BERITA TEKINI. Seremban, Jalan Percint 4. Seorang lelaki nyaris tergolek nangka di tepi jalan. Hal ini disedari oleh sepasang suami isteri iaitu kak misi dengan abang opis. Dari belakang lagi kak misi dengan abang opis menjerit-jerit kat belakang budak itu seakan-akan emas 96 budak itu tercicir di tengah jalan. Namun setelah difikirkan semula, kalau emas bertebaran di atas jalan, saye percaya akak misi dengan abang opis tu skodeng-skodeng dengan senyap dan terus mengutip emas tadi tanpa memanggil budak tadi dari belakang. Jadi kesimpulannya bukan emas yang jatuh.
"ke tepi! ke tepi!!, awak punyer eksos jatuh tu bang!,"kata akak misi tu.
Setelah budak tadi
memberi signal ke tepi, dia menoleh ke belakang. Rupa-rupanya tali baju panasnya terjulur-julur sampai nak masuk rim motor. Belum sempat budak tadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak misi dan abang opis, bayang mereka sudah jauh ke depan. Budak tadi memecutkan motornya 160km/j.
Ok, yelah-yelah aku tipu. 110km/j. Puas ati??
saye pun memecut dengan lajunya nak kejar akak misi ngan abang opis
Namun, malangnya nasib budak itu. Kakak misi ngan abang opis itu telah jauh meninggalkan budak tadi 5 tiang letrik. Takpelah kak, len kali la aku ucap mekasih. Korang nak tengok tali yang nak masuk rim tayar tu?
Ni dia.....
Eh....silap! silap!!!!
Tali ni.....
Sekian Berita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan