27 April 2014 ( Ahad ) - Day 1
Aku bercuti kat kampung sebab kebetulan minggu tu aku takda job. Badan dah rasa lain macam. Pergi ruang tamu, baring kat sofa. Pergi dapur, baring kat lantai. Pergi bilik, baring kat bawah. Sampaikan akak aku cakap aku amik air ketum. Tido kek mano-mano, pado bilo-bilo. Aku cakap kat mak aku badan aku panas. Mak aku tak kasi balik Melaka. Tapi aku berkeras, sebab esoknya aku ada dua fail untuk selesaikan.
28 April 2014 ( Isnin ) - Day 2
Aku bangun pagi dengan berat sekali. Siap-siap ke kerja. Aku tengok kat cermin, ada dua bintik merah timbul kat muka aku. Satu kat hidung, satu lagi kat pipi. Ah! jerawat biasa je tu. So, aku pergi keje macam biasa. Sampai je kat tempat kerja kepala aku dah pening. Badan aku panas balik. Aku gagahkan diri untuk selesaikan 4 fail pagi tu. Fail aku je ada dua. Ingatkan dapatlah selesaikan sebelum tengah hari, so petangnya aku boleh buat laporan. Tapi memang tak sempat. 1 fail lagi kena selesaikan selepas lunch. Balik je dari kerja luar, aku terus siapkan laporan walaupun keadaan aku semakin teruk. 3 Bintik merah dah muncul kat leher. Aku syak, ini bukan demam biasa2. Aku nekad, balik dari keje aku terus ke Poliklinik Ayer Keroh yang terletak kat sebelah pejabat aku.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan aku terkena jangkitan varicella zoster sehingga menyebabkan penyakit Chicken Pox. T.T
Huwaaaa.....tak pernah hayat aku terkena penyakit ni. Dah nak masuk 3 siries penyakit ni datang menyinggah. Aku dapat MC sehingga Jumaat. Doktor kata kalau tak elok lagi, datang klinik semula untuk sambung MC.
Selesai jumpa doktor tu jugak aku pergi keliling Melaka mencari air kelapa muda. So, aku ke Batu Berendam sebab kat sana ada Coconut Shake Batu Berendam. Aku beli 3 biji, RM9. Hehe. Ingatkan nak terus balik kampung berpantang kat sana je, tapi hari dah senja. Aku batalkan niatku, dan akan balik ke kampung awal pagi esoknya.
29 April 2014 ( Selasa ) - Day 3
Muka dah banyak tumbuh bintik merah. Bukan kat muka, bahu aku pun dah start tumbuh bintik-bintik merah. Tido pun x lena. Kejap-kejap terjaga.
30 April 2014 ( Rabu ) - Day 4
Bintik merah semakin banyak tumbuh di muka, badan dan kaki. Muka aku dah tumbuh 90%, badan aku dah 60% di serang Chicken Pox. Dan ada juga yang dah start menggelembung. Malamnya paling seksa sepanjang hidup aku. Aku langsung tak dapat nak tido. Suhu badan aku dah terlampau panas sehinggakan badan aku berpeluh. Kepala berpusing-pusing. Semua sendi-sendi lenguh. Aku berdiri sakit, aku duduk sakit, baring lagilah sakit. Apa aku buat semua serba tak kena. Sampaikan aku berselawat sebab dah tak tahu nak buat apa lagi. Malam tu terasa panjang sekali dan sepanjang malam tu juga aku tahan seksa tu sampai ke pagi. Langsung tak boleh tido. Selepas subuh pagi tu baru aku boleh tido. Aku topup tido sebelah siangnya walaupun tidur-tidur ayam.
1 Mei 2014 ( Khamis ) - Day 5
Aku perasan bintik-bintik gelembung dah mula bernanah. Rupanya seksa yang aku hadap malam semalam disebabkan nanah tu keluar. Hampir semua bintik yang menggelembung tumbuh nanah. Malamnya paling aku ngeri. Seperti semalam, selepas senja suhu badan aku terus naik mendadak. Badan aku berpeluh-peluh. Kepala berpusing-pusing. Semua sendi dah mula lenguh. Simptom yang sama macam semalam malah lagi teruk. Kalau semalam aku dapat baring lagi, kali ini aku langsung tak boleh baring. Aku tidur-tidur ayam, itupun duduk atas sofa. Sampailah ke pagi aku tanggung seksa tu.
2 Mei 2014 ( Jumaat ) - Day 6
Seperti dua hari sebelumnya, sepanjang malam aku alami simptom yang sama dan seksa yang tertanggung dari senja sampailah ke subuh. Part yang paling menyeksakan bilamana semua sendi-sendi kau seperti terpisah antara satu sama lain dan berdenyut-denyut. Bau nanah dah menusuk ke hidung. Aku rasa aku seperti mayat hidup yang semakin mereput. Macam tu sekali aku anggap diri aku masa tu. Sepanjang 6 hari pertama ini, aku hanya menjamah 1/4 daripada makanan yg selalu aku ambil akibat hilang selera makan. Aku hanya banyak meminum air kosong dan susu sahaja. Berat aku jatuh menjunam lebih 5kg dalam masa seminggu.
3 Mei 2014 (Sabtu ) - Day 7
Akhirnya aku melanggar pantang orang tua-tua untuk mandi pada hari yang ketujuh. Sebelum ini aku hanya lap badan dengan kain basah. Kali ini, ayah aku ambilkan daun semambu dari kuil yang berhampiran dengan rumah aku. Uncle india tu kata, mandi dengan air ni dan baring di atas daun semambu untuk menghilangkan bisa Chicken Pox. Demam semakin kebah. Aku sudah mula untuk makan dengan seleranya.
4 Mei 2014 ( Ahad ) - Day 8
Aku ke klinik kerajaan di kampung untuk menyambung semula MC memandangkan keadaan aku tidak membolehkan aku ke kerja. Doktor muda berbangsa Cina terkejut dengan keadaan aku kerana sepanjang rekod perubatannya, belum pernah melihat chicken pox seteruk itu. Dia memberikan aku MC lagi seminggu. Maka berpantanglah aku lagi di kampung selama 2 minggu.
5 Mei 2014 ( Isnin ) - 10 Mei 2014 ( Sabtu )
Keadaan aku beransur baik. Chiken pox semakin mengecut. Aku boleh mandi seperti biasa, malah memakai pencuci muka yang dah lama aku tak sental. Mungkin silap di situ, luka yang kering tadi tertanggal semasa aku sedang mencuci muka sehinggakan meninggalkan kesan parut yang sangat dalam. Kalau kau bela ikan talapia pun bole kat situ. Aku dah tak pedulikan keadaan muka aku. Yang penting sekarang, aku nak sembuh seperti biasa.
11 Mei 2015 ( Ahad )
Aku sudah kembali ke Melaka untuk memulakan kerja esoknya.
12 Mei 2015 ( Isnin )
Aku ke kerja. Perkara pertama yang aku hadap ialah serangan psikologi bila mana salah seorang rakan sekerja aku sangat terkejut dengan penampilan fizikal aku. Ada yang kata muka aku seperti kena terbakar. Aku rasa aku nak bakar budak tu hidup-hidup. Mulut memang langsi. Jumpa boss, dan bos kata adakah aku boleh mula bekerja?....kerana dia takut aku membawa virus chicken pox di pejabat.....and i said to him, dun worry bos....doktor mengesahkan saya boleh bekerja seperti biasa.
Well, banyak pengajaran yang aku terima sepanjang aku berhadapan dengan pengalaman demam Chicken Pox. Masa tu lah aku kenal mana kawan dan mana lawan. Masa tu lah aku boleh tahu mana yang ikhlas berkawan bukan disebabkan fizikal semata-mata. Thanks Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasakan pengalaman ini. Dan sejujurnya aku cakap, jika diberi sejuta ringgit sekalipun, aku tak mahu lagi mengalami pengalaman dasyat seperti itu lagi.
;)

seminggu sebelum demam |
day 2 |
day 3 |
day 8 |
day 25 |
day 28 |
5 ulasan:
Nanah tu pocah sendiri ko, ko pocahkan, Tok? Kang tak pantang, berparut tau... Hilang hensem Atok kang...hehehehhee..
Adohai. Aku baru baca pengalaman kau ni. Terima kasih berkongsi pengalaman ni. anak den kono chicken pox. Aku dok cari apa benda yang berbau ni. Aku rasa nanah la macam ekau cakap tu.
Bila baca pngalaman awk, teringat pengalaman saya kena campak baru2 ni. Teruk teramat sgt mcm awk kata lah. Mayat hidup yg hampir mereput. Sekarang dah hampir 2 bulan pun penuh lagi parut hitam2 di muka dan seluruh badan dan kaki
ye dooo rasa macam mayat hidup ya allah
Casino queen, $600 Bonus, Slot games at LeoVegas
Casino king, bk8 $600 Bonus, Slot games at LeoVegas - Get $600 Bonus, Slot games at LeoVegas, 1st Deposit クイーンカジノ Bonus william hill + 100 free spins for
Catat Ulasan