Sabtu, 3 Julai 2010

Laporan di Jaya Jusco Seremban



BERITA TERKINI. Suhami dan dua orang sahabatnya yang lain telah merancang untuk bermain bowling malam tadi. Menurut sumber yang dipercayai berkata, beliau merancang untuk bermain di Seremban Parade. Namun seperti dijangka, di situ penuh dengan segerombolan manusia. Oleh itu, Suhami dan kawan-kawannya terus ke Jaya Jusco Seremban. Setelah bermain satu balingan, Suhami baru perasan ada kasut seakan kasut crocs nya ( yang dah di calar *sila rujuk entry Bersama Abang Joe_crocs). Namun apa yang memeranjatkan adalah......
Kasut Suhami adalah yang bewarna krim susu itu. Manakala kasut crocs jiran sebelahnya bewarna putih suci ibarat baru direndam dengan klorox. Lihatlah perbezaan yang ketara tersebut. Walaubagaimanapun, kekriman susuan itu tidak sedikitpun menjejaskan corak permainan Suhami. Beliau telah berjaya mendapat
jatuhan pin sebanyak....

 
101 pin!!!!! (perlu ditekankan disini, Suhami adalah kaki bangku bowling. Pencapaian melepasi 100 itu adalah satu pencapaian yang membanggakan. Tiga kali strike tu!!. Walaupun terdapat kekeliruan mengapa nama dia Shi, disebabkan nak letak nama Korean Shi Juo Rhen tapi button J ada masalah teknikal sedikit (padahal ko dah tertekan ok lepas taip 'SHI'). Walauapapun Suhami menadah tangan kepada Tuhan yang Esa kerana....


......tak tertekan 'SHIT"

Sekian Berita

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih