Sabtu, 12 Februari 2011

Aku Nak Berenti Kerja

*** Duit tak ponah-ponah nak cukup. Satu malam tu aku terpikir. Ha, apa kata kalau aku buat kelas tuisyen untuk budak upsr? Nak mengajar budak SPM aku tak berani. Nanti bebudak tu usha aku sebab aku comel. Tak pun mengajar budak mengaji Alif Ba Ta ke kan? Jadik macam Ustaz Amirul TV3 setiap hari Jumaat tu.
Molek jugak idea bernas aku tu. Sekurang-kurangnya dapatlah juga mengisi masa malamku. Tak adalah aku sibuk nak menulis blog. Nak membalas komen. Menjadi kutu embun. Atau....apo2 yolah.
Aku nekad, esok pagi aku akan jumpa Tok Penghulu untuk menyuarakan idea aku ni. Tapi sebelum aku berjumpa dengan Tok Penghulu, aku kena kasi potong rambut panjang bontot aku ni dulu. Kata nak jadik macam Ustaz Amirul. 
Waaaa! penat-penat aku kayakan amoi cina tu kasi rebonding rambut aku. Ujung-ujung kena sondol akhirnya. Tapi...tapi aku harus tabah! Anak kampung aku ni perlu dididik dengan ilmu agama. Anak jiran aku ni perlu berjaya dalam upsr. Dan....wang poket aku pun lebatlah sikit. Tak gitu Tok Penghulu? Larikkkkkkkkkkkkkkk............. 
A)  Tok Penghulu tak setuju kerana kat kampung tu tak ada seorang pun budak yang bakal sambut upsr (atok tag pada blog-tips-kurus)
B) Tok Penghulu membuat kenduri besar-besaran dan mercun kababoom kerana ada anak kampung yang sanggup berkorban demi anak bangsa 
(atok tag pada Mat dan Mina )
C) Tok Penghulu speehless (atok tagged pada nelly)


*******************************************************


 Aku nak berenti kerja.


Aku selalu kena basuh dengan tauke. Dia kata aku ni lembab dan buat kerja terhegeh-hegeh. Dah dia yang kasi kerja banyak dan rumit-rumit kat aku, sapa suruh? Dah tu, tengah aku buat ni, dia suruh tu. Tengah aku angkat tu, dia pesan jangan lupa buat yang ni. Huru haralah kepala hotak aku ni. Semua nak kena buat. Aku dah fedap. Aku berangin.

Aku tengah membengkokkan besi 3suku hollow nak buat design grill projek Rokan 2 tengahari tu. Tetiba tauke datang dengan muka bengis. Dia mengaum-ngaum pasal customer yang marah dia sebab awning yang kami pasang minggu lepas tu kabarnya bocor. Aku tarik muka buat taktau. Bukan bab aku. Tu bab budak-budak yang pasang awning lah. Aku welder. Apasal pulak tauke nak mengamuk-ngamuk kat aku?

Dah tu dia semakin menjadi-jadi pulak tengok muka aku. Aku pun apa lagi, menjawablah. Dia lagi naik hangin bila dia dengar aku jawab itu bukan kerja aku. Dapatlak yang tukang pasang awning dalam projek yang tu haritu, adalah adik dia yang lepasan U tu. Emolah dia kejap. Tangtang tu lah di nak hungkit cerita lama. Siap icing dengan cerita aku mintak advance masa takde duit nak beli susu anak aku dulu. Aku buat practice swing tennis dengan besi hollow yang bengkok macam pencangkuk tu, cuba mengalihkan api kemarahanku ke arah bumi.

Mamat tu tak jugak berenti membebel. Siap main tuing-tuing bahu aku lagi. Mataku terasa barai dek marah. Telingaku mula berdesing. Aku menguatkan grip pada batang besi.
------------------------------

Aku...menahan marahku dan mendengar bebelannya sampai habis. Nak buat camner? Aku ni kan machai? Camana amrah sekalipun aku ni, aku kena simpan dalam hati selagi aku tak dapat kerja lain. Kalau tak kang, apa anak bini aku nak makan? Rezki memang Allah kasi, tapi yang pasti, aku belum maqam tajirid lagi.

Setelah penat berceloteh, tauke masuk dalam. Agaknya dia memang bad mood agaknya. Setelah menyampaikan pesanan berdarah dari taukeku itu kepada budak-budak awning, dan memaksa mereka pergi tengok rumah customer tu, ku meneruskan kerja aku dengan aman sampai petang. Petang nampak nak ujan. Hari pun dah gelap. Aku cuba menghabiskan gril projek ni semampu aku. Aku solat Asar pukul 530 lah.

------------------------------

Tengah sibuk aku mengemas, tiba-tiba gril dah siap tunggu nak cat yang kat belah kiri pulak tumbang ditiup angin. Sibbaik belum cat. Kuat betul angin ni lately, ke memang skrang musim angin monsoon barat daya kot, try refresh balik ingatan study geografi form 3 dulu, tapi tetap gagal sebab daya ingatan aku makin dilemahkan dengan desakan idup tak menentu ni. 

Bile da jadi macam ni, aku teringat zaman kegemilangan aku mase skolah dulu. Sape tak kenal aku, Tanya je sape Wan Hebat, sume angguk kepala. Even makcik cleaner yang tak penah tegur orang tu pon tau sape aku. Pengetua skolah ape lagi, dia yang memula rapat ngan aku bila aku johan pertandingan public speaking, bile team bola tampar aku lak jadi johan peringkat daerah, ape lagi, macam-macam dijanjikan pada aku. Nak cari awek? Skali petik berduyun-duyun datang, dorang yang akan cari aku.

Lepas spm, aku nak try bende baru. Aku lepak ngan geng-geng indie, tiap mase aku turun gig. Zaman heaven katekan, takde orang nak pakse aku. Makbapak aku dorang tak penah kisah, hal dorang pon tak penah setel, ni plak nak tau pasal aku, mimpilah. Hasil terbace komik mase lepak ngan geng, aku terpikir nak wat zine. Bukan ape, aku pon minat jugak mnulis sket-sket, lagipon bakat yang ade baik aku gunakan sebelom ditarik balik.

Tapi keje aku tergendale bile tempat aku syik kena rush ngan pihak berkuase je. Last-last makin takde orang datang gig, tempat aku makin sepi, aku pon fedup. Mujurlah satu hari aku dapat offer masuk u. Tawaran datang tepat pada masa aku tak pasti nak wat ape, aku jadi bersemangat nak belajar balik sebab nanti aku nak idup aku bahagia.

Tapi tu kisah dulu. Skrang aku sedang usahakan kudrat yang termampu je untuk idop.
 

13 ulasan:

Encik MamaT berkata...

juling mata nak baca tulisan kecik tu tok oi.. hehe

kindergartenlibrary berkata...

sakit mata .
haha ..

hehe ..bekerja kan best .dapat gaji ...

Marhaenonymous berkata...

den pun dah siap versi bunuh diri tu..hehe

Al berkata...

haha
mcm2 versi dah jd cite ni
ok gk bl bace balik

yg x thn option A tu..haha
nice

thanks sudi wat

KUREKURE COMEL berkata...

atok...mina nak bjwb cmno ni...ponek baco byk kali ni...hehehe..
xpham2 lg...

Unknown berkata...

Encik MamaT : Kono pakai kanta lokap tu

Unknown berkata...

nelly : Memanglah nelly, dulu atok ponah jadi student macam nelly pikir perkara yang samo. Tapi bilo dah kojo....hrmmmm

Unknown berkata...

Pena Marhean : Sekang jugak atok singgah baco..hihi

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Huhu...baco laie dan laie

Unknown berkata...

Al : Sesamo :)

Irwan berkata...

cayalah atok..cuma nak betulkan beberpaa perkara:

1) link kat "ceritanya macam ni" tu, link ke blog Al, tempat asal kat mana Atok kena tag. Dan kalau dah taruk link, cerita yang kat Al dah takyah taruk lagi dah, Atok terus sambung dari mana Al suruh...

B) Lepas tu, cerita asal yang penuh serta details yang lain pasal benda ni, Atok sembunyikan dengan taruk butang read more lepas 3 pilihan Atok tu..


And jangan lupa ziarah orang yang Atok tag tu ingatkan dia yang dia kena tag. Ini adabnya. Bukan tag lepas tu lepas tangan. Kalau camtu, kita ni sama jer cam kerajaan. Buat Pelan tindakan lepas tu tak uji keberkesanan...

pepeham, GREAT CONTINUATION!!!!

cayalah...

nantik lbila orang yang ditag tu dah sambung, Atok completekan entry ni dengan menaruk link tersebut di sini...

hahahaha...

blog-tips-kurus berkata...

tok, minta ampun sangat. dah berdekad acik amik UPSR itu. boleh tak acik stopkan rantai TAG ni? acik memang x suke buat homework TAG. (w/bagaimanapong, acik ni tetap pelajar 'cemerlang' UPSR dulu. Sila percaye ye!). khabarnya UPSR tu nak dimansuhkan kan? so secara semulajadinya, si A itu drop la yek? tq atok bebeh :-)

faiz berkata...

esei ni nak kojo..sapo nak berenti baik bagi kat esei ni kojo tu..hhheheh

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih