Isnin, 17 Januari 2011

contest BEST GILER zaman sekolah


 Tuan penganjur telah membuat "contest BEST GILER zaman sekolah". Wah, atok nak cubo try test lah. Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim, atok mulo an cerito. Cerita ni berlaku maso atok menuntut di tingkatan 6 atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah satu maso dulu. Haaa, sapo cucu atok lepasan old school tersebut, sila Buzz atok. Kih kih. Cikidout....

Ada satu subjek tu yang sehingga kini masih meninggalkan kenangan yang tak akan luput dalam ingatan.  Subjek Pengajian Am. Subjek wajib. Ada apa dengan subjek Pengajian Am? Bagi mereka yang biasa atau pernah bersekolah sehingga tingkatan 6 mesti tahu subjek tu kan. Kat matrikulasi pun ada ajar, tapi nama subjek tu kenegaraan. Pengajian Am ni merangkumi aspek kenegaraan, statistik, laras sastera, laras sains, penilaian, analitik, graf, carta, kbkk dan sebagainya. Pendek kata kau boleh pengsan masa final exam kalau tak study betul-betul.

Nak dipendekkan cerita, subjek ini diajar oleh Mr Gopalakrishnan a.k.a abang Mr. Gopal.  Mr Gopal adalah bangsa berketurunan India tetapi kulitnya seakan Cindian. Mix kot.

Pada hari itu Mr Gopal mengajar karangan  laras sastera.  Karangan kalian tahulah macam mana. Mr Gopal pun meminta kami untuk menyalin notanya. So, membebelah dia seorang diri kat depan kelas tu sambil membaca nota di saat genting tatkala mata hitam ingin bertukar kaler putih ketika waktu lepas rehat. Kejap atok menguap. Kejap tenyeh-tenyeh bijik mata. Kejap curahkan sebotol minyak angin dalam bijik mata. Pun tak jalan jugak. Akhirnya tulisan atok yang comel-comel tu pun bertukar cakar-cakar ayam. Dah tak ikut baris dah. Melencong ke atas. Suara Mr Gopal semakin sayup kedengaran.  Dan akhirnya atok pun......ZZzzZZZzzzz...................

"Hei kamu!!!"
Atok terkejut babun. Anak mata atok yang merah tadi memandang Mr Gopal.  Atok melihat nota atok semula. Sah dah jadi peta negara Congo. Atok melihat rakan disebelah. Notanya sudah panjang.

"Kamu yang kat belakang tu.  Kamu ambik dadah ka???"
Aiyoooo sir.......sungguh terguris pertanyaan sir tu. Bukan setakat dadah, rokok pun aku tak pernah isap sir. Err..tapi atok tak menjawablah time tu. Dah la mamai, lepas tu kena malu depan kawan-kawan lain. Atok cuma menggeleng kepala sahaja menandakan atok tak ambil dadah!

Sir senyap. Budak-budak ni semua dah tertumpu kat atok. Terasa pemes macam Hamid Gurkha jap. Semua isi dalam kelas senyap hanya dengar bunyi kipas saja.

"Berapa markah ujian penggal pertama?,"soal Sir lagi.
"65%"
"See, i thought you are smart already. I tak kisah kalau you nak tidur dalam kelas i but make sure you got a strong brain. Kalau macam nilah, confirm you fail Pengajian Am! Memang you tak ada harapan"






Sir : Kenapa masa saya mengajar ko tido? Kenapa tak anyam ketupat ke, bela ikan ke, menyulam ke ade gak pekdah
Atok : Errr...sir pagi tadi gosok gigi tak?


Zassss!
Terasa pipi atok panas mendengar tohmaan yang mengguris perasaan itu. Ya, memang aku b*d*h sir. Tapi sir kena ingat, walaupun aku b*d*h tapi aku mempunyai semangat tinggi untuk berjaya. When i say i want it, i will get it! Itu kata atok dalam hatilah. Giler kau nak cakap depan-depan dia macam tu. Silap-silap meja guru tu dia humban kat muka aku.

Berpegang kepada kata-kata pedih itu, atok cuba mempositifkannya menjadi kata-kata semangat. Alhamdulillah, masa keputusan STPM diumumkan, i got 4.00 in that subject! Masa nak ambil result, atok nampak Mr Gopal tersenyum dengan atok dari jauh....Atok  menghadiahkannya Toyota Alphard senyuman paling manis.

Terima kasih kerana memanggil saya penagih dadah! Terima kasih kerana mengatakan saya tiada harapan! Thanks Mr Gopal!

8 ulasan:

kindergartenlibrary berkata...

wow . . 4.00 .
nelly pk nak masuk tingkatan 6 nnti .hehe

Syafiq Rosli berkata...

nice experience..:)

shamsuria berkata...

hehehe...ramai yg terkena ngan ayat cikgu gopal tu....

Unknown berkata...

nelly : Tapikan nelly, atok cadangkan better amik diploma kat Politeknik. Politeknik makin hot sekang. Tapi klu terus dpt ijazah, beter g ijazah

Unknown berkata...

Syafiq Rosli : Mokasih Capiq =)

Unknown berkata...

Shamsuria : Kerana kato2 biso tu kito berada kat tempat sekarang sham =)

kindergartenlibrary berkata...

la . . yeke ?
ibu nelly sellu kata kan , masuk f6 .katanya jimat masa dan jimat duit .

hehe

Unknown berkata...

nelly : Tapi nelly kena study smart n dalam maso yang samo hard tau....sobab masa tu pack setahun setengah belajar syllibus macam diploma

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih