Sabtu, 3 Julai 2010

Bila mamai

Bila mamai? Apa tajuk tu? Pok amai-amai kah? Cite dia cenggini....
Once upon a time,

masa saye berumur 18 tahun, saye dikehendaki balik sendiri ke asrama memandangkan saye kena mula berdikari. Bukan mak ayah saya tak nak hantar balik asrama tapi saye yang suka rela nak balik sendiri. Padahal saye nak singgah main game kat pekan yang sebenarnya.

Nak dipendekkan cerita, saye bercadang untuk balik naik bas pukul 2.00 petang. Oleh kerana kemalasan melanda diri saye, maka saye nekad untuk balik lewat sejam iaitu pada pukul 3.00 petang disebabkan nak tengok Berita TV3 ( ko jangan nak nipu la....berita jam 1.30)
Akibat kemalasan tersebut, saye di timpa musibah. Bas ke Bahau takde sebaliknya hanya bas ke Gemas sajork. Namun, bas ke Bahau dan Gemas akan berhenti di Pasir Besar terlebih dahulu. Makanya, saye pun bercadang naik bas Gemas saja dan akan berhenti di Pasir Besar, iaitu pekan yang popular dalam siri Worksyop buku Ujang. 

Mase saye naik bas ke Gemas kepunyaan syarikat Eng Yap tahun 1970an itu, saya telah
mengucap dalam hati banyak kali. Hal ini demikian adalah kerana keganasan bunyi enjinnya sebijik macam jet pejuang. Kedudukan kerusinya yang tak berapa nak stabil serta skru dindingnya yang dah reput. Bumbungnya kalu modified sikit leh kasi open air.  Saye berase amat bosan sekali ketika di dalam bas itu.

Tibe-tibe pakcik drebar seakan dapat membaca gerak hati saye. Pak cik drebar terus buka radio sekuat-kuatnya. Saye pun apa lagi, saya membuka tingkap selebar-lebarnya. Dengan sepoi-sepoi angin menampar muka. Di tambah dengan muzik syahdu menyebabkan saye melayan perasaan sampailah mata berkelip-kelip dan kelip serta kelip lagi dan akhir sekali saye terlelap. 
Setelah lama terseksa di dalam bas tersebut, akhirnya sampai jugak ke Pasir Besar (saye tengok pasir halus2 je kat situ). Saya mencapai beg sandang dan beg balik kampung seberat 10kg lantas turun dari bas tersebut. Saya menguap lagi. Masih mengantuk dan mamai akibat melayan lagu syahdu tadi.
Saye memerhatikan papan tanda yang bewarna biru tulisan putih. "Ye, inilah Pasir Basar,"kata saye tanpa teragak-agak. Saye pun mencarik pakcik teksi untuk bawa saye ke Bahau pula. Cari punya cari akhirnya saye jumpa pakcik seakan Acappan. Pak Cik suruh kami masuk dulu sementara dia nak ke toilet. Saye lihat dibelakang teksi sudah penuh penumpang. Hanya kerusi di depan saja. Saye takde pilihan. Teksi sikit. Penumpang luar sana ramai. Masa dah lambat.  Saye pun dah mamai. Saye pun melabuhkan punggung di kerusi depan. Tunggu punya tunggu akhirnya Pakcik Acappan pun datang. Dia terkejut dan berkata pade saye cenggini
"Aiyoyooooooooo!!!"
Saye pun pelik. Setelah melihat sekeliling baru lah saye tahu bahawa semua tempat dah ada penumpang dan saye.......






....tertido di tempat driver....

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih