Rabu, 9 Februari 2011

Atok dibuli

Salam sumo...  =)
Ha, untuk segmen "once upon a time" ni atok nak imbas balik kenangan atok dibuli masa dulu. Kalau sebolum ni atok asyik imbas zaman kenakalan atok kan. Tapi kali ni atok nak review zaman kegelapan atok pulak. Motip??

Cerita ni berlaku maso atok menuntut di tingkatan 4 di SMK Seri Perpatih. Sapo deh ponah bersekolah kat SMK Seri Perpatih? turun tangan!...Uiii aiii, ramai jugak bekas sekolah atok dulu an. Baiklah, berbalik kepado cerito tadi. Nak dipendekkan cerito maso tingkatan 4 tu, atok tak berapo nak konal sangat rakan sekelas. Al-maklumlah kelas maso tingkatan 4 ni dah dirombak mengikut kursus. So, tiada lagi rakan sekelas maso tingkatan 3 tu. Atok pulak terpilih untuk mengikuti kursus sains tulen. Ha! Jangan main-main. Setakat bab peranakan ni, toksahlah nak tipu atok. Colah gigi yo! Apo deh...ovum? testis? spatula? Sumo tu atok konal.......errr....spatula tu bukan ke.......

Maso minggu pertamo ni ado satu perkaro besar terjadi. Budak-budak lelaki ni memang nakal sikit. Biasolah baru nak up up! Atok pulak ntah mano silap eh, makin remajo makin autisme. Montok yo kek tempat duduk atok. Macam tunggul pun yo. Pasif tak pasal-pasal.

Nak dipendekkan cerito, ado sorang budak pompuan ni. Nak koba an gedik, maso tu takdo istilah gedik! Tapi, mostly budak laki kelas atok tak suko bonar ngan dio. Atok pun tak tahu apo silap budak pompuan tu. Namo eh L lah yo. Baiklah, budak-budak laki kelas atok ni dah sepakat dah. Waktu rehat nanti diorang nak koyakkan buku rujukan si L ni. Atok ulang suara. KOYAKKAN buku rujukan si L ni! Hina tak??

Diorang ado yo ajak atok joint sekali, tapi atok tak nak amik port sangat.  Lagipun atok tak ngam sangat ngan member baru ni. Senakal-nakal atok, tak sanggup atok nak koyakkan buku. Tapi budak laki kelas atok ni tak pedulik. Diorang tetap nak koyakkan sebab dah lama bersabar dengan perangai si L ni.

Kringggg!!!....loceng rehat pun berbunyi. Atok ke kantin dengan kawan atok 2 3 orang. Si budak lelaki jahat ni yang diketuai H telah memulakan niat jahatnya. Mereka terus pergi ke meja si L, buka begnya pastu terus rabak buku rujukan si L dengan rakusnya. Atok geleng-geleng kepala bajet budak alim then terus melangkah ke kantin.

Balik-balik yo dari kantin atok tengok si L ni melalak macam budak kono histeria depan pintu kelas atok. Atok pun dekatlah dengan si L ni. Bolun laie nak tanyo apo masalah eh, atok terus kene hentam kat klik L! Salah seorang klik dio tu namo eh A. Dio koba kat atok macam nilah lebih kurang

"Apa salah dia kat kau ha? Kenapa kau dengki sangat?!"





"Pe susah. Pasni kau koyakkan muko dio balik!!!"

Atok pun nak pitam kojap dengar ayat-ayat pedih itu. Apakah? Atok tertanyo-tanyo dalam hati. Dengan hati yang remuk atok terus masuk kelas kemudian duduk kat tempat atok. Muko sugul yo. Budak-budak jahat tu pakat golak kan atok dah. Atok tengok bawah mejo atok ado cebisan buku rujukan yang dikoyak tadi. Sadis tak sadis? Tak pepasal aku kena tuduh. Waaaaa...........

Tu semua kenangan dalam hidup atok. Namun, sikitpun atok tak ambik hati. Biasolah, budak-budak kan. Hikmah eh, lopeh kejadian tu atok lebih akrab ngan si H, L dan A pabila kebenaran terbongkar. Hihi. Sekarang ni si H dah kerja dengan Syarikat Petronas, L sebagai Staf Nurse dan A sebagai Cikgu.

Pesan atok : Sila joint sebarang aktiviti yang dianjurkan budak lelaki bagi mengelak dibuli!!! Tak baik koyakkan buku. Buku tu ilmu...

22 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

H tu da jd org minyak le ye tok??!!
mmm..

theflow berkata...

wah wonder girl betul..gagah!

kindergartenlibrary berkata...

ala .kesiannya atok ..

KUREKURE COMEL berkata...

hahaha...nk kesian ke tidak ni...
ok2...kesian nye atok...

nsib baik lpas tu kamceng dah...hehehe

Unknown berkata...

xguna betul budak2 laki tu ye tok..dah tak de benda laen nak buat..sian atok..naseb si L tu tak koyak buku atok balek,,huhu

sw33tdarling berkata...

sian atukk.. mesti balik umah nangis bawah bantal

HadifaR_R berkata...

Bak kata atok...apa2 yolah...haha

Salfiza berkata...

ish2...lpas kena buli tu atok nangis tak?haha kesian atok ye...hihi

Intan7 berkata...

wah.. x sangka yer, dalam nakal2 pn blh keje ngn petronas..hehe

Nadira Nasarauddin berkata...

pergh! kenangan masa sekolah memang terbaek kan?

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Haish, dio kojo ngan syarikat minyak

Unknown berkata...

Amirah Yusof : Kih kih....gagah perkasa!

Unknown berkata...

nelly : Xdo apolah....atok tak kesah...hehe

Unknown berkata...

nelly : Xdo apolah....atok tak kesah...hehe

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ha, permulaan 1 persahabatn tu kadang2 sukar...
^_^

Unknown berkata...

_siti norbaiti_ : Ala siti... budak2...atok kengkadang nakal jugak..hehe

Unknown berkata...

sw33tdarling : tak payah tunggu balik umah...time tu gak atok meraung...hihi tipu!

Unknown berkata...

HadifaR_R : yesza! kih kih

Unknown berkata...

Salfiza : Atok nak nangis? haish, atok steady je....larikkkkkkk

Unknown berkata...

intan suraya : H tu bijak walaupun nakal =)

Cik Rimau berkata...

Teringat lak zaman sekolah cik rimau dulu. Cik rimau ag ngam dgn budak-budak lelaki. Even selalu bertekak, tp kalau ada mslah dorang lg suka bersembang dgn cik rimau. Dorang bagitau jugak, pempuan macam mana dorang suka. Best gak kamceng dgn kwn laki nie. Byk rahsia dorang kita tau. Hehe. Dorang kate nyampah kat pempuan gedik. Mujur cik rimau bukan gedik. Cik rimau spesies ganas jerkk.. Kih3

faiz berkata...

hahah..kurang ajar btol member atok...ni kes fitnah ni...hehhe

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih