Selasa, 18 Januari 2011

Menghilangkan lebam bawah mata

Hi uolls? Cantik tak arini? Dah amalkan Petua Kak Milah episod lopeh?"petua menghilangkan sakit kepala"

Baiklah, kali ni Kak Milah nak kongsi dengan uolls petua berikutnya. Haritu ada sorang cucu Atok tanyo, macam mana nak hilangkan lebam bawah mato. So, dengan rendah dirinya Kak Milah nak kongsi dengan uolls petua yang Kak Milah amalkan sebelum ini.

Untuk makluman uolls, dulu ada orang kata kakak anak beruang panda tau. Choi! Tapi lihatkah kejelitaan kakak sekarang berkat amalkan petuo nenek moyang kito dulu-kala. Berseri-seri tak muka aku? Ok2, are you ready kid?  I'am captain!!!  (T_T). Ok, kito teruskan pada petua menghilangkan lebam bawah mato.


1. Sebelum uolls mandi pagi, lapkan mata uolls dengan air sejuk dari peti sejuk. Ko tenyeh-tenyeh ais tu dengan manja di sekeliling mata uolls. Nak kato sojuk tu memanglah sejuk. Namapun ais kan. Uolls ni saja buat lawak ngan akak tau. Ok, akak gelak sikitlah. Kih Kih Kih. Ha, ais tu memang sejuk tapi uolls kena tahan sikitlah uolls. Nak santek bukan senang uolls. Cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata. Kompem lepas ni bijik mata kau nak terjojol sebab segar punyo pasal uolls.

2. Teh uncang yang mak kau buat nak hidang minum petang kat ayah uolls tu jangan  dibuang! Teh uncang yang telah digunakan amat berguna untuk mata lebam uolls. Caranya lekap pada mata dan biarkan semalaman. Bagi memastikan teh uncang uolls tu tak terlekap kat tempat lain semasa tengah tido, Kak Milah cadangkan uolls selotip la sikit uncang tu. Pastikan selotip tu tak kene kening uolls. Kang lain jadinya uolls. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Pesan Kak Milah, make sure takdo sapo tido sebelah kau. Sebab akak khuatir, nanti orang tu ingat kau mak lampir.

3. Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Akak ingin tegaskan di sini. Sapukan ya, bukan TITISKAN!. Kalau apa-apa berlaku pada bijik mata kau, jangan saman akak k. Hanya sapukan saja keliling mata tu biar tertanggal segala daki uolls. Lakukan beberapa kali sampai hasil terkesan.
 
4. Yang ni kita selalu tengoklah. Kadang-kadang orang gunokan timun pastu tepek kat kelopak mata kan. Pun berguno jugak. Ada jugak orang guno tomato. Tapi dah tepek bermacam-macam buah-buahan tempatan tu, make sure lah uolls tidur cukup atleast 8 jam!. Ini tepek-tepek beriya-iya, pastu tido tak sampai 4 jam sobab kusyuk berblogwalking. Akak larikkkkkkkkkkkkkkk!!!

5. Yang ni pun ok jugak. Uolls ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Arah lain tak leh. Nanti mata ko terjojol. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur uolls. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka uolls. Jangan uolls biarkan mata uolls terseksa diselaputi minyak sapi tu. Kesan positif beberapa hari kemudian akan kelihatan.

6. Kalau tak berkesan jugak, Kak Milah nasihatkan baik uolls terjun bangunan cepat-cepat jumpa doktor. Manolah tahukan uolls, ada pulak penyakit lain yang uolls hadapi sehingga menyebabkan bawah mata tu lebam.Bahaya gak tu uolls.

7. Kalau masih masih masih tak berkesan jugak, akak cadangkan kau photoshop yo muko kau uolls. Habis cito. Kita cuma ikhtihar yo kan. Oklah selamat beramal uolls! Jumpa Kak Milah pada episod seterusnya nanti! Chauu Chinn Chauu!



Sumber : 

12 ulasan:

nurulazham berkata...

3...
tang photoshop yang tak tahan tuh!

KUREKURE COMEL berkata...

sengal....petua yg bagus...hehehe

Unknown berkata...

nurulazham : Itu pilihan terakhir nurulazham. Kita harus berusaha

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : :P
Macih...

kindergartenlibrary berkata...

nasib baik ada petua ni .maceh !
hehe

Anati Soki berkata...

tips best!! pasni boleh try!! ulalalalalla

Tanpa Nama berkata...

aw..mmg berguna huhuu

tomatokering berkata...

hoho ! camat mencuba ! ekekeke

Unknown berkata...

nelly : Hihi...atok kumpul an dari google yo. Sesamo. Hehe

Unknown berkata...

ANATI SOKI : moh try sesamo
>_<

Unknown berkata...

misyamissyou : choiii...selamat beramal...kih kih

Unknown berkata...

tomatokering :) : cobo jangan tak cobo...hihi

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih