Ahad, 17 November 2013

Mini Cooper Hadiah 5A

                                 


Assalammualaikum Cah.....

Baru nak hapdet kisah adik 5A dapat mini cooper ni. Pelbagai maklumbalas positif dan negatif yang atok terimo dari kengkawan pesbok yang bajet suci murni muka berseri-seri mengomen kisah adik nih. Mulo-mulo atok tak nak amik kisah sangatlah kan. Bukan isu besau pun kalau dapat 5A dapat mini cooper. Dah sah-sah bapak dia kaya. So, who care dia nak belikan mini cooper ke, jet pejuang ke, kapal selam ke? Ko jeles kannn...

Yessss......Atok akui adalah tak logik bagi hadiah keto untuk budak yang masih berumur 12 tahun. Tapi jiko di pandang balik dari sudut positif, mungkin bukan budak 5A ni akan simpan keto tu lagi 4 tahun sampai dio layak mengambil lesen memandu. Ataupun dio akan beri hak pemanduan kepado omaknya sementara nak mencecah umur 16 tahun tu. Well, who know?. Ataupun yang mengupload dan share gambar ni kat dunia digital mungkin sekali orang yang dengki dan busuk hati dengan hadiah yang adik ni dapat. Pastu dia tabur kat 1 dunia kata ayah budak ni show off. Kann. Ko jelessss kann.

Hello Ecah, atok ado gak membaca sedikit kisah jutawan ayam ni. Pak cik ni dulu seorang anak kepada sebuah keluarga yang susah dah hanya mempunyai pendidikan setakat SPM. UPSR ayah kepada adik ni dulu 4D 1E. Atok ulang taip, 4D 1E. Mesti kito dah pandai-pandai menilik yang anak ni salah satu sampah masyarakat kan. Anak yang golap maso dopan. Anak yang layak duduk bawah kelapa sawit sambil hidu gam cucuk dadah kat lengan. Tapi kito silap, yang tentukan rezeki seseorang kat Atas nun. Tuhan yang Esa.

Tak salah kalau pak cik ni berkongsi kegembiraan dengan menghadiahkan anaknya sebuah kereta mini cooper. Dia mampu kan. So what?...Kalau ko nak hadiahkan anak ko kapal persiaran Titanic, ko keje lah kuat. Bangun seawal pagi jam 4 pagi. Sembelih ayam. Bergelumang dengan bau taik ayam. Balik malam. Ko nak? 

Tuhan ni adil. Kalau dio kato Kun Faya Kun, jadilah!, maka jadilah ia. Tak kiralah kalau ko ada master dalam perhutanan ke, PHD ke, Ijazah Sarjana Andaman & Solekan ka, tapi kalau ko tunggu rezeki datang kat ko x jalan jugak. Sekarang ni hidup sangat mencabar. Tak usaha tak dapat. Bukan dok rumah goyang kaki tunggu rezeki tu datang bergolek kat kaki ko.

Yang ni atok terjumpo orang komen kat pesbok pasal adik mini cooper ni.
 " Alah, jual ayam je pun. Aku belajar sampai degree gred 41, jadi pegawai  hanya mampu pakai Myvi. Gile nak menunjuk bapak dia ni "

Kalau ko fikir pakcik ni berlagak, post gambar anak dia ngan mini cooper, ko pun boleh dikira berlagak jugak. Ada degree gred 41 konon.....ko nak hina dia jual ayam kenapa. Ntah2 keje dia lagi mulia dari ko yang mana punch card pagi pastu hilang, pukul 5 dah nampak balik tercacak dopan mesin punch card nak balik. Di mana keberkatan bekojo? Tanya diri soal hati kenapa hanya pakai Myvi.

*Sila betulkan hati kita semula. Banyak perkara yang kita belajar daripada isu 5A mini cooper ni. Tak usah kita menilai seseorang dengan kelayakan akademiknya. Tak usah kita mendengki dengan kejayaan orang lain. Dia bekerja kuat, so dia dapat. Kalau kita nak macam tu, sila berkerja kuat moga mendapat rezeki berlipat. 

Well mungkin sekelumit teguran dari atok yang masih kurang pengalaman kepada si Jutawan. Eloklah di ajar anak membesar dengan erti kesusahan dan bukannya kemewahan, kelak si anak akan tahu menghargai apa erti kehidupan. 

Isu 5A mini cooper. Banyak kita belajar kan?

Sekian.

7 ulasan:

RamRamCute berkata...

setuju tu atok..masyarakat zaman sekarang ni memang lebih suka menghentam dan mengutuk orang dari memberikan kata-kata semangat. Susah nak maju kalau macam ni...sekurang-kurangnya bapa dia bekerja keras untuk berjaya macam ni...

blog-tips-kurus berkata...

dik, pinjam mini cooper ituuuuu!

(>.<)

Unknown berkata...

Salam
Baca komen2 org pasal 5A mini cooper tu memang ble buat kita berfikir...da yg +ve & ada yg -ve.

Unknown berkata...

Salam
Baca komen2 org pasal 5A mini cooper tu memang ble buat kita berfikir...da yg +ve & ada yg -ve.

memmetlenggeng berkata...

yolah tok..pandai atok menulih..suko den baco entry atok yg nihh..Insap..sob sob

LadyBird berkata...

salam atok.. cucu lady kemari.. :D..
hihihi.. jual ayam kaye tau.. hehehe.. ala, biola die nk beri ape2pun.. lady jenis x kisah hal mcm2 ni.. ht dah semak dh tambah semak lg.. huhuhu.. biola kan atok? itukan anok dier.. hihihi

Time Traveller berkata...

Betul tu setuju.. lagi pun ayah budak tu dah kata dia beli untuk anak dia tapi sebagai kereta keluarga .. nanti lagi 4 tahun baru la anak dia amik kalau ada lesen la huhuuu.. :D

Salam Kenal :D - Camden Town - One of famous Street Market in London - Must Visit

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-6-camden-town.html

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih