Selasa, 3 Ogos 2010

Kereta vs motosikal



Assalammualaikum salam siaran daripada Tok Wan.  Minggu lepas Tok Wan dah berjayo selosaikan isu berat badan. Sekarang ni Tok Wan terima email daripada cucu yang datangnya dari Palong.  Namanya Fazrol.  Layan.....
Salam Tok Wan. Name saye Fazrol. Orang kampung panggil petrol.  Saya ada masalah la sikit Tok Wan. Cenggini. Saya baru saje bekerja di sebuah syarikat yang perlu dirahsiakan. Tak sampai setahun. Baru je 5 bulan. Perkara yang mengusutkan kepala saya ni adalah hati ini berbelah bagi samada nak beli kereta atau motosikal. Saye sekarang ni pergi ke kerja naik bas mini. Camne ni Tok Wan?

Itu dia soalan datangnya dari Fazrol. Atau nama manjanya Petrol. Baiklah izinkan Tok Wan jawab isu ko ni. Ko ni dah besar panjang pun tak boleh nak fikir sendiri ke? Kata dah kerja besar. Pastu mesti otak ko lagi bagus dari aku. Nak jugak mintak pendapat warga emas macam Tok Wan nih.  Tapi.............(bunyi cengkerik), kalau ko tak mintak pendapat aku, camne lak aku nak menjawab ye dak? Camne aku nak cari point untuk topik "Bersama Tok Wan".   Aduh, bongok betul Tok Wan ni. Petrol! maafkan Tok Wan. Ok2, Tok Wan jawab isu ko ni <---------------starting yang menjengkelkan.
Sayang, sebenarnya cenggini. Kita ni nak beli barang berdasarkan
dua perkara ni saja. Kemahuan dan kehendak.  Bagi kes Fazrol ni, Tok Wan percaya mesti kes kehendak lah. Yelah, sebab abang driver bas mini tu dah naik muntah tengok muka ko hari2 g kerja.  Bagi Tok Wan, Fazrol memang patut beli kenderaan sendiri.  Yang menjadi isunya samada motosikal atau kereta, ye dak? <-------tak jawab isu
Sebelum Tok Wan pergi jauh, Tok Wan nak tanyo.

1.  Ekau ni basic gaji bapo?
  Kalau basic cukup-cukup  lepas beli pampers anak ko, baik ko beli motosikal dulu.
 Tapi kalau basic ko macam pegawai bank kojo overtime 24 jam, Tok Wan galakkan ko beli keretalah.

tak leh jadik nih! asyik banjir je. Lepas ni kena angkat toyota Caldina sebijik!


2.  Ekau nak kan penjimatan atau kebanggaan?
Kalau ko nak penjimatan tahap maksimum, selain menggunakan petrol Ron 95, Tok Wan galakkan ko pakai motosikal lah dulu. Sebab minyak moto pun jimat jika nak dibandingkan dengan kereta. Aku dulu masa g kerja merempit pakai moto je. Seminggu duit minyak 5 hinggit je (+-15km). Tapi kalo ko bawak kete, kupak paling koman 30 hinggit la. Tak termasuk parking lagi tu.
Tapi kalau ekau ni jenis mat jambu yang suko bergayo nak bawak awek keliling kampung, Tok Wan cadangkan keto lah.


 cilako punyo balak. Kata nak ajak dating bawak kete mercedez


3. Tengok cuaca
Yang ni pun ko kena amik kira gak. Tok Wan dulu merempit pegi keja. Tapi bila dah musim, habis kuyup baju. Bila sampai opis, bos ko pun tak jadi nak marah.  Kalau ada kereta, senang. Mana tahu ko ada meeting dengan PM pagi ni pastu tetiba hujan ke, salji ke, tsunami ke? Ko tak nangis? Kes-kes kecemasan macam ni, kereta penting jugak. Andai kata bini ko nak beranak tengah-tengah malam, tak kan ko nak bawak naik moto? Er....jap...jap....ekau dah kawen? Apo bolum? Takpo ganti contoh tadi tu kepada kucing.

Oleh kerana ko tak datang meeting, you are fired!
4. Kesesakan
Kalau tempat kerja ko kereta berhimpit-himpit nak pergi kerja, Tok Wan cadangkan ko bawak helikopter je pegi keje. Tapi memandangkan ko ni miskin dan baru keje, Tok Wan cadangkan ko beli moto je lah. Cepat! Jimat! Mesra! Tapi kalau jalan nak pergi tempat kerja Fazrol tu ada 8 lorong, Tok Wan cadangkan ko beli kete. Tak payah risau datang lambat pegi keje.
 kalau jalan nak ke tempat kerja cenggini, baik beli moto


5. Keperluan semasa
Kalau Fazrul ni jenis anak omak macam si Suhami yang mana tiap-tiap minggu dia balik kampung, so Tok Wan cadangkan beli kereta je. Memandangkan si Suhami ni posmen antara mak - along, dia kena bawak barang banyak tiap-tiap minggu. Tapi kalau ko jenis yang tak balik kampung setahun pun tak pe, Tok Wan cadangkan beli moto je. Lagipun ko bujang kan. Lainlah kalau  ko balik kampung bawak barang macam orang nak pindah umah, in that case boleh la naik bas ekpress. Sebab jarang balik kan. Tapi kalau setakat ko nak beli ikan masin kat kedai runcit depan umah ko tu naik kete, nanti orang kata ko gile. Baik naik moto je. Tu pun ada yang pandang2 sinis tu. Sebab depan umah ko je.

"Nak ke mana tu bawak helmet bagai?"
"Aku nak pergi umah jiran sebelah jap"

Kesimpulannya, semua ini adalah bergantung pada kehendak dan keperluan diri sendiri sebenarnya. Kalau mampu, belilah moto dan kereta. Senang guna ikut kesesuaian. Kalau baru nak hidup, beli je moto. Kalau dah kawen atau nak usha line, belilah kereta tapi dengan syarat betul-betul dah mampu. Ok, Tok Wan blah dulu. Chau Chin Chau!!!

2 ulasan:

CiK bINTANg berkata...

kememacaman ko teserlah mie oii...huhu syabas!!

Suhami berkata...

:P

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih