Ahad, 13 Februari 2011

Mizz Nina bakal berduet dengan Justin Timberlake dan Rihanna


MIZZ NINA


TERNGANGA juga apabila teman Diva menyampaikan cerita bahawa penyanyi berbadan cantik yang merupakan tunangan Noh Hujan ini berkolaborasi dengan dua penyanyi terkenal antarabangsa. Khabarnya selepas berpuas hati dapat berduet dan menimba ilmu bersama Colby O'Donis, Nina bakal bersatu dengan Justin Timberlake dan Rihanna.
"Betul, Va. Rasanya kalau betullah perancangan, semuanya akan berjalan lancar. Ku pun teruja melihat usaha anak muda tempatan yang mahu mencari ilmu dan memperkembangkan bakat ke luar negara dengan alternatifnya sendiri. Justin Timberlake dan Rihanna pulak tu, Va. Pasti meletup. Bukan calang-calang artis!," pujinya tentang penyanyi lagu What You Waiting For.
Ada juga teman yang berkata bahawa Nina punya jalan untuk memenuhi impiannya kerana dia anak orang berada. Tapi bagi Diva, berwang atau tidak yang penting adalah inisiatif dan kerja keras seseorang itu dalam merealisasikan impian. Diva sokong usaha Nina dan nanti kalau nak jumpa JT dan Rihanna, jangan lupa ajak Diva.
Diva: Tunggu konsert Justin Bieber di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 21 April 2011 ini.

SUMBER : Kosmo!

Ulasan atok : Va va va......congratulation inspektor sahab! Ini yang patut kito banggokan. Anak tempatan berani menyahut cabaran sehingga ingin berduet dengan artis antarabangsa. Rihanna bukan Piranha!!. Mulo-mulo atok ingat Mizz Nina ni orang latin atau miss universe Brazil. Tapi bilo buat research, baru atok tahu dio ni anak tempatan dan juga tunang kepada Noh Hujan. Anak kepada Dak Zeman, jutawan wooo.  Tahniah atok ucapkan yo!

Tengok video klip nyanyian, klik pada link.
 
Klik pada link untuk muat turun lagu

4 ulasan:

KinosKoko berkata...

uisk..hebat gak..atok, jom kita duet lak..hahaha..kompom masuk top chart nnti..

KUREKURE COMEL berkata...

gle r...sib baek mina xminat...
seksi sgt...hehehe

Unknown berkata...

KinosKoko : Moh moh...nak duet lagu apo? Memori daun pisang?

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Huhu....atok pun x suko seksi sangat

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih