Sabtu, 9 November 2013

Abang Cium Saya, Saya Cium Abang

Assalammualaikum warga negara sedonia sekalian.....

*macam la 1 donia baca blog ko atok.

Di sini atok nak mintak hampun dari hujung rambut (lelaki) @ hujung tudung Fareeda (pompuan), sehinggalah ke hojong kasut jimmy choo masing2 sobab dah lamo tak menghapdet blog. Atok sangat-sangat lah sibuk semonjak setahun duo ni. Eh? Atok cubo mencuri sedikit maso atok untuk meluangkan sedikit coretan kisah peribadi atok untuk dikongsikan dongan Ecah sekalian. Gitew....... Ko hengat ko Izzuee Islam?

Yang sebona eh, atok tergerak sikit nak berkungsi kisah yang atok nampak kat pesbok baru-baru ni. Atok percayo 99.9% dari korang dah tonton video pendek tu kan? (macam iklan sabun pencuci lak kan).
Al-kisah si pasangan romantik yang atok tak pasti dah sah atau belum kawen; bergomol dengan selamba berciom pipi di soping mall katakau. Si jantan jongos kurus keding ibarat tiang lampu kat highway PLUS mengomelkan molotnya dan si tino bertudung bawal ittew menadah pipinya yg banyak jerawat tu. Euwwww bitch...please......*mata ke atas.

Awak tu orang melayu. Agama awak tu Islam. Yeahhh...maybe ko dah kawen so ko boleh ciom2 bagai. Hader aku kisah ko dah kawen ke belom? Yang penting ko berkelakuan sumbang dikhalayak ramai. Kalau dah kawen sekalipun (kalau), tak perlulah nak berciom molot di soping mall ittew. Ramai hanak-hanak sekolah rendah yang kebetulan tengok kelakuan ko tu, akan meniru aksi terlampau tu tau. So no wonder pet lah sekarang ni kalau ada kes budak sekolah rendah rogol nenek 90 tahun. Ko jangan tekejut hokey. Sebab perlakuan sumbang tu dah ado di mano2. Nak2 sekarang ni anak-anak kito dah didedahkan dengan ipad, ipod, tripod segala. Senang nak access benda2 camnih.

Atok tak kato atok baik bak bidadari hokey....errr....bidadara. Tapi sekurang-kurangnya seingat atok yang ponah menjadi remaja satu maso dulu, nak pandang pompuan pun aku takut tau!....Kalau kat sekolah tu nak pegi kantin jalan tunduk pandang lantai katako. Huntung-huntung jumpa senior pompuan dok usha aku atas bawah sebab muka jambu batu, aku pandang lantai sampai kuih koci aku jatuh kat bawah.

So adek2 ku yang disayangi sekalian. Sayangilah maruah, jagalah air muka mak bapak kita. Remaja memang seronok. Masa tu lah kita nak pulun kenangan indah untuk dikenang apabila dewasa nanti. Alam remaja sekali je, silap langkah selama-lamanya merana. Oleh itu, mari kita berubah dari tak baik kepada baik....dari baik kepada lagi baik........sekian, assalammualaikum warahmatullah hiwabarokatuh......

*nota kaki : daripada ko mencium pipi jantan jongos tu, baik ko cium pipi BAB 1.....atleast dapat gak samak.


4 ulasan:

Gee GTG berkata...

terbaik tok.. hahaha..
saya tak tengok video tu..
x berani hahaha..
saya baca komen2 video tu pon saya dah seram dah.. hahaha

harap mereka sedar,,
remaja..^^

little daisy berkata...

Nice one atok and welcome back!
Nasib la tak tengok video tu, klau tak... ngigau!!

memmetlenggeng berkata...

ok tokk..

Nurse & Engineer to be berkata...

"Huntung-huntung jumpa senior pompuan dok usha aku atas bawah sebab muka jambu batu, aku pandang lantai sampai kuih koci aku jatuh kat bawah."

kelakar.. tapi nice teguran walaupun bukan teguran secare direct :-)