Khamis, 10 Julai 2014

Pesanan Khas

Yuhuuuuu......, assalammualaikum.

Rindu kiter tak???...rindu lettew....Ya Ampun, atok rasa dah 28 purnama tak menghapdet blog ini. Sampaikan nak menaip pun dah tak reti uols. Ya Robbi. Mula2 ni atok nak mintak mahap sebab kejap muncul kejap tenggelam dalam arena blogging ini. Gitew. Dan di kesempatan ini jugak, atok nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadonn walaupun hari ini dah masuk ramadon yang ke (*jeling kalendar)....yang ke 12 dik non.

Apa yang membuatkan atok tergerak untuk berblogging semula?...Adakah kerana ingin mengapdet isu world cup 2014?...**walaupun berkaki bangku....atau adakah kerana ingin melipatgandakan kutipan nuffnang yang purata pendapatan sehari 5 sen ittew?..jawapannya pasti semua sudah tahu. Rejim Israel laknatullah yang menyerang Palestine.

Walaupun 1 dunia penyokong Brazil sedang bersedih kerana dihenyak 7-1 oleh Germany, tapi berapa peratus sahaja penduduk dunia ni yang alert dan bersedih dengan peristiwa Palestine dihenyak Israel pada hari dan waktu yang sama??....Kita semua sedang enak dibuai dengan duniawi tapi hakikatnya saudara kita kat sana sedang berjuang di saat kita sedang bersahur.


Walaupun ada di antara kita yang bukan Islam sekalipun, jangan pandang remeh perkara ni. Ini bukan melibatkan peperangan, tapi ini sebenarnya satu pembunuhan. Isu kemanusiaan bukan isu keagamaan. Sanggup ke kita tengok anak kecil yang tak tahu apa2 diacu senapang di kepalanya? Sanggup ke kita tengok ibu yang ingin bersalin di bom di hospital tempat ingin melahirkan? Kanak-kanak yang sepatutnya berbasikal di taman permainan, sedang berlumuran darah dan ada yang berkeadaan mengerikan?...They are a human beb...human..even haiwan pun tak teruk macam tu...



So, sesiapa yang rasa dirinya seorang manusia yang bertamadun ayuh sama-sama kita membanteras keganasan ini. Dan! bagi umat Islam khususnya, mari kita terus berdoa atas kesejahteraan dan keselamatan saudara kita di sana. Mari kita baca Doa Qunut Nazilah ini. Kita hancurkan bumi Israel. Senjata bagi umat Islam adalah doa. Ayuh! Celakalah Israel! Celakalah Israel! Celakalah Israel!


Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih