia bermaksud rakyat jelata.
“Nama itu memang sesuai digunakan sebagai simbolik kepada peminat-peminat saya. Tetapi saya tidak pasti sama ada akan ramai atau tidak peminat yang akan menyertai kelab peminat itu,” katanya yang mempunyai 142,000 rakan dalam Facebook miliknya.
Pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini juga sempat memberitahu yang dia akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat ini.
“Single berjudul Sehabis Baik ini digubah oleh saya untuk filem terbaru arahan Othman Hafsham, Karipap-Karipap Cinta yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin belajar membuat karipap dan akhirnya bertemu cinta sejatinya.
“Walaupun lagu ini menceritakan kisah cinta dalam filem tersebut, tetapi lirik lagu ini juga bersangkut paut dengan apa yang saya lalui ketika AJL25. Ia adalah luahan perasan saya,” katanya yang menulis lagu itu selepas dinobatkan sebagai juara AJL25.
Sumber : Kosmo!


Ana Raffali

Ulasan atok : Bagus Ana Raffali ni. Macam tulah jadi artis. Walaupun diri itu berada di puncak, emak ayah, peminat dan sahabat andai tidak sekali dilupakan. Atok memang pernah anti dengan Ana Raffali ni sejak kejuaraannya dalam AJL ke 25 haritu sebab kerano dio lagu kegemaran atok kalah. Tapi bila difikirkan balik, apo salah Ana Raffali? Bukannya dia yang minta dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Itu adolah rezeki dia yang Allah kasi. Kalau lagu dio tak hebat, dio takkan monang.


Percayo atau tak, sekarang ni atok makin minat dengan Ana Raffali ni. Nak otograp!! nak!!. Dan semua di AJL tu ado hikmahnya. Dari tak kenal langsung, terus atok kenal dan siap jadi kipas susah mati lagi. So, atok nak pesan kat cucu yang pernah sealiran dengan atok dulu, tobatlah!!! Sapa kita nak membenci sama manusia. Pssttt...selepas termenonton aksi Cikgu Shida di youtube, atok terus jatuh cinta dengan lagu covernya. Lagu Kalau Berpacaran oleh Ana Raffali, Altimet dan Sohaimi Mior Hassan.

Muat turun lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimate klik
[SINI]


Untuk termenonton aksi Cikgu Shida membawakan lagu Kalau Berpacaran ini dengan sepenuh jiwa raga, sila klik [SINI]

4 ulasan:

yna fazlyna berkata...

kerjaya tengah naik buat apa dia sibuk nak kawin.. lebih baik dia bagi peminat makan.. kan lebih afdal..

blog-tips-kurus berkata...

kagum dengan bakat mereka. tok, bile nak compose lagu?!

kindergartenlibrary berkata...

hehe .
masing2 ada bakat sendiri .ye tak ?
:)

KUREKURE COMEL berkata...

atok minat ana raffali...hehehe....



lagu kalau berpacaran tu mmg best...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih