Rabu, 4 Ogos 2010

Beza murid dulu dan murid sekarang

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia. Apo koba cucu-cucu atok yang limo boleh tu sekalian? Sihat? Yang bukan cucu-cucu atok tu, atok tak nak tanyo.
 Huh !! <------------ko bajet ko jual mahal la tok?
Macam biasolah, sejak atok dah pencen askar ni, macam2 part time atok buek mengisi masa lapang.  Menjadi penulis bagi ruangan "Dulu dan Sekarang" ni pun merupakan salah satu dari sumber pendapatan atok. Yang bona eh, takdolah pendapatan pun.  Atok kesian an editor apo2 yolah si Suhami tu. Miskin takdo duit nak bayar gaji atok, so atok buek ni secaro suko rela yolah.
Baiklah, kito terusk an topik yang ingin atok keudarakan pada hari ini iaitu berkisar tentang "BEZA MURID DULU DAN MURID SEKARANG''.  Apo yang bezo eh? Ha meh sini atok kupeh an satu persatu tajuk ni. Selamat membaco, selamat mengomen, selamat memfolower     ( ha peh tu leh jadi cucu atok)

1. Budak semakin lama semakin pintar
DULU 
Cikgu : Baiklah murid-murid, cikgu mau tanya kamu.  Kalau tak pat jawab cikgu libas dengan ekor ikan pari. Ada berapa planet di sistem cakerawala kita ini? Abu, sila jawab!       
 Abu : Err.....ada...ada.....sebenarnya saya nak buat pengakuan cikgu. Semalam rumah saya banjir. Habis buku teks sains darjah 4 saya kena hanyut dek air. Tak sempat nak baca.
Ketepekkkkkkk !!!<---------kene rembat!
 SEKARANG                                                                                                              Cikgu : Baiklah murid-murid, cikgu mau tanya kamu. Kalau tak pat jawab cikgu libas dengan tali kasut. Ada berapa planet di sistem cakerawala kita ini? Danish, sila jawab!              
Danish : Ada 9 kesemuanya cikgu! Yang pertama Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Sebelum persetujuan resolusi pada 2006, tidak terdapat takrifan perkataan "planet" secara rasmi, walaupun untuk sistem suria. Oleh sebab itu, sistem suria telah mempunyai berbagai bilangan planet sebelum ini. Namun, takrifan rasmi ini masih belum diterima meluas oleh komuniti astronomi sendiri apatah lagi masyarakat umum.Di bawah takrifan rasmi ini, sistem suria sebenarnya mempunyai lapan planet: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Manakala jasad yang cuma memenuhi syarat , dan bukan merupakan satelit semula jadi, dipanggil planet kerdil: Ceres, Pluto dan Eris. Sehingga kini, lebih daripada 200 planet lain telah ditemui. (cikgu dengar terus masuk ICU)



2. Budak sekarang suka menjawab
DULU
Cikgu : Kenapa awak tak datang sekolah semalam?
Zainab : Maafkan saya cikgu. Saya janji tak akan ulangi lagi
SEKARANG
Cikgu : Kenapa awak tak datang sekolah dah dekat sebulan?
Ariel : Nak buat macam mana cikgu. Papa saya ajak kami sekeluarga coti-coti malaysia seminggu. Patutnya hari ni saya tak datang sebab g Kemboja lak. Masa tengah bercoti tu kan cikgu, saya sempat tangkap gambar dengan Susan Boyle.  Bla bla bla......



3. Budak sekarang makin maju
DULU
Cikgu : Ali! sila simpan botol air telefon awak tu. Semak je mata saya tengok.
Ali : Baik cikgu. Saya letak kat bawah mejo sekarang.
SEKARANG
Cikgu : Rozas, sila simpan botol air telefon awak tu. Semak je mata saya tengok.
Rozas : Pembetulan. Ini bukan botol air telefon la cikgu. Ini telefon bimbit Nokian Nseries saya lah. Yang ini pulak mp4 sony limited edition. Cikgo adooo?


4. Budak sekarang semakin berani
          DULU
Cikgu : Mari sini! Ayah awak dah amanahkan pada saya nak rembat bontot awak, kalau awak degil
Rosli : Baiklah cikgu. Saya serahkan bontot saya pada cikgu.

SEKARANG
Cikgu : Mari sini! Saya nak rembat bontot awak. Degil sangat!
Muaz : Eh, apa lak main pukul bontot ni cikgu.  Saya suruh ayah saya saman cikgu kerana cuba mencabul teruna saya!


5. Budak-budak sekarang semakin aktif

DULU
Cikgu : Sape nak jawab soalan tambah tolak ini, sila angkat tangan!
Murid : ................................ (bunyi cengkerik)

SEKARANG
Cikgu : Sape nak jawab soalan kalkulus ini, sila angkat tangan!
Murid : Sayo cikgu! sayo!!! Wei, aku dulu angkat tangan berukk!! (ber wrestling sesama mereka)


Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih