Rabu, 7 Julai 2010

Mari main timang-timang

Hi kawan-kawan. Apa khabar? Macam biaselah, di pagi (tak berapa pagi sangat) yang mulia ni, Abg Joe dibebani dengan tugas khas untuk kalian iaitu........
Mari mengorek mata abang Joe......er...silap silap....Segmen email hari ini bersama abang Joe.





Email kali ini datangnya dari  Kak Hajar MITI kito. Dio memang rajin kasi email2 ni. Agaknya kojo eh hari-hari kasi email je tak?? Ampunnnnnnnnnnn.....Kalau tak do Kak Hajar MITI, xdolah segmen email bersama abang Joe....ngang. Baiklah, tanpa menghabiskan dakwat, abang Joe teruskan pada email kali ini iaitu berkaitan dengan timang-timang baby.

Selalu tak kalian tengok ibu bapa muda main lambung-lambung anaknya sampai nak cecah syiling kapur? Selagi anak tu tak senyum lebar, selagi tulah dia lambung-lambung anak dia sampai 1 inci lagi nak kene kipas. Sebenarnya amalan itu amat berbahaye kepada baby itu. Kalau kalian tak caye cakap abang Joe, kalian baca general info yang dihantar melalui email seperti di bawah

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Tak termasuk ko beduk dengan kayu besbol.  






 "Huuuuuu....sob sob.....anak aku mati sebab tertelan kayu besbol...sob...sob"




Ada teori mengaitkan
dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. Ingin abang Joe tegaskan di sini, len kali kalau nak bergaduh suami isteri, jangan pegang baby. Jangan biarkan baby anda jadi mangsa. Kalau nak gaduh, pegang la benda lain. Pegang pedang samurai atau M16 contohnya.





"ooo...awak curang ngan saye ye....meh sini kita fight habis-habisan!"









Sindrom ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ). Kepada sesape yang ada bela pembantu rumah tu, baik ko pasang cctv kt umah. Mane lah tahu, elok-elok ko laki bini g keje, anak ko jadi bola kat umah. Pembantu umah ko terajang. Mentang-mentanglah sekarang ni piala dunia sedang hangat. Hidup Holland!!! huhu.






"hamekk koooo!"




So, sebagai langkah pencegahan, makanlah pil pencegah kehamilan. Itu satu.Yelah nanti ko makan, ko tak dapat baby. Kalau tak dapat baby, ko tak pat timang-timang la. Abis tu, ko nak timang sapa? Mak mentua ko??
Ok, Abg Joe gurau yo. Jangan amik ati. Di bawah adalah langkah pencegahan iaitu;
1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.    Minta bantuan orang lain.
Itu saja dari Abg Joe untuk minggu kedua ini. Jangan lupa sebarkan pada yang lain. Ok, adios. Assalammualaikum (muslim rupanya)



Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih