Selasa, 6 Julai 2010

Awek dan Isteri

 Salam semuanya. Apa koba? sihat-sihat belako? Pejam colik pejam colik, minggu ni masuk minggu keduo atok ke udara. Baiklah, pada minggu ni atok nak merungkai an sikit al-kisah DULU DAN SEKARANG bagi subtopik Awek dan Isteri. Episod kali ni ado duo siri. Humangg ai, macam per**ol bersiri lak. Takut atok. Bahahaha...Astagfirullah! ngucap....ngucap. 
Macam mana layanan si pakwa/suami dulu dan sekarang. Yang ini atok cumo untuk suko-suko la yo. Kalau boto, botolah. Kalau silap tu, atok mintak maap. Niat atok nak hiburkan kito bersamo yo. Enjoy!



1. Kalau si awek/ isteri bertanyakan sejauh mana kasih-sayang pasangan terhadapnya.

DULU
Teman wanita   :  Awak, awak sayang saya tak? Sejauh mana awak sayang saya?
Teman lelaki     :  Eh, mestilah saya sayang awak. Saya sayang awak sejauh jurang Marina kat Filipina tu tau.

SEKARANG
Isteri                :   Abang, abang sayang saya tak? Sejauh mana abang sayang saya?
Suami              :   Eh, awak ni dah buang tabiat ke? malam-malam cenggini sibuk-sibuk lak nak bersayang-sayang. Dah tua-tua camni pun nak sayang-sayang. Sana sikit!



2. Kalau si awek/isteri ingin meminta sesuatu pada suami.

DULU
Teman wanita   :  Awak, saya nak coklat tu, belikanlah untuk saya, please......
Teman lelaki     : Walaupun dalam poket abang ada 10 hinggit je sampai gaji bulan depan, tapi demi ayang, abang sanggup berkorban. Ayang nak coklat kaler coklat ke, kaler pink?
 
SEKARANG
Isteri                :   Abang, saya nak coklat tu, belikanlah untuk saya, please.....
Suami              :   Awak ni, mencekik mencekik mencekik. Itu saja awak tahu. Kalau kita beli coklat tu, lepas duit pampers anak kita sebulan. Jimat-jimat la sikit.



3. Apabila si awek/isteri tersepak batu semasa tengah dating kat Lake Garden

DULU
Teman wanita  :   Aduh, sakitnya kaki saya!
Teman lelaki    :   Ish, bodohnya punya batu. Kau ni tak ada tempat lain ke nak melepak. Kan awek aku dah tersepak. Ayang sakit ke?

SEKARANG 
Isteri                :   Aduh, sakitnya kaki saya!
Suami              :   Awak ni buta ke apa?  mana letaknya mata tu? Batu besar ibu tapir tu pun boleh tak nampak!



4. Kalau si awek/isteri masak lauk serupa bikin budak main pondok-pondok.

DULU       
Teman wanita  :   Macam mana wak, sedap tak masakan saya? Saya baru belajar kat buku ni tau.
Teman lelaki    :   Erm, sedapnya. Pandai ayang masak meggi perisa kari ni. Rasa macam makan spagethi lak.

SEKARANG
Isteri               :   Macam mana bang? sedap tak masakan saya? Saya baru belajar dengan Kak Bedah ni tau
Suami             :   Ptuih!! masin, tawar! pitching lari. Macam ni awak kata sedap? Hilang selera makan saya. Makan kedai mamak lagi bagus!



5. Bila si awek/isteri bergayut di telefon 24 jam

DULU
Teman wanita :   Hehehe....awak, awak tak bosan ke dengar suara saya hari-hari ni?
Teman lelaki   :   Alah, nak bosan apanya. Kalau boleh setiap saat saya nak dengar suara awak. Nak cium bau kentut awak pun saya sanggup!

SEKARANG
Isteri            :   Hello, abang buat apa tu? Bila abang nak balik dari outstation, ayang rindu nak dengar suara abang.
Suami          :   Eh, dah dah!. Saya ada meeting Persatuan Ibu dan Anak jap lagi.

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih