Cerita kali ni memang lain dari yang lain. BUKAN kelakar! BUKAN seram! BUKAN sedih. Tapi episod kurang ajar aku satu masa dulu. Yelah, dulu masa budak2 ko kan tak tahu apa lagi. Orang cakap budak hingusan. Ala, malu la nak cite ni. Pecah la lobang aku.....Nak dengar gak ke? Ok2 lah., kerana kamu aku terpaksa bercerita gak.
Nak dipendekkan cerita, pada satu hari tu aku nak pergi sekolah. Masa tu sekolah menengah. Entah macam mana hari tu aku terawal pulak bersiap nak ke sekolah. Sebagai padahnya, bapak aku suruh isi minyak dalam botol. Bukan "........dalam botol" wokkeh. Sila ambil perhatian! Aku pun start la moto pergi P*tronas. Ni dalam pukul
6 lebih pagi nih. Ayam pun tak bangun lagi time nih. Tapi 6 lebih pun orang beratur. Pastu aku suruhlah akak tu isikan minyak moto aku. Lepas bayar, baru aku teringat aku lupa pulak nak isi minyak petrol kat dalam botol ayah aku tu. Pastu duk la menebeng jap. Akak tu pun dah buat kening Ziana zain kedua. Aku sengih2 kat dia. Cakap cenggini.
Aku : Kak yang ni lagi satu.
Kak P*tronas : Tadi tak nak isi. Menyusahkan aku je!! <-----------pergh! muka manis, tapi ayat cenggini
Aku pun naik la darah tinggi aku time tu. Aku apa lagi. Dah bayar. Aku start je moto. Pastu aku tunjuk isyarat cenggini kat dia......sila lihat bawah
Ala, nak tahu gak ke?
Betul ni???
Korang mesti tak caye lah...
Aku sampai sekarang pun tak caya aku leh buat camtu.
Betul, nak tahu??
Betul???
Nanti korang jangan lak stop tengok blog ni lagi ye
Isyarat ni
Jangan cakap tak bagi amaran tadi k!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan