Isnin, 5 Julai 2010

Adik Danish bersama Tok Wan



Kepada Tok Wan yang diingati selalu. Nama adik, Danish. Adik keturunan Melayu-Belanda. Adik ada masalah sikit. Macam ni, adik berumur 12 tahun dan bersekolah di Sek Keb. Damansara Utama. Adik anak tunggal dan tiada adik-beradik yang lain. Masalahnya adalah, di sekolah adik, adiklah yang paling kecil dan kurus. Tinggi adik 145cm dan berat 30kg.  Walaupun mama adik bekalkan adik dengan Pan Cake pergi sekolah hari-hari, tapi adik tetap kurus dan kecik. Adik suka makan. Setiap 3 jam, adik mesti makan.  Adik tensen la Tok Wan. Kawan-kawan adik sumer besar dari adik. Boleh tak Tok Wan bagi tips macam mana nak naikkan badan dan nak tinggi. Adakah minum kalsium yang iklan Zirafah tu?

 "Saya malu. Tolonglah saya Tok Wan"
Wah, itu dia soalan dari adik Danish kita ya. Sebelum Tok Wan nak jawab isu ini, izinkan Tok Wan komen penyampaian olahan cerita adik. Starting je dah macam kiriman surat tak rasmi ye dik. Adik sape tadi? Adik Danish? Wah....sekarang ni nama budak canggih-canggih ye. Danish la, Varnish la, Breeze....macam-macam. Sebelum adik Danish terus blok Tok Wan punya blog, baik Tok Wan teruskan selesaikan isu yang bermain-main di fikiran Danish.

Adik Danish, dulu Tok Wan ada amik Master in Food Technology di Universiti Oklohama. Tapi sekerat jalan je sebab Tok Wan kena dismiss. Cenggini, benda ini semua bergantung
kepada macam-macam faktor. Antara faktor yang mempengaruhi tinggi rendah kecik lebar seseorang adalah ;

1. Genetik. Kalau Mak Ayah Danish tinggi seakan-akan ayam katik, jangan mimpilah nak tinggi macam Micheal Jordan. Tapi Tok Wan percaya, ayah atau mak Danish tinggi sebab orang Belanda. Oh ya, dikesempatan ini Tok Wan nak ucapkan tahniah kepada Belanda kerana kalahkan Argentina 4-0
2. Umur. Kalau umur Danish  lingkungan 12 tahun, jangan berangan la nak jadi ikan paus. Danish kan masih kecil. Tok Wan percaya mesti Danish belum akil Hayy.....eh eh......akhil baligh. Sabarlah ye, masa itu akan sampai. Danish akan tinggi dan gomok dari kawan-kawan Danish nnti.
3. Pemakanan. Ini yang perlu Tok wan titik beratkan. Setakat mak ko bekalkan pan cake a.k.a lempeng hangus untuk ko tu, tak menjanjikan ko leh tinggi. Pemakanan harus seimbang Danish. Kat bawah ni Tok Wan ada sertakan sedikit teori tentang amalan pemakanan yang sihat. Puas Tok Wan mencari buku teks masa Tok wan belajar dulu.
Makanan seimbang mengandungi ;

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.
A. Makanan yang memberi tenaga
 Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.
           B. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.
C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kalau adik Danish nak makan Weight Gain tu pun ok gak untuk tambah berat badan. Tapi nanti dah gomok, jangan lak ko bising nak minum Jus Mate 5.


"tiap-tiap hari mak saye kasi makan ikan paus"

Kesimpulannya, kalau Danish nak tinggi rendah lebar panjang, corak pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan penting. Maka, tepuk selera tanyalah minda.

p/s : Sesiapa yang ada masalah luar dalam, sila email, komen kat Tok Wan k

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih